haniksam

haniksam

Thursday 19 January 2012

PRU13 ........11/3


Khabar angin bubar parlimen pada awal Februari bagi membolehkan Pilihanraya Umum 13 diadakan pada awal Mach 2012.Jika benar pilihanraya bakal diadakan pada 11hb Mach 2012 bermakna ia akan berlaku pada musim cuti sekolah penggal pertama jadi boleh guna sekolah untuk tempat buang undi.

Ada nombor satu (1) dan ada nombor tiga (3), pakar Fungshui kata nombor ini bagus. Tak tau pula bagus untuk siapa.

Aku pun tak kisah siapa akan bertanding di P166 W.P.Labuan, tapi aku memang kisah mengenai jalanraya yang berhabuk yang belum siap dan belum diturap. Jalan yang menyebabkan masyarakat di Labuan batuk, selesma dan demam memanjang. Kesian pada pejalan kaki dan penunggang motorsikal.

Masyarakat di Labuan pun bayar cukai juga, segala macam cukai. Dinegeri lain rakyat Malaysia boleh menikmati harga makan yang berpatutan, masyarakat di Labuan terpaksa membelanjakan 3 atau 4 kali ganda dari rakyat yang dinegeri lain itu.

Tawaran bapa & anak yang menawar........

Anak yang pertama, kedua dan ketiga sudah bekerja, yang keempat satu-satunya perempuan menyambung pelajaran disebuah institusi pengajian tinggi, yang kelima kerja sambilan sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang bongsu ini yang lahirnya tersilap haribulan baru tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai. Nak kata bijak dalam pelajaran, tidak juga sebab dia pelajar sederhana.

Satu hari setelah selesai makan malam bapa bersembang dengan  anak yang bongsu ini, " Abah dapat bonus dua bulan, Ayat (nama biasa yang dipanggil dirumah/nama sebenar Muhammad Hidayat) nak apa? Abah beli Ayat handphone baru nak?". Ayat tidak menjawab, dia senyum saja. Kalau saja siperempuan itu yang ditawarkan handphone baru,  melompat terus cakap  'yes'.



Cerita itu berlalu begitu saja tanpa ada kata putus mengenai handphone yang ditawarkan hinggalah pada satu hari sibongsu ini bertanya,"Abah, tawaran yang hari tu masih on ka?" Abah jawab, "ha, nak handphone yang mana?"  Ayat meneruskan, "Ayat tak nak handphone, yang ada tu pun masih boleh pakai buat apa nak beli yang baru, buang duit je,  tapi Ayat nak soccer boot, nak dua pasang satu untuk training dan satu lagi pakai masa lawan. Boot yang sekarang nie dah lusuh, kawan-kawan ramai yang dah ganti baru. Yang untuk training tu beli yang biasa je lah tapi yang untuk lawan tu Ayat nak Adidas Predator".

Google search dulu Adidas Predator ni.....




Adipower Predator Grade A - Ini boot Beckham pakai ooo..!!!

Kwank Kwank kwank..........


Kadang-kadang bila kita tengok muka budak macam otak bengong tetapi bila diberi peluang bercakap mereka boleh mengeluarkan apa saja dalam kepala otak mereka dengan bahasa yang straight forward dan mudah difahami berbanding dengan budak yang bijak akademik walaupun ia mengambil sedikit masa bagi tujuan itu.


Tuesday 17 January 2012

KEMATIAN & PENGURUSAN JENAZAH...............(Bahagian 3)

Mengurus Jenazah
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :

1. Memandikannya.

2. Mengkafankan jenazah.

3. Solat ke atas jenazah.

4. Mengebumikannya.


Orang yang berhak menguruskan Jenazah

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh warisnya

1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.

2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.

Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.

3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.

4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.

5. Urusan menggali kubur.

6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.

7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.

8. Ucapan takziah


Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah

1. Sifat berani.

2. Sabar.

3. Amanah.

4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.


Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah

1. Sediakan tempat mandi.

2. Sabun mandi.

3. Air daun bidara.

4. Air bersih.

5. Sugi - 7 batang.

6. Sarung tangan - 3 atau 5.

7. Sedikit kapas.

8. Air kapur barus.

9. Baldi serta gayong.

Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :

1. Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa

2. Gunting

3. Kapas

4. Cendana

5. Kapur barus

6. Air mawar

7. Minyak wangi (Minyak Attar)

8. Tikar jerami

9. Bantal (dari daun pandan)

10. Tempat mandi yang khas.

Cara memandikan Jenazah

1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.

2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.

3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.

4. Sediakan air sabun.

5. Sediakan air kapur barus.

6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.

7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

8.Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara  perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.

9.  Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.

10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.

11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.

12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :

Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"

Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :

"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"

13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.

14. Siram sebelah kanan 3 kali.

15. Siram sebelah kiri 3 kali.

16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.

17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.

18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.

19. Lepas itu siram dengan air kapur barus.

20. Lepas itu wudukkan mayat.

Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"

Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula

dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya.

Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.

21. Siram dengan air sembilan.

22. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.

23. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.

24. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.

25. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).

26. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

Cara-cara mengkafankan jenazah

Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.

Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.

Ketiga : Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :

1. Kemaluan

2. Wajah (muka)

3. Kedua buah dada

4. Kedua Telinga

5. Kedua siku tangannya

6. Kedua tumitnya

Keempat : Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.

Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.

Keenam : Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.

Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.

Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi. Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

Solat Jenazah

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang. Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki. Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.

1. Cara mengerjakan Solat Jenazah

Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu. Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu. Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.

2. Rukun Solat Jenazah

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :

i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan

ii. Berdiri bagi yang berkuasa.

iii. Bertakbir empat kali.

iv. Salam

3. Lafaz niat solat jenazah :

a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

4. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.

a. Takbir yang pertama :

Membaca lafaz :

Allahu Akbaru (Allah Maha Besar).

Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

2. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

4. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan.

5. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita segala pertolongan.

6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

b. Takbir yang kedua.

Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :

"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

c. Takbir yang ketiga :

Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati : "Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya
dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

d. Takbir yang ke empat.

Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini: "Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orangorang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri.

Wednesday 11 January 2012

Dilarang memakai pakaian "that poke eyes" ....jadi bahan lawak

Kod etika berpakaian bagi wanita didalam laman web  Kementerian Pertahanan telah menjadi bahan lawak The Wall Street Journal.
Antara ayat yang terdapat dalam etika berpakaian dimana “ Wanita dilarang berpakaian menjolok mata” telah diterjemahkan menjadi women were warned against wearing clothes “that poke the eye”.




          Dibawah ini tulisan yang dipetik dari The Wall Street Journal
Next time you visit the Malaysian Ministry of Defence, which handles a defense budget totaling several billion dollars, make sure you don’t wear any “clothes that poke the eye.” If you’re a man, though, a “tight Malay civet” is allowed – at least according to the English translations on the ministry’s website.

In an embarrassing gaffe, the Ministry of Defence overlooked imperfect English translations on its website, which soon went viral on social media websites Facebook and Twitter.

Under a section called “ethical clothing” advising employees on appropriate office wear, women were warned against wearing clothes “that poke the eye” – a direct translation of the Malay phrase for revealing outfits. The civet slip came under the dress code for men, which said “collared shirts and tight Malay civet” were appropriate.

Other unfortunate translations were found throughout the website, including a section that said the Malaysian government took “drastic measures to increase the level of any national security threat” after independence from British colonial rule in 1957.

The ministry admitted to using Google Translate, a service that offers online automatic translations for over 60 languages, to provide an English-language version of their Malay website. Though many Malaysians are proficient in English and the language is taught in schools at an early age, Bahasa Malaysia (or simply “Malay”) is the official language of the country - The Wall Street Journal

Yang paling lawak ialah petikan paragraf akhir The Wall Street Journal, apabila Kementerian itu sendiri mengaku menggunakan kemudahan Google Translate .....

Tuesday 3 January 2012

Sayu hatiku......apa jadi dengan Amalina? Kejutan budaya..?

Mari kita imbas kembali kisah seorang pelajar cemerlang bernama Amalina Che Bakri setelah mendapat 17A1 didalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ditemuduga oleh mass media dan elektronik, dengan iklannya yang sedikit eksklusif, diiktiraf sebagai ikon pelajar cemerlang, dikatakan juga pelajar genius ketika itu. Setelah mendapat keputusan yang begitu baik, dia telah ditawarkan menyambung pelajaran keluar negara dan ditaja oleh Bank Negara..uhh hebatnya.



Gambar dulu sebelum bertolak ke UK

Dia berangkat ke United Kingdom untuk menduduki peperiksaan A-Level. Pencapaiannya dalam peperiksaan tersebut membolehkan dia memasukki University of Edinburgh dan mengambil jurusan perubatan.

Al-kisah, Amalina dikhabarkan telah kembali ketanah air secara senyap setelah gagal dalam pangajiannya. Kegagalannya dalam pengajian adalah berpunca dari kejutan budaya dan kehidupan sosial dinegara barat itu. Namun demikian kesahihan berita ini masih belum dapat dipastikan.


Bersama boy friend atau mungkin buah hati...




Gambar Amalina semasa di UK....

Jika benar perkhabaran tersebut, marilah kita doakan semoga Amalina akan kembali seperti Amalina yang dulu....pelajar genius, tak payahlah pergi luar negara, belajar dalam negara kita pun OK juga..

Hati rasa sayu kerana keimanan anak-anak kita masa kini begitu rapuh apabila berada diluar negara terutama dinegara barat. Mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang bertentangan dengan pegangan ugama.