haniksam

haniksam

Thursday 31 January 2013

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI...BERCAKAPLAH BILA PERLU ....


Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu ialah melakukan dosa-dosa besar termasuklah memaki hamun dan membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin
.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, Rasulullah   bersabda:

 “Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka Allah akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka Allah akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

Tuesday 22 January 2013

WANITA YANG INGIN MENUNAIKAN UMRAH, ARAHAN TERBARU KERAJAAN ARAB SAUDI

Assalamualaikum,
Seorang rakan terpaksa membatalkan pemergian menunaikan umrah disaat akhir  kerana visa perjalanan tidak diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi walaupun bayaran kepada agensi yang mengendalikan Umrah & Haji telah dibuat tahun lepas. Dia sepatutnya berlepas pada 20hb Januari 2013. Saya memujuknya, "pasti ada himah disebalik semua ini". Dia mengangguk tapi air mata bercucuran dipipi.
 
Pembatalan adalah disebabkkan arahan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi yang tidak membenarkan lagi 'tumpang mahram' bagi wanita bujang yang berusia 45 tahun kebawah berkuatkuasa tahun ini (2013). Wanita hendaklah bersama mahram sebenar iaitu suami, ayah, saudara lelaki yang berumur 18 tahun keatas atau datuk.

Sekiranya anak saudara perempuan bermahramkan ayah saudara sebelah ayah dengan syarat isteri ayah saudaranya mengikut sekali adalah dibenarkan, cucu bermahramkan datuk sebelah ayah atau ibu juga dibenarkan tertakluk kepada pengesahan dokumen seperti sijil lahir anak saudara perempuan, ayah serta ayah saudara, cucu dan datuk yang membuktikan mereka mempunyai pertalian saudara.
 
Bagi lelaki yang berusia 18 tahun kebawah, ia memerlukan mahram yang sah iaitu datuk, ayah atau abang yang telah berusia 18 tahun keatas.
 
Mahram yang tidak dibenarkan:
 
  • Anak saudara perempuan yang bermarhamkan ayah saudara sebelah ibu.
  • Ibu saudara bermahramkan anak saudaranya.
 

Friday 18 January 2013

THIS IS NOT "LISTEN, LISTEN, LISTEN ......", THIS IS "JUST LISTEN".....

Forum yang dianjurkan oleh SW1M atau Suara Wanita 1 Malaysia mengundang reaksi pelbagai dari masyarakat Malaysia setelah menonton klip You Tube 'Listen, Listen, Listen-Sharifah Zohra vs Bawani'. Ada yang kata, 'view' bagi klip tersebut boleh mengatasi jumlah 'view' Oppa Gangnam Style begitu juga dengan klik 'Like'. Mungkin disebabkan kucing, anjing, burung dan jerung pun klik 'like' juga.
 
 
Apa pula cerita dengan yang ini,  klik "JUST LISTEN" untuk renungan hari Jumaat...
 
 
 
 
 

Thursday 10 January 2013

BERAS NASIONAL.....

Minggu pertama tahun 2013 tidak kedengaran keluhan dan rintihan dan seolah-olah minggu yang baik apabila ia dikaitkan dengan bekalan barang runcit atau bekalan keperluan harian. Aku tidak pasti jika barang keperluan harian di Labuan akan diturunkan harga memandangkan kos pengangkutan bagi kenderaan komersial dari Menumbuk ke Labuan telah diturunkan sebanyak 50 % bermula 1hb Januari 2013. Semalam cerita berubah, beberapa orang penduduk Labuan merungut mengatakan beras nasional subsidi kerajaan  berharga RM18 yang dipekkan  setiap 10 kg beras sukar didapati dikedai biasa, supermarket dan kedai runcit. Berdasarkan risik seorang kawan, rupa-rupanya masalah yang sama juga berlaku dibeberapa kawasan di Sabah, kalau ada pun kuantiti terhad dan harganya sudah naik sebanyak RM1.50 kononnya tambahan tersebut adalah tambahan kos pengangkutan menjadikannya RM19.50 sepek.
 
Semasa minum2 tadi dgn staf lama..dia sempat menyentuh mengenai Beras Nasional..katanya sekarag ni susah mau dapat beras ni. Kalau ada pun, harga yg dpt ialah RM19.50. Biasanya RM18.00. Saya tanya, kenapa naik RM1.50? Menurut kedai runcit tu (biasanya di kampung2), RM1.50 ialah kos pengangkutan. Katanya lagi, memang sukar juga mau dapat sebab banyak pengusaha restoran yang beli beras ni (Dia ni seorang pemandu)..Rasanya mau kena jalan-jalan cari Beras Nasional ni tau..mau tengok dengan mata sendiri..:)
 
Bulan lepas pergi kepejabat Jabatan Tenaga Kerja atas urusan kerja, aku diingatkan mengenai perlaksanaan gaji minima yang berkuatkuasa mulai  bulan ini. Cuba fikir bagaimana kehidupan rakyat boleh menjadi lebih baik walaupun pemantauan gaji atau upah dilakukan oleh pihak berkuasa yang berkaitan tetapi  kenaikan harga barangan keperluan harian langsung tidak diambilkira.
 
 
 

 
 
 

Wednesday 9 January 2013

KEBANGKITAN ?

Aku terima teks SMS dari seorang sahabat lama. Kandungan teks berbunyi begini, " Salam,  Sabtu ini kami ke jln raya lagi kebangkitan rakyat yang tidak boleh dibendong lagi. Doakan kami selamat".

Aku jawap teks tersebut dan kata macam ni, " Kalau kebangkitan menegakkan syiar Islam aku sokong, tapi kalau sokong parti politik kena fikir baik-baik, zaman sudah berubah seiring teknologi, lebih baik serang media massa yang menyebar fitnah dan ideologi yang menyekutu Allah SWT, wassalam".

Kalau di Labuan, hari Sabtu ni tidak perlulah turun ramai-ramai dijalan raya, kita turun ramai-ramai pergi pasar tani sajalah. Cukuplah dari hari Isnin hingga Jumaat pergi kerja balik kerja lalulintas sesak. Kalau yang pakai kereta 'auto gear' tidak jadi masalah, kita kenalah prihatin dengan yang pakai kereta 'manual' usia kereta pun sudah melebihi 10 tahun, rasa nak tecabut kepala lutut...