Istilah muslim dan mukmin amat berkait rapat dengan pengertian dan pelaksanaan rukun Islam dan Rukun Iman itu sendiri manakala rukun Iman ialah
percaya kepada Allah SWT, para malaikat, kitab yakni al-qur'an, para rasul, hari kiamat dan
qada’ dan qadar Allah.Rukun Islam pula ialah penyerahan diri kepada Allah SWT dengan
mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan sembahyang lima waktu, mengeluarkan zakat, menjalankan ibadah puasa di bulan
Ramadhan dan menunaikan fardhu haji jika berkemampuan.
Rukun Iman dan rukun Islam tidak boleh dipisahkan. Ini adalah disebabkan dengan pelaksanaan kedua-duanya sekali barulah seseorang itu digelar seorang muslim dan mukmin sebenar atau pun disebut seorang muslim yang mukmin
Dalam konteks pelaksanaan, ada
juga pendapat yang membezakan penggunaan antara istilah Muslim dan Mukmin
dalam ertikata bahawa seseorang Muslim itu yang mengaku beriman
tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam. Misalnya, orang yang dilahirkan dari kedua
ibu bapa Islam atau orang yang memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah, tetapi
mereka tidak mengamalkan ajaran islam tadi dengan sempurna dan kalaupun
ada pelaksanaan hanya berkala dan tidak istiqomah.
Sesungguhnya istilah Mukmin itu merujuk kepada orang yang benar-benar beriman
dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya serta mengabdikan diri kepada Allah SWT. Inilah yang disebut 'setiap Mukmin itu Muslim, tetapi tidak setiap
Muslim itu Mukmin. Oleh itu perkataan mukmin itu umum dan muslim itu
khusus.'
Dalam Surah
Al-Hujurat ayat 14 Allah SWT menjelaskan persoalan ini
:
Ertinya : Orang-orang Arab Badawi itu berkata:
"Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami
telah tunduk', kerana iman itu belum masuk kedalam hatimu; dan jika kamu taat
kepada Allah SWT dan Rasulnya, dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala
amalanmu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang."
Wallahualam......
Salam.
ReplyDeleteMaaf bantu memperbetulkan yang mungkin tersilap diatas.
'setiap Mukmin itu Muslim, tetapi tidak setiap Muslim itu Mukmin. Oleh itu perkataan mukmin itu umum dan muslim itu khusus.'
jadi tentang "mukmin itu umum dan muslim itu khusus" saya rasa terbalik, yang mana sepatutnya "muslim itu umum, mukmin itu khusus".
Maaf jika saya yang tersilap dalam memahami pengertian tersebut. jika saya tidak silap maka lakukanlah pembetulan.
Ikhlas kerana Allah.
Terima kasih infonya.
wasalam.
muslim = islam
Deleteمسلم = اسلام
Askm..
ReplyDeletesy nak perbetulkan sedikit kat post paling atas sebelah kanan "mensyukuri nikmat", petikan dari dr surah Al-Ahqaf ayat ke 15,,,bukan 14..