"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah
kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang
menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan
terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua
pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman
mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam)
kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas
dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh
alam".
Kelebihan Selawat Tafrijiyah yang pernah disampaikan oleh ulama..
Selawat Nariyah disebut juga selawat
"Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat
ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi
seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh
dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan
membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
- Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11X setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
- Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 X atau 100 X, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
- Barangsiapa membaca selawat ini 313 X setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
- Barangsiapa membaca selawat ini 4444 X akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
- Selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita.Sesuai dengan kelebihan berselawat
- Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 X ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
- Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 X setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
- Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 X sehari, Insyaallah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita
- Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 X pada air dan minum. Insyaallah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
- Berselawat 33 X sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
- Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
- Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
- Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 X setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
- Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 X setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
- Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya
- Membaca selawat 10 X pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
- Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 X selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
- Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 X sehari.
- Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 X tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, Insyaallah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
- Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
- Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
- Membaca selawat 1000 X selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya
- Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 X pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
- Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat .
Assalamualaikum..perkongsian yg amat bermanfaat. Mhon untuk share =) salam ukhuwah fillah..syukran khatsir.
ReplyDeleteAssalamualaikum..mohon share perkongsian ilmu ni..trima kasih :)
ReplyDeleteAs salam! Mohon izin utk share!
ReplyDeletesalam saya mohon izin untuk copy ye, tq
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSy mohon share ye
Siapa yang reka selawat tafrijiyah ini ?
ReplyDeleteSiapa pula yang cipta fadilatnya ?