haniksam

haniksam

Tuesday, 22 January 2013

WANITA YANG INGIN MENUNAIKAN UMRAH, ARAHAN TERBARU KERAJAAN ARAB SAUDI

Assalamualaikum,
Seorang rakan terpaksa membatalkan pemergian menunaikan umrah disaat akhir  kerana visa perjalanan tidak diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi walaupun bayaran kepada agensi yang mengendalikan Umrah & Haji telah dibuat tahun lepas. Dia sepatutnya berlepas pada 20hb Januari 2013. Saya memujuknya, "pasti ada himah disebalik semua ini". Dia mengangguk tapi air mata bercucuran dipipi.
 
Pembatalan adalah disebabkkan arahan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi yang tidak membenarkan lagi 'tumpang mahram' bagi wanita bujang yang berusia 45 tahun kebawah berkuatkuasa tahun ini (2013). Wanita hendaklah bersama mahram sebenar iaitu suami, ayah, saudara lelaki yang berumur 18 tahun keatas atau datuk.

Sekiranya anak saudara perempuan bermahramkan ayah saudara sebelah ayah dengan syarat isteri ayah saudaranya mengikut sekali adalah dibenarkan, cucu bermahramkan datuk sebelah ayah atau ibu juga dibenarkan tertakluk kepada pengesahan dokumen seperti sijil lahir anak saudara perempuan, ayah serta ayah saudara, cucu dan datuk yang membuktikan mereka mempunyai pertalian saudara.
 
Bagi lelaki yang berusia 18 tahun kebawah, ia memerlukan mahram yang sah iaitu datuk, ayah atau abang yang telah berusia 18 tahun keatas.
 
Mahram yang tidak dibenarkan:
 
  • Anak saudara perempuan yang bermarhamkan ayah saudara sebelah ibu.
  • Ibu saudara bermahramkan anak saudaranya.
 

No comments:

Post a Comment