Beban kerja sejak tiga minggu lepas amat memenatkan. Hari ini cuba merehatkan otak, kalau boleh tak nak sentuh apa pun kecuali tugas yang mudah saja. Dalam timbunan akhbar dan majalah diatas meja sisi, secara random ambil satu, terbaca kisah mengenai pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki SPM tahun ini lari mengikut kekasih yang dipercayai warga Pakistan pada hari kekasih. Sebelum ini pun kita sudah pernah mendengar cerita yang sama cuma yang berbeza ialah lelaki sebelum ini berasal dari Lombok, Indonesia dan Nepal.
Kenapa sigadis yang rata-rata berumur belasan tahun ini sanggup meninggalkan keluarga hanya kerana seorang lelaki yang mereka sendiri tidak pasti samada masa depan mereka akan terjamin jika mereka berkahwin. Adakah kes seperti ini disebabkan hubungan anak dan ibubapa terlalu longgar kerana ibubapa sibuk mencari nafkah dan hanya memikirkan untuk membesarkan anak-anak dengan memberi mereka makan tanpa memikirkan hubungan kasih sayang yang menyebabkan mereka langsung tidak peduli teguran dan nasihat ibubapa. Beranggapan tidak mendapat perhatian dari ibubapa anak-anak merasa tertekan dan menyelesaikan masalah dengan mencari teman yang boleh menghiburkan. Kalau berlibur dengan warga tempatan lain cerita, tapi kalau terjumpa mat-mat Bangla, Pakistan, Nepal, mereka sebenarnya mencari peluang untuk tinggal dinegara ini dan mencari pekerjaan yang lebih baik dengan pendapatan lumayan dengan cara berkahwin dengan gadis tempatan.
Teringat kata-kata seorang tukang kebun yang berasal dari Timoer Leste. Dulunya Timoer Leste milik Indonesia. Katanya lelaki Malaysia ini kurang romantis jika dibandingkan dengan lelaki Indonesia. Bukan hanya itu mereka kurang jujur, tidak ikhlas dalam perhubungan, tidak pandai merayu, hanya pandai mendongak tetapi tidak pernah menundukkan kepalanya. Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh si Om dari Timoer Leste ini? entahlah...
Gambar hiasan - jejaka Timoer Leste
Apa kelebihan lelaki warga asing ini? Romantis? Apakah dengan bersikap romantis kita boleh meneruskan kehidupan? Bila sudah beranak pinak hilang romantis, masalah timbul, mula mempertikaikan perbezaan budaya dan bila perpisahan berlaku perebutan hak penjagan anak dan bermacam lagi masalah sosial. Fikirkanlah...Allah Taala bagi otak gunalah sebaik-baiknya...
|
|
No comments:
Post a Comment