haniksam

haniksam

Sunday 16 December 2012

CIMB? INI MACAM PUN ADA KA?

LIHAT DISINI

Thursday 22 November 2012

VIDEO MELEBIHI 20 JUTA VIEW....



Neymar Da Silva Santos Junior ialah pemain bolasepak kelab Santos juga mewakili Brazil diperingkat antarabangsa.  

Saturday 17 November 2012

KALAU POLIS PUN MEROGOL..WAJAR KAH KITA MERASA ANAK PEREMPUAN KITA SELAMAT BILA KELUAR RUMAH..

Hari ini TV3 berita terkini sebelah petang, Hishamuddin Tun Husin berjanji akan mendedahkan hasil siasatan kes rogol yang dilakukan oleh tiga anggota polis keatas seorang amah warga Indonesia disebuah Balai Polis di Pulau Pinang. 

Kadang-kadang terlintas difikiran beberapa persoalan, adakah ini kes pertama atau mungkin ada lagi kes serupa yang dilakukan oleh anggota polis sebelum ini tetapi dipadam dari rekod? Kenapa tidak diambil tindakan dan tidak dihebahkan dimedia seperti kes-kes yang dilakukan oleh orang awam? PDRM atau Polis DiRaja Malaysia ketika merekrut anggota baru tidakkah mereka mempunyai panduan atau guideline ciri-ciri individu yang diperlukan sebagai bakal anggota polis? Sebelum bertugas tidakkah mereka ini dihantar mengikuti kursus, yang pastinya diantara kandungan kursus ialah etika kerja sebagai anggota polis.

Tiga, empat hari yang lepas anggota polis rogol amah warga Indonesia, kejadian merogol anak tempatan kita tak tau. Maklumlah polis,  bila diorang gertak dan ugut,  perempuan yang dirogol  takut untuk membuat laporan polis.

Mereka yang sepatutnya bertindak sebagai pelindung dan memastikan keharmonian antara janji anggota polis kini sudah berubah tanggungjawab kepada pemusnah, penghancur masa depan. Jadi buat apa ada polis buat perhabis duit.

Bagi ibubapa yang ada anak perempuan, wajarkah mereka merasa selamat ketika anak perempuan mereka berada diluar rumah? 

Ketika amah Indonesia tersebut datang untuk mencari rezeki patutkah kita marah dia? Dengan kudrat wanita untuk melawan tiga lelaki mampukah dia? Dalam membantah perlakuan anggota polis tersebut, sebuah badan bukan kerajaan Indonesia BENDERA  telah mengadakan demonstrasi  berhampiran rumah Duta Malaysia dengan membakar bendera Malaysia, apa kita nak buat?  DISINI




Thursday 15 November 2012

THE 13TH GENERAL ELECTION IN 2013


For the superstitious, the number 13 brings the test, the suffering and the death. It mostly means death of a struggling period and a new beginning.  It marks the uncertainty, the hesitation, the fickleness or again a transformation, the end of something (the death) and a renewal.


Some believe, this number brings bad luck or misfortune. 

THE 13TH IN SABAH POLITICAL ARENA-HERE

As a person who practice Islam, the number 13 is just like any other numbers. 

BENARKAH INI ROSMAH ISTERI PM..JANGAN BUAT DOSA KERING, TUDUH SEMBARANGAN


Tak berani nak cakap lihat dan nilai sendiri  KLIK DISINI 

SEIMBANGKAN KEPENTINGAN PENGGUNA, JANGAN NAK UNTUNG SAJA-PENIAGA ONLINE

Tidak ada batasan atau peratus tetap bagi jumlah keuntungan yang diambil dari sesuatu transaksi perniagaan berdasarkan hukum Syarak,    'DISINI' 

Apabila seorang pengguna membeli secara online walau tanpa akad 'aku jual aku beli' dan samada disertai perasaan redha kedua-dua belah pihak, peniaga sepatutnya bersikap adil dengan meyeimbangkan kepentingan pengguna dengan keuntungan yang mereka dapat dari transaksi perniagaan yang mereka jalankan. Berbanding dengan peniaga-peniaga online diluar negara, peniaga online dinegara kita lebih mementingkan keuntungan dan kurang telus. Contohnya website yang mengiklankan produk tanpa memaklumkan pengguna bahawa produk yang diiklankan tidak tulin (bukan original), kurang menekankan  kualiti dan kurang memberi perhatian keatas pengesanan penghantaran (tracking delivery). 

Semalam ketika sedang menunggu bas ekspress untuk meneruskan perjalanan, saya berkesempatan bersembang dengan beberapa pelancong Korea yang datang melawat ke Sabah. Cerita berkisar mengenai promosi yang kurang mengenai keindahan semula jadi negeri Sabah hinggalah topik kemudahan internet, kurang minat membaca masyarakat setempat dan akhirnya perniagaan online. Seorang dari mereka memberitahu bahawa dibeberapa negara Eropah dan Asia, sebuah Biro ditubuhkan untuk  menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu peniaga dan pengguna online. Kurang pasti jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mempunyai peruntukkan-peruntukkan yang melindungi peniaga dan pengguna online (atas talian).

Tuesday 13 November 2012

ESOK JANGAN LUPA BACA DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH...


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Doa ini hendaklah dibaca selepas asar kira-kira beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.






DOA AWAL TAHUN

Dibaca selepas solat fardhu maghrib pada malam awal tahun Hijrah

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. 


PM BARU BANGUN TIDUR.......

Kenapa baru cakap pagi ni, kenapa tak cakap semalam? Semua orang dah pegi kerja baru nak cakap.


 
 
Najib baru  teringat pagi ni yang Wilayah Persekutuan Labuan tu rupanya sebuah wilayah  Kerajaan Malaysia dan lantas mengumumkan cuti Hari Deepavali sebagai cuti umum bagi rakyat Labuan. Wilayah yang disekitar perairannya menghasilkan minyak petroleum mentah dan wilayah yang menempatkan loji gas methanol, yang dianggarkan menyumbang kira-kira 18.7 % kadar pendapatan negara. PM kita pelupa rupanya,  bahaya penyakit pelupa ni (Alzheimer). Ada orang kata penyakit lupa disebabkan selalu makan kepala ikan. Mungkin itu sebabnya masa kecil dulu bapa tak bagi makan kepala ikan.  
 

Sunday 11 November 2012

ORANG KAWIN.....BELANJA KAWIN

Cuti sekolah bermula majlis perkahwinan disana sini. Minggu ini aku menerima tiga jemputan kahwin. Insyaallah jika tidak ada halangan aku hadir. Ada yang berpendapat ikatan perkahwinan yang diikat dengan akad nikah adalah diibaratkan seperti mendirikan sebuah masjid. Katanya lagi para syaitan akan menangis kerana sudah tidak dapat membisikkan hasutan untuk berbuat maksiat. Bergantung kepada jadual jurunikah disesebuah mukim, acara biasanya dijalankan pada sebelah petang selepas sembahyang Jumaat.  

Teringat kisah ketika menghadiri majlis pertunangan dan menghantar belanja kira-kira dua bulan  lepas. Ketika perbincangan berjalan, aku tercuri dengar perbualan dua orang wanita;  

Wanita 1 :  "Aku kalau anakku si Ijah kena risik aku minta belanja RM15,000". 

Wanita 2 :  "Apa kerja kawan si Ijah tu? 

Wanita 1 : "Bisnes"

Wanita 2 : "Bisnes apa?"

Wanita 1 : "Pagi dia hantar surat khabar, petang jual goreng pisang cheese    malam pula jual burger".

Betullah tu, bila ada urusniaga jual beli diantara pengguna dan pembekal barangan atau perkhidmatan bisneslah namanya. Harus diingat dengan teknologi terkini berapa orang sangat yang membaca surat khabar, perniagaan goreng pisang dan jual burger sudah terlalu lama dan pesaingnya ramai. Bolehkah simpan RM15,000 dalam masa setahun? Setengah orang tua atau ibu bapa berkata jumlah yang kami minta itu pun tidak seberapa dan tidak dapat menebus perbelanjaan yang telah kami keluarkan untuk membesarkan anak kami. Pemikiran singkat yang tidak harus diterima.

2 perkara yang dilihat yang patut difikirkan oleh ibubapa:-

(1) Fakta  wanita lebih ramai dari lelaki. Kadar yang dianggarkan adalah1/3 lelaki : 2/3 perempuan
     

(2) Sekiranya seorang wanita berkahwin pada umur 21 tahun bermakna   perbelanjaan yang dikeluarkan oleh ibubapa hanya setakat umur wanita itu 21 tahun. Jikaditakdirkan wanita itu hidup sehingga 71tahun bermakna silelaki atau suami telah menanggungnya selama 50 tahun.Kenapa harus pertikaikan  tanggungjawab kita terhadap anak-anak  kita.  

Kenapa tidak kita ubah persepsi kita terhadap belanja kawin atau wang hantaran. Bila ada lelaki merisik atau meminang anak kita, kita siasat latar belakangnya jika dia dari keluarga yang baik-baik dan tidak meninggalkan solat, terima saja pinangannya.




Pendapat Ustaz Kazim mengenai kawin......

Tuesday 6 November 2012

SIMPLE PLAN - PRIHATIN


Simple Plan adalah sebuah kumpulan rock yang sebelum ini tidak pernah ku ketahui keujudannya berasal dari Montreal, Kanada. Kumpulan yang dikatakan cukup prihatin dengan isu mengeksploitasi kanak-kanak yang berleluasa dinegara-negara membangun.


Lagu 'The Song Saved My Life'
 
Lagu terbaru mereka "The Song Saved My Life" adalah berdasarkan kisah dua orang buruh kanak-kanak yang dipaksa bekerja digedung pakaian di Hongkong tanpa diberi gaji. Berusaha untuk melepaskan diri dari cengkaman majikan yang tidak berperikemanusiaan, kanak-kanak ini akan menyisipkan secebis kertas tertulis "Help Me" (didalam dialek mereka) kedalam lipatan baju untuk pelanggan gedung tersebut. Kanak-kanak ini akhirnya berjaya dibebaskan setelah seorang dari pelanggan memberikan cebisan kertas tersebut kepada pihak polis yang kemudiannya menyamar sebagai pelanggan dan seterusnya menahan pemilik gedung tersebut untuk siasatan dan pendakwaan.

Monday 5 November 2012

COME ON NONG CHIK ... MAKE IT HAPPEN

EMBARKING A JOURNEY TO FULFILL ALL THE LABUANESE LONG TIME DREAM ....THE BRIDGE LABUAN MENUMBUK...COME ON NONG CHIK DON'T FLIP FLOP...WE ARE EXHAUSTED....IT HAS BEEN MORE THAN 15 YEARS...

STUDY & RESEARCH BEEN DONE (READ HERE) - BAH INI KALI LAH..!!

Friday 19 October 2012

Bangsa apa?..... Malaysian

Setiap kali kehospital untuk pemeriksaan atau rawatan athma, anak lelaki bongsu saya akan mendaftar sendiri dikaunter tetapi hari itu saya menemaninya kerana dia nampak tidak sihat. Jururawat yang bertugas dikaunter memberitahu anak saya bahawa mereka sedang mengemaskini data peribadi dan bertanya anak saya beberapa soalan. Antara soalan yang ditanya ialah "adik bangsa apa?" anak saya menjawap "Malaysian". Jururawat tu menyambung,"Itu warganegara, bangsa ni macam Cina, Melayu atau India..". Lalu saya mencelah "Letak Melayu sajalah".
 
Dalam perjalanan balik kerumah, saya bertanya kepada anak saya kenapa soalan yang begitu mudah pun tak boleh jawap. Dia memberitahu dia sendiri tidak faham bangsa Melayu yang macamana. Ini adalah disebabkan dia dilahirkan dari perkahwinan diantara suku kaum Brunai yang sejak nenek moyang tinggal di Labuan dengan warga yang berasal dari Kemunting, Perak yang nenek moyangnya berasal dari Sumatera merantau ke Tanah Melayu ketika penjajah.
 
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2):
"orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan-

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) zuriat seseorang yang sedemikian

 
 
Berdasarkan diatas..ooooo my son is a Malay
 



 
 
 
 
 

Friday 5 October 2012

Bagaimana boleh terlepas pandang?


Pagi Isnin lepas terima telefon, masih terngiang-ngiang macamana orang tu cakap. "Saya dari Unit Tindakan TM, Kuala Lumpur. Tahun 2002 syarikat puan guna broadband, no akaun 2002XXXXXX tertunggak sebanyak RM500 lebih, puan diberi pilihan bayar atau bawa kemahkamah". Aku diam dan tunggu kalau ada apa-apa lagi sambungan skrip  tadi, aku dengar, "Puan, puan dengar tak apa yang saya cakap". Pantas aku jawap "Assalamualaikum encik, encik ni langsung tak ada etika kerja, tidak sopan langsung cara bebicara, macam ni lah encik cuba siasat akaun syarikat kami melalui TM di Labuan,bagi saya data terperinci   dan jika betul ada tertunggak keluarkan notis tuntut bayaran. Dipihak saya, saya akan siasat akaun syarikat kerana seingat saya semuanya telah dijelaskan sebelum menerima tawaran promosi 'upgrade' dari TM, telefon saya semula bila info dah dapat". Hari ni dah Jumaat, dia tak call lagi... belum dapat info lagi lah tu.

Pagi ni dapat notis peringatan tawaran untuk dikompaun yang dikeluarkan oleh MPKK bertarikh 8hb Ogos 2012, kesalahan meletak kereta yang dilakukan pada Julai 2003 diterima hanya selepas 9 tahun.



Wednesday 3 October 2012

'FRIENDSHIP’ TURNED NIGHTMARE?


“Your Worst Enemy Could Be Your 

Best Friend && Your Best Friend 

Your Worst Enemy” 

Read here - 

Tuesday 2 October 2012

BAJET 2013:PENURUNAN PERUNTUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MELEBIHI 50 PERATUS....AMAT MENYEDIHKAN..

Pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini bukan saja memperlihatkan Najib sudah kepupusan idea untuk terus memaju pertumbuhan dinamik ekonomi negara ke fasa seterusnya yang lebih mencabar tetapi juga menggambarkan beliau hanya melhat kaedah pemberian tunai sebagai satu-satunya cara untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya.

Dengan memberikan terlalu banyak pemberian tunai kepada rakyat, Najib seperti mengandaikan rakyat adalah macam perwakilan UMNO yang hendak memilih pemimpin di peringkat bahagian dan nasional. Sebab itu rakyat dinilai dengan pemberian tunai RM500 hingga RM200, sama seperti jumlah yang biasa diterima oleh perwakilan UMNO setiap kali pemilihan diadakan.

Sebagai PM dan Menteri Kewangan, pembentangan bajet seharusnya dimanfaatkan untuk melonjakkan ekonomi, merangsang pertumbuhan dan memberi keselesaan kepada rakyat dalam jangka masa panjang dan sederhana. Ia juga sepatutnya meliputi penurunan beberapa cukai dan pengenalan beberapa program dan insentif baru untuk rakyat sama ada dari segi kesihatan, pendidikan, pelaburan dan sebagainya.

Tetapi Najib hanya memikirkan untuk memberi rakyat wang saku berjumlah RM500 dan RM200 yang sebenarnya boleh habis dibelanjakan dalam tempoh sehari dua sahaja.

Selepas habis pemberian tunai itu, rakyat akan kembali susah seperti sediakala. Mereka akan terus dihimpit kenaikan harga barang, kekurangan peluang pekerjaan dan perniagaan serta pelbagai bebanan lagi. Tetapi jika pengurangan beberapa cukai diperkenalkan yang menyebabkan harga barang turun atau pengenalan beberapa program yang bermanfaat untuk rakyat, tentulah ia memberi kesan jangka panjang yang lebih dirasai.

Apa yang dilakukan Najib sebenarnya melalui BR1M 0.1 dan BR1M 0.2 adalah seperti merasuah rakyat supaya mengundi BN dalam pilihanraya umum akan datang. Tahun lepas BR1M ini diperkenalkan dengan tujuan pilihanraya akan diadakan selepas itu tetapi oleh kerana pelbagai isu muncul dan keadaan tidak cukup merangsang untuk mencetuskan kemenengan kepada BN, pilihanraya terpaksa ditangguh sehingga Najib terpaksa melaksanakan BR1M kali kedua.

Jika tidak ada pilihanraya, tiadalah BR1M. Lihat saja bajet 2010 dan 2011 yang dibentangkan Najib, bukan sahaja tiada BR1M, bonus untuk kakitangan awam pun tiada. Najib cukup kedekut ketika itu.

Hanya apabila hampir pilihanraya, barulah kaedah pemberian tunai BR1M ini diperkenalkan. Kepada kakitangan awam juga, Najib menjadi pemurah secara tiba-tiba. Daripada tiada bonus, tahun ini diberinya sebulan tengah bonus.

Bajet kali ini hanya memperlihatkan keghairahan Najib mempromosi dirinya. Beliau mahu dilihat pemurah dan prihatin. Bukan saja kepada rakyat tetapi kepada ahli UMNO juga. Dengan memberi pelbagai jenis pemberian tunai, peruntukan Jabatan Perdana Menteri jadi melonjak manakala beberapa kementerian sama ada mengalami kenaikan peruntukan yang sedikit atau pun penurunan peruntukan tahunan.

Daripada semua kementerian itu, kementerian yang paling terjejas mengalami penurunan ialah Kementerian Pelajaran. Dalam Bajet 2012, peruntukan Kementerian Pelajaran ialah RM4,581,995,900 tetapi bajet kali ini hanya diberikan sebanyak RM2,118,519,100 sahaja iaitu penuruan lebih 50 peratus.
Penurunan peruntukan Kementerian Pelajaran ini mengejutkan banyak pihak dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Selalunya kementerian itulah yang sering diberi peruntukan besar kerana ia berkaitan dengan pendidikan serta masa depan anak bangsa kita. Sudah tentu Kementerian Pelajaran selalunya merangka pelbagai program, merancang pembinaan sekolah baru, membaiki sekolah yang rosak dan usang, menambah jumlah dan kualiti makmal pembelajaran dan sebegainya lagi.

Dan tidak syak lagi penurunan peruntukan kepada Kementerian Pelajaran itu segera dikaitkan dengan Muhyiddin Yassin yang menerajui kementerian itu. Hubungan Najib-Muhyiddin diketahui banyak pihak hanya menunggu masa untuk meletus. Selain perbezaan stail, gaya dan pendekatan, Najib yang ratingnya di mata umum merudum hari demi hari juga sentiasa dibayangi oleh Muhyiddin yang dilihat tiada kontroversi serta isu-isu peribadi.

Najib terlihat amat lemah dan tidak sesuai menjadi PM ketika krisis. Wataknya yang tidak tegas dan kurang bijaksana telah menyebabkan satu demi satu isu yang muncul gagal ditangani dengan baik. Dalam masa yang sama, palitan hitam yang mencemarkan dirinya sejak sekian lama menambahburukkan lagi keadaan.

Ketika Pak Lah mahu disingkirkan dulu, Muhyiddinlah yang bersungguh-sungguh melakukannya. Najib banyak teragak-agak dan cuba bermain selamat sehingga ketika itu Mahathir yang memulakan langkah untuk menyingkirkan Pak Lah turut tidak senang dengan Najib.

Najib hanya diselamatkan oleh kedudukannnya sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO ketika itu. Hanya itulah yang menjadikannya PM sekarang, bukan kerana wibawa serta kebolehannya.

Selepas menjadi PM, lihatlah apa yang berlaku. Beliau bukan saja gagal memulihkan keadaan, bahkan manambahburukkan lagi keadaan. Beliau juga kelihatan jauh lebih lemah daripada Pak Lah. Dalam konteks demokrasi dan hak asasi manusia pula, Marina Mahathir melabelkan Najib lebih teruk daripada bapanya, Mahathir.

Dengan kelemahan yang begitu ketara sekarang dan kedudukan BN entahkan menang entahkan tidak dalam pilihanraya akan datang, nama Muhyiddin mula diperkatakan sebagai satu-satunya watak yang dilihat sesuai untuk mengembalikan kekuatan UMNO. Pemimpin dan ahli UMNO pelbagai peringkat mula merasakan jika Muhyiddin yang berada di tempat Najib sekarang, atmosfera politik Malaysa mungkin berubah suasananya.

Najib mungkin berdegil untuk terus mengemudi PRU 13 ini. Meski dengan pemberian tunai sekali pun, harapan menangnya tetap tipis. Untuk mencapai lebih daripada 112 kerusi Parlimen pun masih tercungap-cungap, inikan pula untuk melebihi 140 kerusi yang dimenangi pada 2008 yang menjadi antara punca Pak Lah disingkirkan.

Logiknya, jika Pak Lah dengan 140 kerusi pun disingkirkan, Najib juga akan menerima nasib yang sama jika gagal membawa kemenangan dua pertiga kepada BN.

Mahathir sendiri sekarang begitu kerap bercakap soal majoriti dua pertiga sebagai penanda aras sebuah kerajaan yang stabil. Ia sebenarnya adalah petanda untuk menyingkirkan Najib.

Dengan bajet PR yang dilihat lebih mempunyai pelan jangka panjang dari segi memberi kesejahteraan kepada hidup rakyat dengan hasrat menambah nilai wang boleh belanja melalui penurunan harga minyak, penghapusan hutang PTPTN, menurunkan harga kereta dan lain-lain lagi, realiti bagi Najib ialah sama ada kalah pilihanraya atau pun menang sekadar cukup makan saja.

Dalam bajetnya, selain berusaha mempromosi dirinya sebagai Santa Claus, Najib juga mulai cuba mengekang gerak langkah Muhyiddin daripada terus menggugat kedudukannya. Pengurangan peruntukan kepada Kementerian Pelajaran adalah isyarat Najib bahawa Muhyiddin dan kementerian yang diterajuinya akan diperkecil peranan serta kedudukannya.

Dengan peruntukan yang kecil itu, tidak banyak gula yang boleh ditawarkan oleh Muhyiddin kepada pemimpin serta perwakilan UMNO. Projek membina sekolah, membaiki sekolah, mengecat dan sebagainya akan berkurangan. Dengan sendirinya pemimpin dan perwakilan UMNO bahagian yang menjalankan perniagaan akan berkurangan menemui Muhyiddin dan meneroka ke kementerian lain pula.

Jelas bahawa niat Najib mengurangkan peruntukan kepada kementerian Muhyiddin itu ialah untuk mengecilkan peranan serta pengaruhnya di kalangan ahli dan perwakilan UMNO meski masa depan pelajar dan negara terpaksa dikorbankan melalui peruntukan yang makin dikurangkan itu.

Hanya masa yang menentukan bilakah krisis kedua-dua mereka ini akan meletus tetapi berdasarkan pergolakan yang makin membahang di pelbagai peringkat kepimpinan UMNO sekarang ini, ia tampaknya semakin sukar untuk dielakkan meskipun kedua-duanya cuba menunjuk seperti selenggang sehayun bersama.

Jika Najib berjaya menyekat kemaraan Anwar dan PR dalam pilihanraya umum, cabaran beliau seterusnya ialah pemilihan UMNO selepas itu.
 

Sunday 30 September 2012

ISU BAJET..NO COMMENT..ITU YANG TERBAIK

Seperti biasa setiap kali selepas pembentangan bajet negara, pelbagai reaksi dari lapisan masyarakat samada menyambut baik, kecewa dan buat tak tau. Aku termasuk didalam golongan 'buat tak tau'. Kalau nak cerita pasal bonus 1 1/2 bulan, aku bukannya penjawat awam. Bagi aku bajet yang aku nampak tidak banyak beza, tidak ada yang istimewa bagi orang yang tinggal dipulau macam aku dimana kos kehidupan adalah yang tertinggi diantara kawasan-kawasan dinegara ini berbanding dengan upah atau pendapatan individu. It's a matter of ubah sana sikit sini sikit, tambah sikit dan ubah digit atau nombor. Itu diatas kertas tetapi yang kita tidak pasti ialah realiti dan pelaksanaannya. 

Aku pernah terbaca sebuah buku mengenai ekonomi Islam zaman Rasulullah SAW dan cuba melihat isu bajet ini dari perspektif Islam.Jika dibuat kesimpulan dari buku tersebut Islam memiliki sistem yang tersendiri yang datangnya dari wayhu. Daulah Khilafah pernah menaungi dunia dengan pengurusan ekonomi yang cukup hebat semasa kekhilafahan Abasiyyah dan Uthmaniyyah. Keberkesanan Omar Al-Khattab dalam menguruskan ekonomi negara. Semuanya ini adalah dari tunjuk ajar Rasulullah SAW berdasarkan peraturan yang diturunkan dari 7 petala langit. 

Aku tak tau kalau terlepas pandang atau skip dalam pembacaanku tetapi aku tidak menemui bab dimana para Khalifah atau Rasulullah SAW membuat pembentangan bajet negara yang mesti diluluskan oleh majoriti yang terdiri dari manusia didalam sebuah bangunan yang dipanggil parlimen.



Petikan dibawah cukup baik untuk dibuat panduan:

Bajet Kapitalis vs Bajet Islam

Baik secara umum mahupun secara rincinya, bajet yang dibentangkan oleh kerajaan adalah bertentangan dengan Islam. Ini kerana, hal ini tidak pernah ditunjukkan oleh Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda, 

“Sesiapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati urusan kami maka ia adalah tertolak” [HR Muslim dan Ahmad]

Antara sebab dan nas-nas lain adalah:-

Pertama: Sumber pendapatan terbesar bajet Kapitalis adalah dari cukai atau berasaskan cukai. Padahal, memungut cukai adalah sesuatu yang teramat jelas haramnya. Islam telah menerangkan keharaman cukai dengan tegas di mana Rasulullah SAW bersabda, 

“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga.” [HR Ahmad, Abu Dawud dan Al-Hakim]. 

Sabda baginda yang lain, 

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad]

Baginda juga bersabda, 

“Sekiranya kamu menjumpai pemungut ’usyur (cukai yang dipungut di sempadan antara negara Islam dan negara kufur), maka bunuhlah dia” [Musnad, Imam Ahmad bin Hambal]

Justeru, haram bagi negara memungut cukai dari rakyat untuk pendapatan negara.

Kedua: Bajet itu juga tidak membezakan jenis pemilikan yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu antara pemilikan individu, pemilikan negara dan pemilikan umum. Oleh itu, adalah haram jika kerajaan mengumpul harta kekayaannya hasil daripada cukai atau hasil dari rampasan milik individu (milkiyyah al-fardiyyah) seperti pelbagai jenis cukai dan bayaran paksaan lainnya. Juga, haram bagi kerajaan mengaut keuntungan dari kekayaan/hak yang berupa milik awam (milkiyyah al-ammah) seperti minyak, gas, galian, air, elektrik, pendidikan, kesihatan dan seumpamanya Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, 

“Harta seseorang Muslim itu tidak dihalalkan (bagi Muslim yang lain), kecuali dengan kerelaan hatinya.” 

Baginda juga bersabda, 

“Harta setiap orang Islam, kehormatannya dan darahnya diharamkan bagi orang Islam yang lain” [HR Abu Dawud dan Ibnu Majah]

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi SAW bersabda, 

“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]

Anas r.a pula meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas r.a tersebut dengan tambahan, “wa tsamanuhu haram” (“dan harganya adalah haram”).

 Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda,

“Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah]. 

Air, padang ragut dan api (tenaga) adalah tiga perkara yang Rasulullah benarkan semua orang berkongsi di dalamnya dan baginda melarang mana-mana orang/pemerintah menghalangi orang lain dari menggunakannya, apatah lagi mengaut keuntungan darinya sepertimana yang dilakukan pemerintah saat ini. 

Ketiga: Bajet Kapitalis yang dibentangkan ini juga tidak memasukkan zakat sebagai satu unsur yang sepatutnya dijadikan punca pendapatan Negara, walhal terdapat begitu banyak nas tentang kewajipan memungut zakat untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf. Dan zakat ini adalah salah satu dari pendapatan negara.

Ada pun di dalam Daulah Islam, salah satu struktur dalam pemerintahan Khilafah adalah Baitul Mal. Baitul Mal merupakan sebuah autoriti yang bertanggungjawab terhadap setiap pendapatan dan perbelanjaan negara yang menjadi hak kaum Muslimin. Oleh itu, setiap harta sama ada tanah, bangunan, bahan galian, wang atau barangan apa pun yang mana kaum Muslimin berhak ke atasnya mengikut hukum syarak, maka ia menjadi tanggungjawab Baitul Mal untuk menguruskannya. Baitul Mal berada di bawah pengawalan Khalifah secara langsung atau di bawah kawalan orang yang dilantik Khalifah untuk mengurusinya.. Dalil tentang kewujudan dan peranan Baitul Mal ini sudah cukup masyhur di dalam hadis dan juga Ijmak Sahabat. Dari segi pembahagian struktur Baitul Mal mengikut pendapatan dan perbelanjaan negara (berdasarkan hukum syarak), Baitul Mal dibahagikan kepada dua bahagian: 

PertamaAl-Waradat (Bahagian Kemasukan/Pendapatan) yang mempunyai 3 Diwan/seksyen yang terdiri dari:-

(i) Diwan Fai’ dan Kharaj (meliputi ghanimahkharajjizyah, tanah-tanah, fai’ dan juga   dharibah), 

(ii) Diwan Pemilikan Umum (meliputi kemasukan/pendapatan dari petroleum, gas, elektrik, galian mineral, laut, sungai, hutan, padang gembalaan, hima dan sebagainya), 

(iii) Diwan Zakat (meliputi zakat wang – emas dan perak, perdagangan, pertanian, ternakan dan lain-lain). 

KeduaAn-Nafaqat (Bahagian Perbelanjaan) yang terdiri dari 8 Diwan iaitu”

(i) Diwan Dar al-Khilafah 
(ii) Diwan Kemaslahatan Negara 
(iii) Diwan Subsidi 
(iv) Diwan Jihad 
(v) Diwan Pengelolaan Zakat 
(vi) Diwan Pengelolaan Pemilikan Umum 
(vii) Diwan Keperluan Dharurat dan 
(viii) Diwan Anggaran, Pengawalan dan Pengawasan Umum.

Sesungguhnya sistem dan hukum Islam tentang bajet jelas berbeza dengan sistem demokrasi. Setiap pendapatan dan perbelanjaan dalam Islam (yang disebut di atas) terdapat nas khusus yang membincangkannya secara terperinci [sila rujuk perbincangan lanjut di dalam kitab Nizamul Iqtisadi Fil Islam, Syeikh Taqiuddin an-Nabhani dan Al-Amwal Fi Daulatil Khilafah, Syeikh Abdul Qadim Zallum].Namun sayangnya pemerintah kita langsung tidak merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah di dalam menyiapkan suatu bajet. Begitu juga para pembangkang yang tidak pernah mempertikaikan atau memuhasabah pemerintah di Parlimen bahawa bajet yang dibentangkan adalah bercanggah dengan hukum syarak.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sudah puluhan tahun kita menyaksikan, setiap kali bajet dibentangkan oleh Menteri Kewangan, yang biasanya juga adalah Perdana Menteri, setiap kali itulah para pengampu dari kalangan menteri-menteri atau kakitangan atau penyokong kerajaan memuji Perdana Menteri melangit. Media pengampu kerajaan juga sama halnya, memuji dan memuja Perdana Menteri dari hujung rambut sampai hujung kaki dan menghebahkan kepada rakyat bahawa inilah bajet terbaik yang merangkumi semua aspek. Setiap tahun setiap kali bajet dibentangkan, mereka  akan mengatakan ‘inilah bajet terbaik...inilah bajet rakyat...’ dan sebagainya. Di sebalik bajet terbaik yang dikatakan untuk rakyat yang dibentangkan saban tahun, hakikatnya, saban tahun juga kita menyaksikan rakyat semakin menderita dan memberontak. Masalah kemiskinan tidak pernah dapat dihapuskan, bahkan ada kalanya semakin meningkat. Buktinya ada di depan mata, malah diakui sendiri oleh kerajaan. Dasar Ekonomi Baru contohnya diakui oleh kerajaan tidak pernah mencapai matlamat, bahkan masih terlalu jauh dari sasaran walaupun sudah berpuluh tahun dilaksanakan. Rakyat yang berpendapatan rendah masih menjadi golongan teramai, malah ada yang masih tidak terpenuhi keperluan asas mereka. Berita mengenai kemudahan awam yang terabai oleh kerajaan yang menjejaskan keselesaan hidup rakyat sering dipaparkan di media elektronik dan media cetak. Berita mengenai kemiskinan dan penderitaan rakyat juga sering tersiar. Aneh! Sungguh aneh! Saban tahun Perdana Menteri membentangkan bajet yang dikatakan ‘untuk rakyat’, hakikatnya rakyat tetap menderita dan sengsara, dan yang semakin kaya raya adalah golongan penguasa dan golongan Kapitalis raksasa. Justeru, salahkah kalau kita mengatakan bahawa bajet yang dibentangkan setiap tahun bukanlah bajet untuk rakyat tetapi bajet yang dibentangkan oleh sang Kapitalis, dari Kapitalis untuk Kapitalis?




Thursday 20 September 2012

Pemimpin parti politik buat lawak di Labuan......

Mengikuti perkembangan semasa.....

Permohonan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah sudah berlarutan lebih 25 tahun. Permintaan ini tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan memerintah atas alasan tidak praktikal kerana kos yang bakal ditanggung terlalu tinggi.
 
Kenapa jambatan itu perlu? Ada hospital besar tapi tak ada pakar. Lagi sekali meletakkan pakar di Hospital Nukleus Labuan adalah tidak praktikal kerana nisbah kepadatan penduduk tidak memerlukan pakar di Labuan. Jika pesakit dalam keadaan parah atau kritikal kena pergi ke Kota Kinabalu. Ada duit boleh naik kapal terbang kalau tidak naik bot atau feri klas besi buruk saja.
 
Pembekal barang keperluan mengambil kesempatan keatas pengguna atau rakyat Labuan dengan mengenakan harga yang tinggi atas alasan kos pengangkutan yang meningkat.
 
Semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri  beberapa bulan lepas, berkata kena tunggu bulan jatuh keriba baru ada jambatan.

Tarikh 15hb September Datok Seri Anwar Ibrahim tiba di Labuan dan ketika menyentuh mengenai jambatan, dia kata jika PKR menang di Labuan, di Putrajaya serta mengambil alih tampuk pemerintahan, permintaan pembinaan jambatan akan dikaji.

Pada tarikh yang sama muka depan akhbar Utusan Borneo memaparkan seperti dibawah "Umno Labuan Lulus Usul-Pembinaan Jambatan"


 
 
Dengar kabar PM akan melakukan lawatan kerja ke Labuan bulan depan.....kurang pasti nak sebut pasal jambatan ke tidak? Setengah penduduk Labuan berpendapat isu jambatan akan menjadi realiti disatu hari nanti. Ada pula yang sudah berusia bersikap seperti orang Utara kata, "biaq pi la depa, nak cakap apa, cakap depa bukannya betui pun"

Monday 17 September 2012

Protes "Innocence of Muslims"

Di London

di Masjid Al Aqsa ...muslimin mengangkat Ar Roya dan Al-Liwa

di Morocco (Maghribi)

Negara Islam didunia dan beberapa negara walaupun minoriti berugama Islam mengutuk serta  memprotes tayangan the "Innocence of Muslim". Filem trailer tersebut dikatakan menghina Rasulullah SAW. Dinegara kita ada juga kedengaran suara protes yang hanya kedengaran sayup-sayup...walaubagaimanapun negara kita sudah ada pengarah yang mengarahkan filem berlandaskan sunnah nabi. Cuba LIHAT DISINI . 



Thursday 13 September 2012

Ingatkan sudah habis, rupanya ada lagi alat pemanas (heater) jenama lain..

Ia bermula disini........




Apabila seorang pemilik akaun Facebook dengan nama Emaliza Lizaema (Ema) pos komen yang boleh dikategorikan sebagai menghina penduduk negeri Sabah yang dianggapnya sebagai pengotor.



Selepas itu ada pula facebookers yang lain cuba nak siram minyak tanah atas bara api..


Nampak pula ini diakhbar tempatan di Sabah.....
 
Tiba-tiba ada pula alat pemanas jenis ini dipasaran, cuba lihat  KLIK DISINI 

 

Pung pang pung pang..!!!!
 Lepas tu isu tarian kebudayaan suku kaum dusun/ kadazan pula...http://suarapakatanrakyat.com/2012/09/tarian-sumazau-untuk-golongan-rendah-akhlak/# Tidak dapat dipastikan jika link ini masih ujud tetapi diantara kandungan post didalam blog tersebut adalah seperti dibawah:-
 

Yang racist tu bukan orang Sabah dan Sarawak, orang Sabah & Sarawak tu adalah mangsa keadan sebenar.........


 

Tuesday 11 September 2012

Saat kita terlupa suami atau isteri dan anak-anak....

Ada 3 keadaan atau saat kita akan terlupa isteri atau suami serta anak-anak.....


Pertama,  saat apabila buku catatan amal berterbangan menghampiri pemiliknya. Tidak seorang pun tahu samada buku amal tersebut datang dari sebelah kanan atau kiri. Setiap orang menunggu lembaran amal dan hasil kehidupan dunianya. Ia tidak tahu selamatkah  atau hancurkah ia, di syurga atau di nerakakah tempatnya. Setiap orang akan sibuk akan dirinya, pasti memikirkan dosa-dosa yang telah dilakukan semasa didunia.

Kedua, saat timbangan amal diletakkan untuk mengetahui mana yang ringan dan mana yang berat. Amal ibadat kah atau perbuatan kejinya.
 
“Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala) nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.” ( Al Anbiya’ : 47 )

“Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihatorang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apayang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata:
“Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yangbesar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada(tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorangjuapun”.( Al Kahfi : 49 )
 
Ketiga,  saat mula melalui jambatan ( shirath ).Tidak ada seorang pun yang mengetahui, apakah ia akan berhasil atau terjatuh jika gagal melalui jambatan itu. Jambatan itu ialah jambatan yang merentangi  dan terletak diatas neraka jahanam. Dari orang pertama dan terakhir semuanya bakal melalui jambatan tersebut.
 
 

Sunday 9 September 2012

BAJET 2013:Peningkatan Peruntukkan Demi Kebajikan Rakyat


Berapa agaknya yang diperuntukan untuk membela kebajkan rakyat di Wilayah Persekutuan Labuan? ‘Demi kesejahteraan Rakyat’ …adakah... yes…!!(thumbs up) atau kah kah kah .....!! (Tipah tertipu lagi) 

Mungkinkah jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Tanah Besar Sabah? Atau sebuah cruise untuk menggantikan feri yang semakin tenat  yang boleh diklaskan sebagai besi buruk? Mungkin juga kemudahan dan frasarana yang lebih canggih dihospital Nukleus Labuan. Hospital tersebut hanya mampu memberi  khidmat untuk sakit atau demam biasa saja.   Boleh dikatakan khidmat penahan sakit, ubat batuk dan cedera akibat kemalangan ringan. Bagi kes yang lebih berat dan memerlukan pakar  pesakit akan dirujuk  ke Kota Kinabalu. Itu pun bagi orang yang mampu, kalau tak mampu diam sajalah.

Bajet 2013 yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada 28hb September ini bakal menyaksikan peruntukan kepada semua kementerian meningkat berbanding tahun ini bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang dan kebajikan rakyat terus terbela kecuali satu atau dua kementerian disebabkan rasionalisasi perbelanjaan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika ditemui oleh pemberita semasa menghadiri majlis rumah terbuka aidilfitri Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi berkata draf Bajet 2013 telah dibincang dan diluluskan oleh Kabinet Rabu lalu.

Katanya lagi "Kita telah berbincang dengan Bank Dunia dan kemudian di bawah inisiatif reformasi strategik (SRI) yang kita teliti perbelanjaan satu demi satu. Umumnya, semua kementerian akan dapat lebih peruntukan dan ada sedikit kementerian akan dapat kurang berdasarkan SRI”.

Wednesday 29 August 2012

DEVIL VS ANGEL

Teringat zaman kanak-kanak ketika belajar mengaji Al-qur'an, mula-mula mengaji dengan bapa kemudian dengan atok pula. Kenapa berpindah kat atok? Bapa yang ketika itu bertugas sebagai guru telah dipindahkan kesebuah sekolah yang terletak di Gadong, Beaufort, di Sabah. Atok yang lebih dikenali dengan Tuan Haji Salleh Panjang adalah guru mengaji quran yang garang dikawasan kejiranan kampung kami. Kalau dah dua tiga kali dia ulang masih tak dapat dia akan pukul rotan sebesar jari telunjuk diatas lantai papan dirumahnya. Semangat boleh hilang huhh....Setiap kali sebelum mengaji kena baca doa penerang hati dulu, doa yang budak kelas tadika pun tahu. Kita pun buka al-qur'an dan memulakannya dengan A'uzubillah himinasyaitan nirrajim yang lebih kurang maksudnya 'Aku memohon perlindungan mu Ya Allah dari syaitan yang kena rejam'. Kisah syaitan dan bagaimana makhluk ini membisikan hasutan agar manusia sesat dan engkar akan perintah Allah SWT  sering diceritakan oleh bapa dan arwah atok,  sudah banyak dibukukan dan dipindah kealam siber melalui blog dan laman sesawang yang berasaskan pendidikan Islam. 
 
Menterjemahkan perkataan 'devil' sebagai syaitan dan 'angel' sebagai malaikat membuatkan perumpamaan bahasa Inggeris 'Better the devil you know than the angel you don’t'  kurang sesuai digunakan. Maksud perumpamaan "lebih baik syaitan yang kamu kenal dari malaikat yang kamu tidak kenal" ialah ungkapan yang telah ditulis oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir didalam blognya sebagai merujuk kepada parti-parti politik pemerintah dan pembangkang. Kenapa syaitan lebih baik sedangkan kita memohon perlindungan dari Allah Taala apabila ianya berkaitan dengan syaitan.
 
Hari ini didalam SINARHARIAN, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegur dan memberi pandangan berkaitan isu tersebut....Lihat disini