haniksam

haniksam

Thursday 22 December 2011

KEMATIAN & PENGURUSAN JENAZAH...............(Bahagian 2)


Apabila mendapati seseorang itu dalam keadaan nazak, adalah perlu jika ada hamba Allah lain yang berada disisinya seperti ahli keluarga. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah syuhadah iaitu :“Ash-hadu allah illaha illallah”... dibisikkan ditelinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Sunat membaca Al-Quran atau Surah Yasin ketika itu. Hamba Allah yang nazak itu hendaklah ditelentangkan menghala kekiblat (kakinya  arah kekiblat) dan  qiam tangannya.

Apabila seseorang telah disahkan matinya, maka orang yang hidup hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:-
1.            Diucapkan "Inna lillahi wainna ilaihi raaji un"

2.            Rapatkan kedua belah matanya.sambil menyebut kebaikan serta mendoakannya agar     mendapat keampunan oleh Allah atas dosa-dosanya.

Sabda Rasulullah SAW

"Bila kamu menghadapi orang mati hendaklah kamu       menutup  matanya kerana     sesungguhnya mata itu mengikutkan roh. Dan hendaklah kamu mengucapkan kata-kata yang baik yakni mendoakan yang baik maka sesungguhnya ia dipercayai menurut apa yang diucapkan oleh ahli mayat" Diriwayatkan drp Syaddad bin Aus.

3.            Tanggalkan pakaiannya dan jika terdapat najis bersihkan, ditutupkan  seluruh  badannya                  dengan kain sebagai menghormatinya dan agar tidak kelihatan auratnya

"Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika baginda wafat ditutup dengan kain"
Diriwayatkan drp Aisyah ra.

4.            Rapatkan mulutnya, ikatkan dagunya dan simpul ikatan diatas ubun-ubunnya agar mulut tidak   ternganga.     
5.             Luruskan kakinya.
6.             Ikatkan kedua belah ibu jari kakinya agar kakinya terletak rapat.

7.             Jika perlu letakkan sesuatu diatas perutnya sebagai penindih agar tidak mengembung

Perkara yang perlu, boleh dan tidak patut dilakukan oleh ahli keluarga simati:

1.            Menyegarakan membayar hutang yang ditinggalkan oleh simati jika berkemampuan, jika tidak mampu maka terserahlah kepada Allah SWT yang maha pengasih dan penyayang menimbang berdasarkan tujuan simati berhutang,


Sabda Rasulullah SAW

“Hutang itu ada dua jenis. Barang siapa yang mati meninggalkan hutang, sedang ia berniat untuk mati meninggalkan hutang, maka aku yang mengendalikannya, dan barang siapa mati, sedangkan dia tidak berniat untuk membayarnya, maka pembayaranya akan diambilkan dari amal kebajikannya, kerana diwaktu itu tiada emas dan perak untuk membayarnya”
Diriwayatkan drp Ibnu Umar ra

2.            Perbuatan mencium jenazah tidak menjejaskan kesucian agama Islam dan tidak pula     bercanggah dengan  hukum  Syarak.

Sabda Rasulullah SAW
"Rasulullah telah mencium mayat sahabatnya Osman bin Muaz’un dimana air mata baginda kelihatan mengalir di mukanya (membasahi pipinya)”   Diriwayatkan drp Aisyah ra)

3.            Menangis kerana sedih tatkala kematian adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Rasululla     SAW menitiskan airmata ketika isteri baginda Khadijah binti Khuwailid kembali kerahmatullah       begitu juga semasa kemangkatan Nabi Ibrahim as.

Sabda Rasulullah SAW

“Air mata mengalir dan hati ku dukacita. Dan tidak sesuatu yang ku sebutkan selain daripada yang disukai Allah. Sesungguhnya aku merasa dukacita dengan pemergian engkau Ya Ibrahim”

4.            Meratap, meraung, menjerit-jerit, mengoyak pakaian, memecahkan kaca,menampar muka  menepuk dada sambil menyebut nama dan jasa simati adalah dilarang. Perbuatan ini adalah  haram dan tidak boleh dilakukan kerana ini adalah perbuatn dizaman jahiliah.

Sabda Rasulullah SAW
“Bukan gulungan kami orang yang meratap memuku-mukul pipinya dan mengoyak-ngoyak baju serta menjerit-jerit seperti jeritan orang-orang jahiliah”

Sabda Rasulullah SAW
"Aku berlepas tangan terhadap orang yang menjerit-jerit dan orang yang menarik-narik rambut dan orang yang mengoyak-ngoyak pakaian . Bukan sahaja haram dan berdosa tetapi juga akan menambahkan siksa mayat yang berada di dalam kubur
Sabda Rasulullah SAW
“Mayat itu akan disiksa di dalam kuburnya kerana ratapan terhadapnya”

 bersambung......../3

Friday 16 December 2011

KEMATIAN & PENGURUSAN JENAZAH...............(Bahagian 1)

Bagi setiap makhluk yang dipanggil manusia, kematian adalah sesuatu yang pasti. Yang kita tidak pasti hanyalah bila saat kematian itu tiba. Terdapat beberapa tanda-tanda kematian dari Allah SWT kepada hambanya, walaubagaimanapun ianya hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. 

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Pada hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan.

Sabda Rasullullah S.A.W, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Bersambung....../2

Tuesday 6 December 2011

Selawat Tafrijiyah....amalkan


Yang bermaksud:
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Kelebihan Selawat Tafrijiyah yang pernah disampaikan oleh ulama..

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
  1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11X setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
  2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 X atau 100 X, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
  3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 X setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
  4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 X akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
  5. Selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita.Sesuai dengan kelebihan berselawat
  6. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 X ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
  7. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 X setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  8. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 X sehari, Insyaallah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita
  9. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 X pada air dan minum. Insyaallah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  10. Berselawat 33 X sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  11. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
  12. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
  13. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 X setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  14. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 X setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  15.  Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya
  16. Membaca selawat 10 X pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
  17. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 X selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  18. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 X sehari.
  19. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 X tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, Insyaallah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  20. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  21. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
  22. Membaca selawat 1000 X selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya
  23. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 X pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
  24. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat .

Friday 2 December 2011

TIPUDAYA SYAITAN KETIKA MENGHADAPI SAKARATUL MAUT

Semasa manusia menghadapi sakaratul maut, syaitan-syaitan datang lalu menyamar menyerupai orang-orang yang sangat dicintai oleh orang yang nazak tadi, tetapi mereka itu telah mati seperti ibu, bapa atau abangnya yang telah mati. Syaitan yang menyamar tadi duduk di kiri dan kanan manusia sambil berusaha keras untuk menyesat dan mengodanya.

 "Mungkin engkau akan mati sebentar lagi, kami telah mengalaminya terlebih dahulu. Kami merasakan mati sebagai Yahudi atau Nasrani itu adalah lebih baik. Oleh kerana itu baik kamu mati secara Yahudi atau Nasrani". Begitulah antara rayuan yang akan didengar oleh orang yang nazak.

Dalam keadaan yang sangat dahaga, orang yang nazak tentulah inginkan air dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi jika dia mampu. Pada ketika ini syaitan berusaha memusnahkan iman seorang mukmin. Maka syaitan yang menyamar tadi mendatangi di sekitar kepalanya sambil membawa semangkuk air lalu menunjukkan kepada si nazak tadi.
Maka orang mukmin itu berkata : "Berikan air itu kepadaku".  Lalu syaitan menjawab : "Katakanlah, tiada seorang yang berkuasa dialam ini, barulah aku memberi air kepadamu".

Bayangkan bagaimana keadaan kita....tertipukah kita ??? Kemudian  syaitan mendatangi sekitar tapak kaki orang mukmin tadi sambil menggerakkan mangkuk berisi air. Lalu kata mukmin tadi : "Berikan air itu kepadaku".   Syaitan menjawab : "Katakanlah bahawa Rasulullah dusta, barulah aku berikan air ini kepadamu".
Alangkah malangnya orang menyahut permintaan syaitan itu, pasti nerakalah habuannya angkara terlalu dahaga tertipu juga akhirnya, keluarlah ia dari dunia dalam keadaan KAFIR.  Semoga kita TIDAK termasuk dalam golongan yang celaka ini.

Hal ini pasti terjadi sebagaimana yang pernah diriwayatkan bahawa Abu Zakaria ketika menghadapi sakaratul maut. Rakannya berulangkali menyerunya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi sayang, Abu Zakaria memalingkan mukanya, lalu diulang sekali lagi, beliau tetap berkelakuan serupa. Kali yang ketiga, maka Abu Zakaria berkata : "Aku tidak akan mengucapkannya".
Bingunglah seluruh teman dan ahli keluarga. Kemudian dia tersedar dan kedua matanya terbuka lalu berkata : "Adakah kalian mengatakan sesuatu kepadaku"

Mereka menjawab : "Ya, tetapi engkau memalingkan mukamu sebanyak dua kali". Kali ketiga engkau mengatakan : "Aku tidak mengucapkannya". Kemudian Abu Zakaria menceritakan : Iblis mendatangiku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku sambil menggerakkan mangkuk. Ia berkata kepadaku : "Apakah engkau memerlukan air". Lalu saya berkata : "Ya memang".
Seterusnya iblis berkata : "Katakanlah bahawa Isa anak Allah". Maka saya berpaling dari arahnya. Kemudian dia mendatangi aku dari kaki sambil berkata kepadaku seperti tadi sebanyak 3 kali. Kemudian dia berkata lagi : "Katakanlah, tidak ada tuhan". Lalu aku mengatakan : "Aku tak akan mengatakannya".
Iblis itu terus membalingkan mangkuk di atas bumi dan mengambilnya semula lalu pergi dengan penuh kekecewaaan. Saya tetap menolak ajakan iblis itu sambil berkata : "Aku tidak akan mengikuti kamu semua".

sumber:baiyah