Wanita mana yang sanggup jadi pendamping seumur hidup atau yang lebih khusus menjadi isteri kepada lelaki ini? Seluruh tubuh dipenuhi dengan ketulan seperti bebola. Melihat gambarnya pun sudah rasa geli apa lagi jika bertemu manusia ini dalam realiti. Tetapi itu bukanlah masalah bagi seorang wanita bernama Farhatun Nisa berusia 45 tahun yang berasal dari Hyderabad, India. Perkahwinannya dengan Muhammad Umar 30 tahun lalu tidak pernah sedikit pun disesali walaupun masayarakat sekeliling memandang jijik dan hina melihat keadan suaminya.
Pasangan yang pernah dikategorikan sebagai pasangan berkahwin paling hodoh juga pasangan yang tidak pernah menyesali dengan perkahwinan mereka. Bagi mereka kecantikan hanyalah keperluan zahir sahaja. Perkasa asas yang penting ialah saling mempercayai antara satu sama lain, bertolak ansur dan menerima kekurangan pasangan dengan hati terbuka dan pada masa yang sama membantu pasangan memperbaiki kelemahan diri.
No comments:
Post a Comment