haniksam

haniksam

Friday 22 March 2013

ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN....."SAYA TUAN"

Anggota Keselamatan terutama mereka yang kategorinya lain-lain pangkat seperti koperal, lans koperal atau prebet apabila ditegur atau diberi arahan akan menjawab "Saya, Tuan".  Jika diterjemah kedalam Bahasa Inggeris maksudnya lebih kurang "Yes, Sir". Kata seorang pesara tentera pangkat koperal, bila kata "Saya, Tuan" bermakna sebagai anggota bawahan terpaksa akur dengan arahan pegawai atasan kerana risiko atau apa jua  implikasi daripada arahan yang diberi adalah tanggungjawab yang bakal digalas oleh pegawai atasan tersebut. Apabila ditanya mengenai istilah 'kambing hitam' yang dilakukan oleh segelintir pegawai atasan kepada anggota lain-lain pangkat demi menutup kesalahan atau kesilapan yang mereka lakukan, beliau hanya senyum dan menggelengkan kepala.

Apabila insiden pencerobohan di Lahad Datu berada ditahap kritikal,  tertanya dibenak hati kisah sebenar yang berlaku keatas anggota keselamatan negara. Berdasarkan pembacaan dibeberapa blog, kisah di Lahad Datu dituliskan berdasarkan sumber yang kurang pasti kesahihannya dan mengikut versi masing-masing begitu juga berita yang disiar dimedia elektronik dan cetak hinggakan kadang-kadang tidak masuk akal.



Berdasarkan kenyataan Nazri tahun lepas, warga asing tidak menggugat keselamatan. Selepas pencerobohan  Hishamuddin kata hasil dari perisikan kumpulan asing bersenjata api bukan pengganas dan dirujuk sebagai 'penceroboh'. Tidak lama kemudian istilah rujukan ditukar menjadi 'pengganas'. Kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua menteri menunjukkan mereka ini walaupun berpendidikan tinggi tetapi tidaklah sepintar mana. Apa yang mereka fikir ialah rakyat Sabah senang diperkotak-katikan, boleh kata "Yes, Sir" dan ikut cakap mereka. Hishamuddin sepatutnya meneliti hasil risikan dan berfikir panjang sebelum membuat kenyataan kerana selangkah kesilapan yang dilakukan oleh risikan boleh membawa padah dan mungkin menyebabkan nyawa anggota keselamatan terancam. Ada kemungkinan jumlah kematian dikalangan anggota  keselamatan lebih tinggi   tetapi tidak didedahkan.  


Yang ini ialah menteri yang kata askar-askar pengganas adalah terdiri dari mereka yang terlatih, kenyataan yang boleh memudarkan semangat anggota keselamatan kemudian dia pusing cakap dan buat kenyataan lain yang menyebut "jangan perlekeh keupayaan pasukan keselamatan". Adakah kenyataan menteri ini juga hasil risikan yang dilakukan oleh pasukan risik Kementerian Pertahanan.




Saturday 2 March 2013

KENAPA BUKAN TENTERA?

Kenapa bukan tentera? Penjelasan dibawah ini ada logiknya. 


Kenapa pencerobohan sempadan berlaku?
      
Mereka masuk sedikit demi sedikit menggunakan bot pancung yang mana kawasan sempadan perairan tidak jelas dan agak kabur.  Berdasarkan sejarah penduduk dipersekitaran Lahad Datu dan Semporna mempunyai pertalian dengan beberapa etnik atau suku kaum di Selatan Filipina. Laluan yang digunakan adalah laluan tradisi yang digunakan oleh mereka untuk berulang alik. Tambah lagi kawasan terlibat adalah kawasan yang luas.  

Kenapa polis dan tidak tentera?

(1)  Jika kita menggunakan tentera dahulu bermakna kita  mengisytiharkan              perang dengan        Sultan Sulu

(2)  Secara langsung kita mengiktiraf Sultan Sulu sebagai sebuah kerajaan
       yang sah
      
(3)  Sekiranya ini berlaku ia tertakluk kepada konvensyen   Geneva dan                    melibatkan beberapa protokol antarabangsa                                  

    
Menggunakan khidmat polis dahulu,ini bermakna;

(1)  Kita menganggap mereka sebagai penjenayah dan    penceroboh dan bukan        combatant perang

(2)  Polis akan menangkap dan menahan (polis menggunakan istilah                        ‘menahan manakala tentera menggunakan istilah ‘menawan’. Kedua-dua
       istilah mempunyai maksud yang berbeza)

(3)  Dengan menjadikan mereka sebagai tahanan penjenayah,   pertuduhan             boleh dilakukan di Mahkamah Awam

(4)   Lebih mudah diekstradisi ke Filipina

Walaubagaimanapun, sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal bolehlah diisytihar kawasan darurat setempat (Local Area Emergency). Pengisytiharan darurat hanya untuk kawasan terlibat sahaja atau dalam isu Lahad Datu mungkin hanya kawasan pencerobohan sahaja.