haniksam

haniksam

Thursday 22 December 2011

KEMATIAN & PENGURUSAN JENAZAH...............(Bahagian 2)


Apabila mendapati seseorang itu dalam keadaan nazak, adalah perlu jika ada hamba Allah lain yang berada disisinya seperti ahli keluarga. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah syuhadah iaitu :“Ash-hadu allah illaha illallah”... dibisikkan ditelinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Sunat membaca Al-Quran atau Surah Yasin ketika itu. Hamba Allah yang nazak itu hendaklah ditelentangkan menghala kekiblat (kakinya  arah kekiblat) dan  qiam tangannya.

Apabila seseorang telah disahkan matinya, maka orang yang hidup hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:-
1.            Diucapkan "Inna lillahi wainna ilaihi raaji un"

2.            Rapatkan kedua belah matanya.sambil menyebut kebaikan serta mendoakannya agar     mendapat keampunan oleh Allah atas dosa-dosanya.

Sabda Rasulullah SAW

"Bila kamu menghadapi orang mati hendaklah kamu       menutup  matanya kerana     sesungguhnya mata itu mengikutkan roh. Dan hendaklah kamu mengucapkan kata-kata yang baik yakni mendoakan yang baik maka sesungguhnya ia dipercayai menurut apa yang diucapkan oleh ahli mayat" Diriwayatkan drp Syaddad bin Aus.

3.            Tanggalkan pakaiannya dan jika terdapat najis bersihkan, ditutupkan  seluruh  badannya                  dengan kain sebagai menghormatinya dan agar tidak kelihatan auratnya

"Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika baginda wafat ditutup dengan kain"
Diriwayatkan drp Aisyah ra.

4.            Rapatkan mulutnya, ikatkan dagunya dan simpul ikatan diatas ubun-ubunnya agar mulut tidak   ternganga.     
5.             Luruskan kakinya.
6.             Ikatkan kedua belah ibu jari kakinya agar kakinya terletak rapat.

7.             Jika perlu letakkan sesuatu diatas perutnya sebagai penindih agar tidak mengembung

Perkara yang perlu, boleh dan tidak patut dilakukan oleh ahli keluarga simati:

1.            Menyegarakan membayar hutang yang ditinggalkan oleh simati jika berkemampuan, jika tidak mampu maka terserahlah kepada Allah SWT yang maha pengasih dan penyayang menimbang berdasarkan tujuan simati berhutang,


Sabda Rasulullah SAW

“Hutang itu ada dua jenis. Barang siapa yang mati meninggalkan hutang, sedang ia berniat untuk mati meninggalkan hutang, maka aku yang mengendalikannya, dan barang siapa mati, sedangkan dia tidak berniat untuk membayarnya, maka pembayaranya akan diambilkan dari amal kebajikannya, kerana diwaktu itu tiada emas dan perak untuk membayarnya”
Diriwayatkan drp Ibnu Umar ra

2.            Perbuatan mencium jenazah tidak menjejaskan kesucian agama Islam dan tidak pula     bercanggah dengan  hukum  Syarak.

Sabda Rasulullah SAW
"Rasulullah telah mencium mayat sahabatnya Osman bin Muaz’un dimana air mata baginda kelihatan mengalir di mukanya (membasahi pipinya)”   Diriwayatkan drp Aisyah ra)

3.            Menangis kerana sedih tatkala kematian adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Rasululla     SAW menitiskan airmata ketika isteri baginda Khadijah binti Khuwailid kembali kerahmatullah       begitu juga semasa kemangkatan Nabi Ibrahim as.

Sabda Rasulullah SAW

“Air mata mengalir dan hati ku dukacita. Dan tidak sesuatu yang ku sebutkan selain daripada yang disukai Allah. Sesungguhnya aku merasa dukacita dengan pemergian engkau Ya Ibrahim”

4.            Meratap, meraung, menjerit-jerit, mengoyak pakaian, memecahkan kaca,menampar muka  menepuk dada sambil menyebut nama dan jasa simati adalah dilarang. Perbuatan ini adalah  haram dan tidak boleh dilakukan kerana ini adalah perbuatn dizaman jahiliah.

Sabda Rasulullah SAW
“Bukan gulungan kami orang yang meratap memuku-mukul pipinya dan mengoyak-ngoyak baju serta menjerit-jerit seperti jeritan orang-orang jahiliah”

Sabda Rasulullah SAW
"Aku berlepas tangan terhadap orang yang menjerit-jerit dan orang yang menarik-narik rambut dan orang yang mengoyak-ngoyak pakaian . Bukan sahaja haram dan berdosa tetapi juga akan menambahkan siksa mayat yang berada di dalam kubur
Sabda Rasulullah SAW
“Mayat itu akan disiksa di dalam kuburnya kerana ratapan terhadapnya”

 bersambung......../3

No comments:

Post a Comment