haniksam

haniksam

Friday 24 June 2011

Afdal dimalam Jumaat.....


Sudah menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat kita apabila disebut malam Jumaat ia seolah-olah satu gurauan atau usikan yang membuat para abang atau suami senyum meleret kerana malam itu ialah malam sunat untuk hubungan intim suami isteri.
Hanya segelintir yang memikirkan bahawa malam Jumaat itu adalah malam yang afdal untuk mengadakan aktiviti keagamaan dan melipatgandakan amalan seperti mengadakan ceramah-ceramah agama, tadarus al-Qur’an dan bacaan surah Yassin. Kita juga disunatkan untuk bangun pada 2/3 malam Jumaat untuk melakukan solat sunat Tahajud, Tasbih dan Hajat. Ini adalah disebabkan bahawa Allah SWT pada ketika itu hampir kepada manusia yang mencarinya dan pada ketika ini jugalah masa yang paling sesuai untuk kita bermunajat kepada Allah SWT terutama kepada mereka yang sedang dilanda masalah dan hilang arah.
Mereka yang disebutkan segelintir manusia  yang berusaha menambah amalan mereka pada malam Jumaat itu berasa takut akan kehadiran hari Jumaat pada keesokan harinya kerana Allah SWT telah menjanjikan bahawa hari kiamat itu akan jatuh pada hari Jumaat. 

Tuesday 21 June 2011

KERONCONG PROTOL......

Komitmen yang terlalu banyak selain dipejabat sejak bermula  bulan Jun menyebabkan saya sering keletihan tetapi hari ini saya berasa sedikit lega kerana hanya tinggal beberapa perkara lagi yang harus diselesaikan sebelum masuk bulan Syaaban iaitu bulan kenduri arwah. Apabila bulan ini tiba teringat kata-kata arwah atok, "tak payah tunggu bulan Ramadhan baru nak puasa, bulan Syaaban pun kita boleh berpuasa, niatkan puasa sunat atau qada pada hari Isnin atau hari Khamis, kalau sebulan lagi baik lepas tu sambung berpuasa wajib dibulan Ramadhan". Bapa juga menyokong kenyataan arwah atok. Kenduri arwah bukan susah, kak Long yang uruskan semuanya,  tempatnya dirumah bapa, semua adik beradik dan ahli keluarga berkumpul. Buat collection adik beradik...dah selesai..!!!!!    

Kita relax dulu ...santai dengar lagu keroncong....lagu mainan anak remaja saya bila masuk dalam kereta....

Friday 17 June 2011

BETUL KE NI BANG POLIS? PDRM SEPATUTNYA PERBETULKAN KEADAAN & BERI PENJELASAN

Dengan pakaian seragam yang mereka pakai, mereka ini sepatutnya adalah pelindung kepada masyarakat. Janganlah biarkan PDRM dilabel sebagai harapkan pagar pagar makan padi, makan gaji buta, bagai kerbau dicucuk hidung......

POLIS LABUAN LINDUNGI ANAK AHLI PARLIMEN?


SEORANG ahli perniagaan dan merupakan mantan rakan kongsi Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yusof Mahal, Hanizam Rasiol Bin Mohammad, 49, tidak menyangka akan melalui pengalaman pahit dibelasah dengan kejam sehingga patah tulang hidung oleh anak Yusof, Yusani yang bukan sahaja samseng, malah bertindak ganas merampas kad pengenalan beliau dan dua rakannya.

Malangnya, walaupun Hanizam membuat laporan polis di Balai Polis Labuan pada hari kejadian iaitu 29 April 2009 melalui laporan bernombor Labuan/002254/09, namun polis seolah-olah melindungi Yusani.

Buktinya, Mykad Hanizam bernombor 620811-07-5055, Zahrol Azhar Bin Zuhri @ Darmo bernombor 690613-08-6275, Muhammad Shukri Bin Abdullah bernombor 471004-12-5013 masih dalam simpanan Yusani sehingga mereka bertiga terpaksa membuat permohonan gentian kad pengenalan berdasarkan laporan polis berkenaan.

“Selepas kad pengenalan kami dirampas, mereka mahu membawa kami ke gudang untuk dilupuskan (dibunuh). Mujur polis sampai dan membawa kami semua ke balai,” kata Hanizam yang menjelaskan Yusani bertindak ganas setelah berang kerana beliau dan rakannya datang menghadiri mesyuarat tapak ekoran projek yang dilaksanakan Yusani menggunakan lesen PKK milik Hanizam, Utara Kita Sdn.Bhd tanpa pengetahuannya mahu disenarai hitamkan Perbadanan Labuan.

Bagaimanapun Hanizam menyatakan kes pertikian dan jenayah yang dilakukan Yusani akan diceritakan kemudian.

“Yang penting, saya tidak mahu MyKad saya dan dua orang rakan saya yang dirampas Yusani disalahgunakan untuk tujuan tertentu. Saya juga menggesa agar polis membuka kembali fail siasatan berhubung tindakan Yusani merampas kad pengenalan kami kerana beliau bukan Pegawai Pendaftaran,” ujar Hanizam yang menunjukkan Mykad gantian yang telah diperolehinya.

Hanizam turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar campurtangan dan tidak melindungi polis yang menyalahguna kuasa bersubahat dengan Yusani melindungi kegiatan jenayah yang dilakukannya.

“Saya hairan kenapa polis tidak dakwa Yusani yang merampas Mykad kami atau mengarahkan dokumen peribadi kami dikembalikan sedangkan itu kesalahan jenayah berat,” tegas Hanizam yang turut mencurigai Pegawai Pendakwaraya yang mengendalikan kesnya.

Sumber:SABAHKINI



Monday 13 June 2011

Blangkon dan kisah usahawan murahan....

Hari ini saya makan tengahari dengan Pak Mus kenalan lama berasal dari Surabaya tetapi sudah mendapat taraf penduduk tetap. Dia baru kembali selepas tiga bulan berada ditanah tumpah darahnya sambil melawat sanak saudara yang lama ditinggalkan. Pak Mus suka bercerita mengenai pengalamannya, ada juga cerita lawak yang dikutip dalam perjalanannya dikongsi dengan saya.. Bila ketawa nampak giginya yang jarang dan berkarat. Saya bukannya kisah sangat tentang memilih kawan, jika orang baik kita buat baik biarpun dia Jawa, Om Timoer Leste, Bugis, Suluk atau apa pun kerana yang membezakan kita ialah amal dan kebajikan yang kita buat. Duniawi, yang membezakan kita ialah berapa jumlah tunai atau harta yang kita ada. Bagi saya selagi warna darah kita sama yakni warna merah,  kita sama saja, lain halnya jika darah warna hijau atau warna lain selain merah mungkin asal keturunan allien atau makhluk-makhluk dari planet lain.

Berbalik kepada Pak Mus, saya memberitahu Pak Mus mengenai keinginan anak-anak remaja saya   untuk mendapatkan blangkon. "Bapanya kan keturunan Manadailing Sumatera, Mandailing  nggak pake blangkon" kata Pak Mus sambil ketawa lantas saya menjawab. "Bukan itu sebabnya Pak, anak-anak nampak beberapa pemimpin pakai blangkon diinternet". "Nah nanti bapa usahakan". Lega hati saya. Pak Mus menceritakan betapa keadaan kota Surabaya  yang kini bertambah sibuk dan merasa lega bila sudah berada semula di Labuan. Saya sendiri tidak ingat bagaimana tajuk cerita kami menyimpang kelain mempersoalkan kenapa ramai penduduk Indonesia yang anti Malaysia.

Pak Mus memulakan cerita yang didengarnya ketika balik ke Indonesia ketika dia berumur pertengahan tiga puluhan.Dia sendiri pun tidak dapat mengesahkan kesahihan cerita ini. Pertamanya ia mengenai nilai matawang dimana  nilai matawang Malaysia lebih tinggi berbanding  Indonesia. Pada satu ketika datanglah beberapa usahawan dari Malaysia yang kononnya dengan wang yang mereka bawa apabila ditukarkan dengan wang Indonesia boleh membeli beberapa gadis Jawa untuk ditiduri. Dengan wang yang mereka ada juga, mereka   boleh memiliki pusat hiburan dan spa sepanjang mereka berada di Indonesia. Keadaan ini membuatkan kaum Adam di Indonesia merasa marah dan ada diantara mereka yang tersemat perasaan dendam. Mereka berpendapat bahawa kebanyakan rakyat Malaysia adalah berketurunan  suku kaum Indonesia kenapa mereka sampai hati untuk memusnahkan kaum Hawa yang asal usulnya adalah dari satu rumpun dengan mereka? Jawapannya....tak tau nak jawap..... 

MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT..


Mari  kita mengajar anak-anak kita memohon perlindungan Allah SWT agar dijauhkan dari anasir-anasir jahat dan dari segala kejahatan  syaitan yang bertopengkan manusia. Kita selamatkan diri kita, keluarga kita dan umat-umat islam moga-moga sejahtera kehidupan kita. Dahulukan dengan bismillahirahmanirahim….



Nah! mudah kan…menyebut satu kalimah Allah itu dapat pahala dari membuang masa dan berbual kosong..

Thursday 9 June 2011

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kena belajar dialek Brunai dan Kedayan..

Khabar angin yang bertiup kencang mengenai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan yang bakal dipilih sebagai calon BN mewakili Wilayah Persekutuan Labuan pada pilihanraya umum akan datang membuatkan ramai penduduk Labuan geleng kepala tetapi jika itulah yang dimahukan oleh pemimpin tertinggi BN penduduk Labuan terpaksa angguk kepala. Ramai yang mengatakan jika calon BN itu adalah  individu yang diimpot maka lihat saja keputusan pilihanraya nanti. Tapi tak apalah, jika Lim Guan Eng dari Melaka pun boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang tidak mustahil jika Datuk Raja Nong Chik tidak boleh jadi wakil rakyat Wilayah Persekutuan Labuan, mungkin terpaksa guna strategi DAP. Walaubagaimanapun Datuk Nong Chik kenalah menghadiri kelas bimbingan belajar dialek Brunai dan Kedayan agar dia mampu berkomunikasi dan mengenalpasti masalah masyarakat setempat dan seterusnya mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.Tak bolehlah duduk kerusi empuk saja.




Wednesday 8 June 2011

ALLAH SWT MENCIPTA SEGALANYA DIMUKA BUMI INI BERPASANG-PASANGAN......

Kita sering  lupa bahawa Allah SWT pencipta alam semesta  telah mencipta segalanya dimuka bumi ini berpasang-pasangan. Misalnya lelaki dan perempuan, siang dan malam, serta keadaan persekitaran seperti panas dan sejuk, sakit dan sihat, kemarau dan hujan, bumi dan langit, kaya dan miskin, bodoh dan pandai. Keadaan yang sedemikian mempunyai hikmah yang tersendiri agar sering melengkapi dan menjadikan alam semesta ini ciptaan Allah SWT yang sempurna.

Dalam keadaan lupa itu, sudah terbiasa ketika kita melepaskan marah dan geram, menunjukkan rasa benci dan meluat terhadap seseorang kita akan mengeluarkan kata-kata yang kesat dan kurang enak didengar.  Kenapa terjadi sedemikian? Ianya adalah disebabkan bahawa kita lupa dalam diri manusia itu juga telah Allah SWT ciptakan kelebihan dan kekurangan. Kemarahan, kebencian dan perasaan negatif  adalah berdasarkan kekurangan atau keburukan pada manusia yang kita marah dan benci itu tanpa ada rasa kasihan, menilai dan mengimbanginya dengan kelebihan dan kebaikkannya.  

Harus difahami bahawa kelebihan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT itu bertujuan agar manusia sentiasa bersyukur dan menjadikan manusia lebih 'tawadhu' atau merasa rendah diri dan bukannya bersikap sombong dan bongkak. Disebaliknya kekurangan itu bukan untuk dikesali atau ditangisi tetapi bertujuan untuk mengajar manusia agar bersabar dan redha keatas apa jua pemberian tuhan. Pada masa yang sama berusaha untuk memperbaiki diri, memaksimakan potensi diri agar dapat mengimbangi atau menutup kelemahan atau kekurangan diri.

Monday 6 June 2011

Si Luncai terjun dengan labu-labunya...


Kini muncullah ‘Si Luncai’ moden dengan citra alim dan warak, berbaju agama tetapi berhati serigala. Boleh jadi dia muncul dalam gelanggang ekonomi, politik atau sosial. Ceritanya tetap sama … mimpi alam rohani dengan janji-janji murni yang diadun antara realiti dan fantasi. Ada kebenarannya, tetapi melaut kepalsuannya. Dan mereka hakikatnya adalah taukeh ‘skim cepat kaya’ yang menabur saham-saham pengampunan dosa dan jalan pintas ke syurga. Lahiriah indah dan tampak gagah, tetapi isinya adalah strategi biasa ahli siasah (politik) atau tijarah (ekonomi).
Malangnya, kerana abad ke-21 adalah abad ‘lapar rohani’ maka ‘mi segera’ jenama agama ini mudah mendapat pasaran. Sekali lagi strategi ‘Si Luncai’ telah digunakan … kali ini dengan maksud jahat dan sesat. Ramai yang tertipu oleh kelicikan Si Luncai jika tidak punya keberanian, ilmu asas yang kukuh dan dihantui oleh dosa-dosa silam. Ya, jika manusia zaman moden ini mempunyai ilmu asas yang kuat, tidak dibayangi oleh dosa-dosa lampau yang melampau, maka ajakan ‘Si Luncai’ jenama agama tidak akan mendapat sambutan.
Orang yang boleh ditipu hanya orang yang dungu. Orang yang boleh digertak, hanya orang yang banyak salah. Si Luncai tahu itulah hakikat raja yang sedang dihadapinya. Dan kita mesti membuktikan bahawa kita lebih cerdik dan lebih baik dengan memantapkan ilmu, amal dan bertaubat. Tidak ada jalan pintas ke syurga. Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya!
Untuk cerita penuh   SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA ...

Sunday 5 June 2011

Disebalik lagu 'Bangau Oh! Bangau'


Saya masih ingat masa sekolah rendah lagu 'Bangau Oh! Bangau' adalah dikategorikan sebagai lagu tradisi dalam pendidikan dan boleh dikatakan semua pelajar sekolah rendah dan yang belum sekolah pun  hafal lirik dan bait lagu itu. Masa berlalu dan semua berubah, kini lagu itu tidak lagi dinyanyikan disekolah rendah. Bila saya dengar semula lagu ini ketika usia sebegini saya terfikir bahawa mesej dalam lagu itu mengajar anak-anak bersikap negatif, menuding jari kearah orang lain demi melepaskan diri dari dituduh membuat kesalahan.

Bangau sepatutnya belajar bagaimana hendak menangkap ikan didalam air yang dipenuhi rumput yang panjang dan jangan menyalahkan rumput dan begitulah seterusnya...  

Thursday 2 June 2011

PERCERAIAN PUNCA SIKAP NEGATIF KANAK-KANAK..

"Bergegar tiang arash setiap kali perceraian berlaku dan Allah SWT melaknatinya walaupun ianya dibenarkan. Apabila disebut 'dibenarkan', kamu tidak boleh sewenang-wenang melepaskan talak disebabkan tidak ada keserasian".  Begitulah diantara kata-kata arwah datuk sebagai jurunikah dan penasihat kawin cerai lebih 30 tahun yang lalu ketika menasihati sepasang suami isteri yang mengambil keputusan untuk bercerai.

Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya tetapi didalam masyarakat kita ia lebih biasa disebut sebagai cerai. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri sudah tidak dapat hidup sebumbung dan mencari kata sepakat demi kebahagian berumahtangga dan sesungguhnya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka dan telah tidak ada ruang untuk mereka berbuat demikian setelah mencubanya.

Sekiranya perceraian berlaku diantara pasangan yang belum mempunyai anak kesedihan hanya sementara dan akan hilang apabila masing-masing bertemu pasangan yang baru tetapi apa akan jadi jika pasangan yang bercerai itu telah dikurniakan anak. Anak ialah kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya dan tidak ada mata wang didunia ini yang mempunyai nilai harga yang sama dengan nilai seorang anak.

Perceraian ialah satu proses yang bukan mudah dan amat menyakitkan. Anak-anak adalah mangsa utama dari proses tersebut. Diantara kesan negatif yang akan menyelubungi jiwa anak-anak itu yang mungkin berterusan sehingga akhir hayat mereka adalah seperti berikut:-


- Kurang kasih sayang dan perhatian kerana tinggal berasingan

- Terpaksa berpisah dengan adik beradik yang lain kerana ada yang tinggal dan bapa yang lain tinggal
  dengan ibu

- Rasa malu dengan kawan-kawan, tidak selamat dan hilang keyakinan diri

- Mengalami tekanan perasaan menyebabkan lemah dari segi mental dan fizikal

- Perasaan terganggu dan keliru

- Hilang tumpuan keatas apa jua yang dilakukan terutama pelajaran

- Akan menunjukkan sikap yang negatif

Ada juga anak-anak mangsa perceraian boleh menerima keadaan tersebut seadanya tetapi jumlahnya terlalu sedikit disebaliknya lebih ramai anak-anak yang tidak mampu menerima hakikat perceraian ibu bapa mereka. Keadaan menjadi lebih tidak selesa bila ibu atau bapa berkahwin lain dan membawa orang baru dalam kehidupan mereka dan sebagai anak mereka terpaksa menerima kehadiran orang baru ini. Kekecewaan menyebabkan mereka lebih banyak masa menyendiri dan melayan perasaan mereka seperti marah dan benci. Ditahap ini jika ibu atau bapa yang bercerai tidak mengambil langkah perlu maka anak-anak ini akan menjadi tidak tentu hala dan hilang arah yang pada akhirnya menyebabkan penglibatan mereka didalam aktiviti tidak sihat seperti merokok, minum arak dan yang paling dahsyat ialah penglibatan didalam pengambilan dadah. Akhirnya jadilah mereka sampah masyarakat.

Islam sebenarnya melarang seorang isteri yang minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab yang syar'ie, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud,

"Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar'ie, maka haram ke atasnya bau syurga"   Riwayat : Abu Daud

Perkara di atas ini berlaku juga terhadap suami yang menceraikan isterinya, tanpa ada sebab-sebab atau alasan yang kuat sehingga isteri terasa dizalimi atau menceraikannya dengan cara penganiayaan. Begitu juga haram bagi suami menceraikan isterinya sewaktu sedang haid atau sewaktu isteri dalam keadaan suci tetapi telah dicampurinya.

Wahai ibu dan bapa jika perlu ada pengorbanan untuk anak-anak lakukanlah kerana pengorbanan yang kita buat untuk anak-anak hari ini akan dibalas baik masa hari tua...kasihani dan sayangi anak-anak kita..

Beberapa sebab perceraian
(Pengakuan benar dari bekas suami dan isteri)
Suami 1 :
Mertua terlalu masuk campur dalam membuat keputusan dalam rumahtangga kami, isteri pula       banyak menyebelahi dan menyokong ibu bapanya.
Suami 2 :
Demanding, belanja diluar kemampuan, nak show off dengan adik beradik dia, dia sanggup berhutang.
Suami 3 :
Hipokrit, depan mak pijak semut tak mati, dibelakang mak habis mak saya dia maki.
Suami 4:
Pemalas, suka makan diluar tak suka masak, dulu masa baru kawin janji nak berubah.

Isteri 1:
Suka berpoya-poya, gaji tak pernah ada, kerja pun macam tak kerja 
Isteri 2:
Suka membandingkan saya dengan wanita rakan sekerja dipejabat,
tidak dapat menerima kekurangan saya.
Isteri 3:
Lebih baik cerai dari dimadu
Isteri 4:
Dia pilihan keluarga dan ada kaitan keluarga, saya tak pernah diberi peluang untuk bagi pendapat kena angguk 'yes sir' saja. Dia orang berada jika dibandingkan dengan keluarga saya yang duduk dikampung. Balik kampung saya balik sendiri dia tak pernah ikut walaupun raya, anak-anak tak boleh ikut saya kalau balik kampung....