Friday, 25 May 2012

Now I see it.......


Now I see it..


Now I dont..


How much does it cost..????


Test ..try...


 

Tuesday, 22 May 2012

Doa untuk anak-anak agar mendengar kata dan nasihat.......




Mula-mula baca Surah al-Fatihah,

Kemudian baca Surah Taha ayat 1 sehingga 5,


diikuti dengan doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.
Doanya,”Ya Allah ya Tuhanku, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.

Monday, 21 May 2012

BULAN REJAB KEMBALI BERSAMA KITA......


Bulan Rejab ialah bulan berlakunya peristiwa ‘ISRA’ MI’RAJ
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya disyurga ada sungai yang disebut dengan panggilan Rejab (isinya) lebih putih daripada susu, dan lebih manis daripada madu. Barangsiapa yang berpuasa sunat satu hari pada bulan Rejab akan diberi minum oleh Allah SWT dari sungai tersebut.” (HR. Imam Baihaqi).
Kebanyakan hadis Rasulullah SAW yang berkaitan dengan bulan Rejab mengunjurkan agar kita melakukan puasa sunat satu (1) hari kerana ia memberi pulangan pahala yang berganda jika dilakukan penuh keikhlasan.
Diriwayatkan oleh Tsauban bahawa pada suatu ketika berjalan bersama Rasulullah SAW melalui sebuah kawasan perkuburan,  Rasulullah SAW berhenti seketika dan menangis terisak-isak. Melihat keadaan demikian, Tsauban bertanya kepada Rasulullah SAW “Ya Rasulullah, kenapakah engkau menangis?” lalu Rasulullah menjawab “Aku berdoa untuk mereka yang sedang disiksa didalam kuburnya agar diringankan segala siksa oleh Allah SWT. Jika mereka berpuasa satu hari dibulan Rejab, mereka tidak akan disiksa didalam kubur”.
Melakukan solat Qada sebanyak mungkin disamping solat sunat yang mengiringi Solat fardhu serta zikir dan istigfar banyak-banyak.
Kelebihan-kelebihan bulan Rejab...... DISINI

Friday, 11 May 2012

Sahihkah berita ini? Dipetik dari laman Tweeter...

Loji penapisan PETRONAS GPP3 di Kertih, Terengganu dikhabarkan bocor dan meletup menyebabkan 2 pekerja tewas dan 10 lagi hangus melecur.

Ujian Tuhan kah? Dulu Stadium runtuh, ini loji penapisan pula.....

Berita akan dikemaskini.......

Tuesday, 24 April 2012

PERBANDINGAN MANUSIA DAN KUMPULAN PRIMAT SIMIAN DI PARLIMEN.....




Sekumpulan monyet dari kumpulan primat simian yang sama spesies dengan mawas sedang mengadakan persidangan parlimen dengan tenang....(Gambar atas)



Gambar dibawah adalah persidangan parlimen dibeberapa buah negara yang tegang dan emosi, dianggotai oleh masyarakat spesies homo sapien atau manusia yang lengkap ciri fizikalnya termasuk organ otak yang mampu berfikir dengan waras...





Monday, 23 April 2012

LABUAN PUSAT PERDAGANGAN DAN PERTUKARAN GRO, PIHAK BERKUASA MELINDUNGI BAPA AYAM...?

Kisah perdagangan pelacur yang berselindung disebalik istilah GRO memang sudah lama di Labuan, begitu juga cerita mengenai beberapa pegawai  pihak berkuasa yang memberi perlindungan kepada bapa-bapa ayam dan beberapa individu yang terlibat dalam perdagangan tersebut disebabkan habuan yang besar. Keluhan penduduk tempatan tidak pernah diambil endah ....... lihat yang terbaru..!

D7 WAJIB BURU 4 BAPA AYAM DI LABUAN




Saudara Pengarang,
MELALUI pendedahan berterusan Sabahkini.net, sebagai penduduk asal Labuan, kami berharap agar Unit D7 Bukit Aman memburu seorang ‘Bapa Ayam’ bernama Jimmy iaitu Tauke LPS Karaoke kerana terlibat dengan jenayah pemerdangan orang dan penyeludupan manusia.
Jimmy menjadi Ketua Sindiket membekalkan pelacur bersama Tauke Manila Cafe - Ricky Ng (yang menggunakan kenderaan Ninja King LD 96), Tauke Havana Karaoke Mr Yap atau lebih kenal sebagai Tiger Yap dan seorang lagi tauke bernama Lim Tun.
Mereka membekal ‘GRO Freelance’ ke Karaoke dan Pool House. Kebanyakan GRO Freelance disyaki menggunakan ‘chop pasport palsu’ kerana kebanyakan GRO kata mereka ke Limbang untuk ‘chop pasport’ dan hanya membayar RM50 sahaja bagi setiap pasport kepada Pejabat Imigresen Limbang.
Nama sindiket pelacuran lain akan kami dedahkan di surat akan datang dan berharap Bukit Aman akan memantau dan mengambil tindakan terhadap ‘Bapa Ayam’ yang kami salurkan di atas.
Berikut Sembilan ‘Karaoke Kebal’ yang dilindungi pihak berkuasa iaitu;
1. King Karaoke
2. Tip Top Karaoke
3. 129 Karaoke
4. Havana Karaoke
5. Manila Cafe
6. Golden Key Karaoke
7. Sport Bar Karaoke.
8. Ginza V8
9. Victoria Health centre.

Di kesembilan Pusat Hiburan yang kami senaraikan di atas terdapat beratus GRO atau Pelacur Berlesen. Sesiapa yang tidak percaya aduan kami, boleh datang ke Labuan Pulau Maksiat dengan mengunjungi ke pusat hiburan tersebut dan lihat dengan mata kepala sendiri.
Untuk makluman Bukit Aman hampir kesemua Penguat Kuasa Tempatan berada di dalam ‘PayRoll’ Sembilan Pusat Hiburan tersebut.


Salam Hormat,


Hj.Samsul & Mazin

Sumber: Sabahkini.Net

Friday, 20 April 2012

SKANDAL DATO' SERI SHAPIE APDAL...................


“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” 
Pandangan tegas yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin mengenai skandal yang mengaitkan menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato' Seri Shafie Apdal dengan pelakon seksi Zahida Rafik.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Pelakon yang didakwa memiliki sebuah banglo bernilai lebih RM2 juta dan beberapa buah kereta mewah termasuk BMW 6 Series dan Toyota Harrier selain dari menerima wang yang diberikan kepada pemandu oleh Dato' Seri Shafie Apdal untuk dimasukkan kedalam akaun pelakon tersebut. 


Headache......!!!!!! I don't wanna say a thing...I'll take what come and come what may...