Budak kulit hitam yang zaman kanak-kanaknya main bola dilorong-loorong belakang bangunan. Fabrice Muamba memasuki Akademi Bolasepak Arsenal pada tahun 2002 ketika berusia 14 tahun, diserap dalam kesebelasan utama Kelab Arsenal pada 2005 kemudian berpindah kekelab Bolasepak Birmingham City pada 2007 dan pada 2008 berpindah ke Bolton Wanderers. Tidak ada orang kenal Muamba kecuali beberapa pemain dan peminat bolasepak Eropah.
Fabrice Muamba
Pada hari kejadian iaitu 17/3/2012 jam 6.11 petang waktu tempatan, anak kelahiran Congo yang telah mendapat status warganegara di England, berusia 23 tahun itu tiba-tiba jatuh diatas padang ketika mengejar bola dalam perlawanan suku akhir Piala FA diantara Bolton Wanderers dan Tottenham Hotspurs. Pemain bolasepak diposisi midfield itu mengalami serangan jantung dan ketika paramedik berlari mendapatkannya diatas padang berusaha memulihkannya, jantung Muamba sudah berhenti berfungsi dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan. Keadaan begitu berterusan sehingga ia tiba di London Chest Hospital, di Bethnal Green, Timur London jam 8 malam. Dia diletakkan di Unit Penjagaan Rapi hospital tersebut dan disahkan dalam keadaan amat kritikal. Tunang Muamba, Shauna melalui rangkaian media sosial seperti Facebook dan Tweeter menyeru semua pihak mendoakan Muamba agar sadar semula. Sokongan luar biasa dari pelbagai pihak selain dari masyarakat bola sepak amat menakjubkan. Sehingga hari Selasa 20/3/2012, sokongan yang diterima oleh Shauna mencapai ratusan ribu dan pada hari yang sama Muamba yang disahkan mati selama 78 minit dan didalam keadaan kritikal atau koma selama dua hari tiba-tiba tersedar dan berupaya mengenali ahli keluarga dan tunangnya.
Sokongan dari pemain dan peminat bolasepak.
Thiery Henry yang pernah bermain bersama Muamba dikelab bolasepak Arsenal secara rahsia telah meninggalkan pusat latihan Red Bull iaitu kelab terkini beliau di Amerika Syarikat hanya untuk
bersama dan memberi sokongan kepada Muamba.
Simbolik insiden ini, isu rasis atau perkauman yang hangat dipadang bolasepak sebelum ini dilupakan. Suara-suara menyokong Muamba seperti, "Pray for Muamba, get well soon Muamba, no colours in football, we are family in football", bukan hanya dikalangan masyarakat kulit hitam tetapi bangsa Eropah yang dikenali sebagai kaki buli. Masih ada lagikah sikap peri kemanusiaan diantara mereka atau hanya menunjuk-nunjuk?
Bagaimana pula dengan masyarakat kita hari ini? Masyarakat yang pernah dikenali sebagai masyarakat timur yang bersopan santun, berbudi bahasa, prihatin dan penyayang ....
No comments:
Post a Comment