haniksam

haniksam

Monday 13 June 2011

Blangkon dan kisah usahawan murahan....

Hari ini saya makan tengahari dengan Pak Mus kenalan lama berasal dari Surabaya tetapi sudah mendapat taraf penduduk tetap. Dia baru kembali selepas tiga bulan berada ditanah tumpah darahnya sambil melawat sanak saudara yang lama ditinggalkan. Pak Mus suka bercerita mengenai pengalamannya, ada juga cerita lawak yang dikutip dalam perjalanannya dikongsi dengan saya.. Bila ketawa nampak giginya yang jarang dan berkarat. Saya bukannya kisah sangat tentang memilih kawan, jika orang baik kita buat baik biarpun dia Jawa, Om Timoer Leste, Bugis, Suluk atau apa pun kerana yang membezakan kita ialah amal dan kebajikan yang kita buat. Duniawi, yang membezakan kita ialah berapa jumlah tunai atau harta yang kita ada. Bagi saya selagi warna darah kita sama yakni warna merah,  kita sama saja, lain halnya jika darah warna hijau atau warna lain selain merah mungkin asal keturunan allien atau makhluk-makhluk dari planet lain.

Berbalik kepada Pak Mus, saya memberitahu Pak Mus mengenai keinginan anak-anak remaja saya   untuk mendapatkan blangkon. "Bapanya kan keturunan Manadailing Sumatera, Mandailing  nggak pake blangkon" kata Pak Mus sambil ketawa lantas saya menjawab. "Bukan itu sebabnya Pak, anak-anak nampak beberapa pemimpin pakai blangkon diinternet". "Nah nanti bapa usahakan". Lega hati saya. Pak Mus menceritakan betapa keadaan kota Surabaya  yang kini bertambah sibuk dan merasa lega bila sudah berada semula di Labuan. Saya sendiri tidak ingat bagaimana tajuk cerita kami menyimpang kelain mempersoalkan kenapa ramai penduduk Indonesia yang anti Malaysia.

Pak Mus memulakan cerita yang didengarnya ketika balik ke Indonesia ketika dia berumur pertengahan tiga puluhan.Dia sendiri pun tidak dapat mengesahkan kesahihan cerita ini. Pertamanya ia mengenai nilai matawang dimana  nilai matawang Malaysia lebih tinggi berbanding  Indonesia. Pada satu ketika datanglah beberapa usahawan dari Malaysia yang kononnya dengan wang yang mereka bawa apabila ditukarkan dengan wang Indonesia boleh membeli beberapa gadis Jawa untuk ditiduri. Dengan wang yang mereka ada juga, mereka   boleh memiliki pusat hiburan dan spa sepanjang mereka berada di Indonesia. Keadaan ini membuatkan kaum Adam di Indonesia merasa marah dan ada diantara mereka yang tersemat perasaan dendam. Mereka berpendapat bahawa kebanyakan rakyat Malaysia adalah berketurunan  suku kaum Indonesia kenapa mereka sampai hati untuk memusnahkan kaum Hawa yang asal usulnya adalah dari satu rumpun dengan mereka? Jawapannya....tak tau nak jawap..... 

No comments:

Post a Comment