Anggota Keselamatan terutama mereka yang kategorinya lain-lain pangkat seperti koperal, lans koperal atau prebet apabila ditegur atau diberi arahan akan menjawab "Saya, Tuan". Jika diterjemah kedalam Bahasa Inggeris maksudnya lebih kurang "Yes, Sir". Kata seorang pesara tentera pangkat koperal, bila kata "Saya, Tuan" bermakna sebagai anggota bawahan terpaksa akur dengan arahan pegawai atasan kerana risiko atau apa jua implikasi daripada arahan yang diberi adalah tanggungjawab yang bakal digalas oleh pegawai atasan tersebut. Apabila ditanya mengenai istilah 'kambing hitam' yang dilakukan oleh segelintir pegawai atasan kepada anggota lain-lain pangkat demi menutup kesalahan atau kesilapan yang mereka lakukan, beliau hanya senyum dan menggelengkan kepala.
Apabila insiden pencerobohan di Lahad Datu berada ditahap kritikal, tertanya dibenak hati kisah sebenar yang berlaku keatas anggota keselamatan negara. Berdasarkan pembacaan dibeberapa blog, kisah di Lahad Datu dituliskan berdasarkan sumber yang kurang pasti kesahihannya dan mengikut versi masing-masing begitu juga berita yang disiar dimedia elektronik dan cetak hinggakan kadang-kadang tidak masuk akal.
Berdasarkan kenyataan Nazri tahun lepas, warga asing tidak menggugat keselamatan. Selepas pencerobohan Hishamuddin kata hasil dari perisikan kumpulan asing bersenjata api bukan pengganas dan dirujuk sebagai 'penceroboh'. Tidak lama kemudian istilah rujukan ditukar menjadi 'pengganas'. Kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua menteri menunjukkan mereka ini walaupun berpendidikan tinggi tetapi tidaklah sepintar mana. Apa yang mereka fikir ialah rakyat Sabah senang diperkotak-katikan, boleh kata "Yes, Sir" dan ikut cakap mereka. Hishamuddin sepatutnya meneliti hasil risikan dan berfikir panjang sebelum membuat kenyataan kerana selangkah kesilapan yang dilakukan oleh risikan boleh membawa padah dan mungkin menyebabkan nyawa anggota keselamatan terancam. Ada kemungkinan jumlah kematian dikalangan anggota keselamatan lebih tinggi tetapi tidak didedahkan.
Yang ini ialah menteri yang kata askar-askar pengganas adalah terdiri dari mereka yang terlatih, kenyataan yang boleh memudarkan semangat anggota keselamatan kemudian dia pusing cakap dan buat kenyataan lain yang menyebut "jangan perlekeh keupayaan pasukan keselamatan". Adakah kenyataan menteri ini juga hasil risikan yang dilakukan oleh pasukan risik Kementerian Pertahanan.
No comments:
Post a Comment