haniksam

haniksam

Thursday 9 February 2012

Sabah & Sarawak tidak mustahil keluar dari Malaysia....W.P.Labuan bagaimana ?

Ketika menyusur dibeberapa blog, saya terbaca beberapa posting yang menyentuh isu yang sama iaitu mengenai Negeri Sabah dan Sarawak, mengenai perjanjian kemasukan kedua-dua negeri tersebut dengan Malaya dan menjadikannya sebagai negara Malaysia dan kemungkinan untuk keluar dari Malaysia mengikuti langkah Singapura. Isu lain  mengenai percubaan menghidupkan parti USNO yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Mustapha. Diantara yang menarik perhatian saya ialah
tulisan dibawah ini:

 
Kemungkinan bahawa Sabah dan Sarawak akan keluar dari Malaysia adalah kesinambungan daripada kisah pengeluaran Singapura pada tahun 1965 daripada persekutuan dan keengganan Brunei untuk menjadi sebahagian daripada persekutuan.
Pengeluaran Singapura telah mengubah maksud “Persekutuan” dalam Pelembagaan yang merendahkan status Sabah dan Sarawak daripada perkongsian yang saksama menjadi hanya salah satu daripada negeri-negeri dalam Persekutuan.

Kesimpulannya, Persekutuan Malaysia juga tidak lagi wujud pada 1965 selepas keluarnya Singapura dan Persekutuan Malaya yang tidak berfungsi pula muncul sebagaiPersekutuan Malaysia baru.
Hasil daripada perubahan besar dalam kekayaan, kerajaan Persekutuan enggan atau tidak nampak sebab untuk menerima terma-terma yang ada dalam Perjanjian Malaysia yang dibuat pada 1963. Di bawah perjanjian inilah Sabah dan Sarawak bersama Singapura dan Brunei (tidak menerima) dan Malaya bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia.
Kerusi Singapura di ambil begitu juga dengan minyak
Dengan keluarnya Singapura, Malaya telah mengambil 15 kerusi dalam Parlimennya dan ia tidak diberi kepada Sabah dan Sarawak.
Apa yang dipersetujui pada 1963 adalah Malaya akan mempunyai kurang daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen demi memastikan wilayah lain dalam persekutuan – Sabah, Sarawak, Brunei akan mempunyai kuasa veto.
Hari ini, Malaya mempunyai lebih daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen- 165 vs 57 termasuk Labuan berbanding Sabah dan Sarawak. Inilah sebabnya mengapa agak lemah alasan untuk Sabah dan Sarawak untuk terus berada dalam Persekutuan Malaysia.
Semua ini juga akan menjadi lebih getir sekiranya debat mengenai royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak dibuka semula.
Perjanjian yang berat sebelah pada 1976 menyaksikan kerajaan Persekutuan dan Petronas , syarikat minyak negara memberi hanya 5% daripada royalti minyak dan gas daripada telaga minyak untuk kawasan persisiran laut. Sedikit daripadanya sudah kering atau semakin mengering. Tiada pula yang diperolehi daripada telaga minyak yang berada di laut dalam.
Disebabkan ini juga, Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun ini telah menjadi antara negeri termiskin di Malaysia.
Sekiranya dikaji balik kini, 5% royalti itu tetap tidak bermakna sekiranya telaga di laut dalam tidak termasuk dalam pengiraan.
Sekiranya juga pengkajian semula royalti minyak dibuat, ia harus dilakukan mengambilkira dari tahun 1976 semasa penipuan itu berlaku. Kadar faedah juga harus dibayar begitu juga dengan 8% berkanun setahun serta dikompaun setiap tahun.
 "Berapa lama mereka boleh senyapkan Sabah dan Sarawak?"
Ini adalah situasi di mana Kerajaan Persekutuan yang ditadbir UMNO tidak akan menerima walau sejuta tahun sekalipun kerana kekayaan itu telahpun ditelan mereka sejak 1976 lagi ataupun disimpan untuk kegunaan hari esok mereka dan generasi mereka.
Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya Sabah dan Sarawak menuntut hak mereka ke atas isu royalti minyak. Ia bukanlah bermaksud jalan buntu untuk mereka.
Contohnya adalah seperti Timor Leste, Acheh dan Sudan Selatan- isu yang berlarutan mengenai Darfur dan Kordofan Selatan- semuanya adalah mengenai minyak. Sejarah membuktikan bahawa undang-undang antarabangsa akan berpihak kepada Sabah dan Sarawak. Timor Leste dan Sudan Selatan menjadi bebas melalui campur tangan Majlis Keselamatan PBB sementara Acheh mendapat autonomi. Isu ini masih lagi dalam proses penyelesaian di Darfur dan Kordofan Selatan.
Adalah tidak benar bahawa hanya negeri yang boleh membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan PBB. Mana-mana parti juga boleh melakukannya seperti yang dibuat oleh parti pembangkang Syria yang sekarang dalam perbincangan di Majlis itu. Hanya masa yang menentukan bila Sabah dan Sarawak akan membawa isu royalti minyak mereka kepada Majlis Keselamatan PBB. Putrajaya tidak harus terus bergantung kepada Sabah dan Sarawak selamanya.
Sekarang anda faham mengapa Taib Mahmud dan Musa Aman sangat berkuasa?
Sebab hasil yang mungkin adalah Sabah dan Sarawak akan keluar daripada Malaysia. Hanya kebebasan daripada Malaysia yang akan membawa Sabah dan Sarawak kepada nasib sebenar mereka di komuniti antarabangsa.
Maka tidak hairanlah Ketua Menteri Sarawak seperti Taib Mahmud dan Sabah seperti Musa Aman telah dibiarkan untuk terus merompak negeri mereka walaupun banyak laporan dibuat dan juga beserta bukti rasuah termasuk mencuri tanah, pembalakan dan merogol wanita peribumi oleh pekerja syarikat-syarikat kroni mereka.
Tanpa mereka untuk mengawal kemaraan orang Sarawak dan Sabah, kedua-dua negeri itu berkemungkinan sudah lama keluar daripada Malaysia akibat dibuli UMNO.

Saya terfikir sendiri, apakah kelebihan yang kita dapat sebagai anak jati dengan menjadikan Labuan ini berstatus 'Wilayah Persekutuan"? Bagaimana dengan generasi kita seterusnya, apakah peluang yang mereka ada? Kalau difikirkan ianya menakutkan.....  

23 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. i like ! ! ! sabah out ! dari malaysia SABAH MERDEKA malaysia :( go korek minyak tanah

    ReplyDelete
  3. Bagi sy ianya ta mustahil bg sabah sarawaj utk out frm Malaya asalkan smuanya bersatu..sy pinta sgenap rakyat jelata supya mbuang sifat tamak dan hasad dengki..aman kita..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifat tamak, hasad adalah diantara punca kehancuran sesebuah pemerintahan. Membetulkan sifat negatif ini bukanlah sesuatu yang mudah...

      Delete
  4. pendapat sy. Lebih baik sabah dan sarawak kekal kat malaysia supaya kita dpt kekal bersatu dan menjulang nama malaysia di peringkat antarabangsa.. Bukan ke unik tu, 1malaysia 3 negara ;) think positive guys. Sy pun org sabah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi kita hormati pendapat masing-masing..

      Delete
    2. Mana 1 malaysia 3 negara . Apa kau anggap sabah dan sarawak itu negara kat dalam malaysia . Kau salah . Sarawak dan sabah negeri di bawah naungan malaysia . Sarawak dan sabah adalah tempat pengumpulan hasil bumi untuk semenanjung . Kau nak ke suatu hari nanti cucu cicit kau di perli cucu cicit semenanjung . Disebabkan kemiskinan . Tapi tak pernah aku lihat lagi orang sabah dan sarawak masuk bersama mu . Lol . Apa kau sanggup hidup bawah ketiak orang . Apa kau sanggup hidup bawah telunjuk orang . Apa kau sanggup seperti lembu dicucuk hidung . Jikalau kau sanggup . Kau pegi sana la . Lol . Kalau aku pun aku tak nak sabah dan sarawak keluar malaysia . Tapi apa yang mereka buat salah . Mereka tidak melakukan apa yang patut dilakukan .

      Delete
  5. Kekal sebab nak terus kaut keuntungan Sabah Sarawak? Kekal sebab takut Semenanjung ketiadaan sumber kewangan dan ekonomi lagi? kami orang Sarawak tak sebodoh itu k?!

    ReplyDelete
  6. sabah tak sebodoh yang di sangka cuma kekurangan bersuara dan kurang hak untuk bersuara sebab terikat dengan undang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan2 raya di sabah sarawak kurang memuaskan di sebabkan ada segelitir pihak yang menyekat kemajuan sabah sarawak.

      Delete
    2. saya pernah ke sarawak masuk pendalaman sarawak saya perhatikan jalan raya di sana sangat menyedihkan sehingga pelajar sekolah rendah pergi ke sekolah berjalan kaki atau menaiki 4×4 jika kesekolah atau berperahu.Di sabah pula kenapa pendatang asing mempunyai mycard biru sedangkan baru menetap di sabah 2 atau 3 tahun?Di mana perginya hasil sabah 95% pergi?sabah hanya mendapat 5% hasil negeri ada kah bermodalkan 5% dpt memajukan sabah?kenapa hak sabah nak keluar dari malaysia di bicarakan dan paling last saya nak tau kenapa orang2 kuat di sabah tida mahu sabah keluar dari malaysia adakah mereka mendapat kerugian jika sabah keluar dari malaysia atau eset yang mereka perolehi ataupun ada eset penting yang tidak diketahui oleh orang awam?fikir sendiri.rakyat sabah yang menentukan masa depan sabah.
      kita fikir apa yang terjadi jika sabah sarawak keluar dari malaysia sedangkan hutang negara dlm bank dunia berbilion dan negeri mana yang paling byk mengeluarkan hasil saja yang blh sedikit sebyk membayar hutang tersebut dan apa akan terjadi jika hutang negara kita tidak dapat membayar hutang tersebut.

      Delete
    3. kenapa malaysia merdeka tahun 1957 sedangkan sabah 1963 sebab orang lama terdahulu telah melihat dan mengkaji potensi yang ada pada negeri sabah dan sarawak.mengapa perjanjian sabah dgn malaysia dipersetujui?pandangan kasar kita boleh nampak pandangan halus kita tak nampak atau ada keuntungan pada mereka yang mereka dapat dlm mempersetujui perjanjian tersebut dlm masa panjang atau terdekat..

      Delete
    4. Byk sejarah yang kita tidak ketahui dari mana2 buku sejarah yang kita baca kerana kebanyakkan sejarah tersebut tidak di tulis dlm mana2 buku atau mungkin tidak di ketahui aktiviti dan perbincangan orang2 terdahulu disebabkan perbincangan mereka di buat dlm keadaan tertutup dari pihak dari luar.

      Delete
    5. sila dan tolong jelaskan apa yang tertulis diatas.saya tau saya tak bijak mcm korang setakat tingkatan 3 ja sekolah sebab tu saya nak tau pandangan korang hehehehe.

      Delete
    6. kenape ada komen yg tak publiskan?

      Delete
  7. buat apa Sarawak kekal dlm Malaysia?! lebih elok Sarawak keluar dari Malaysia kerana borneo miskin pun disebabkan negeri semenanjung. Lagipun bukannya Sarawak dan Sabah yang merdeka, tanah melayu yang merdeka. saya sendiri lagi orang Sarawak so saya tahu apa perasaan jadi 'anak Malaysia' ni.

    ReplyDelete
  8. tanah melayu kerjanya nak ambik hasil keuntungan Sabah dan Sarawak jer..sbb tu lah kaya. borneo ni pulak dibiarkan miskin. lagi bagus join brunei

    ReplyDelete
  9. Haha . Ini semua poyo . Lawak lebih . Sabah dan sarawak umpama umpan untuk seekor buaya . Umpan adalah sabah dan sarawak . Buaya adalah semenanjung .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Renungkan sejauh mungkin . Fikirkan dengan teliti .

      Delete
  10. adalah lebih baik sabah dan serawak keluar dari bangsa maling aaliaas pencuri

    ReplyDelete
  11. Sabah Sarawak dlm area termiskin.. kesian betul 2 negara ini status negeri.. sya sebahagian cucu cicit merasa tertindas.. apatahlagi cut cut rit rit nanti.. hampah

    ReplyDelete