Permohonan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah sudah berlarutan lebih 25 tahun. Permintaan ini tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan memerintah atas alasan tidak praktikal kerana kos yang bakal ditanggung terlalu tinggi.
Kenapa jambatan itu perlu? Ada hospital besar tapi tak ada pakar. Lagi sekali meletakkan pakar di Hospital Nukleus Labuan adalah tidak praktikal kerana nisbah kepadatan penduduk tidak memerlukan pakar di Labuan. Jika pesakit dalam keadaan parah atau kritikal kena pergi ke Kota Kinabalu. Ada duit boleh naik kapal terbang kalau tidak naik bot atau feri klas besi buruk saja.
Pembekal barang keperluan mengambil kesempatan keatas pengguna atau rakyat Labuan dengan mengenakan harga yang tinggi atas alasan kos pengangkutan yang meningkat.
Semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri beberapa bulan lepas, berkata kena tunggu bulan jatuh keriba baru ada jambatan.
Tarikh 15hb September Datok Seri Anwar Ibrahim tiba di Labuan dan ketika menyentuh mengenai jambatan, dia kata jika PKR menang di Labuan, di Putrajaya serta mengambil alih tampuk pemerintahan, permintaan pembinaan jambatan akan dikaji.
Pada tarikh yang sama muka depan akhbar Utusan Borneo memaparkan seperti dibawah "Umno Labuan Lulus Usul-Pembinaan Jambatan"

Dengar kabar PM akan melakukan lawatan kerja ke Labuan bulan depan.....kurang pasti nak sebut pasal jambatan ke tidak? Setengah penduduk Labuan berpendapat isu jambatan akan menjadi realiti disatu hari nanti. Ada pula yang sudah berusia bersikap seperti orang Utara kata, "biaq pi la depa, nak cakap apa, cakap depa bukannya betui pun"
No comments:
Post a Comment