haniksam

haniksam

Friday 24 June 2011

Afdal dimalam Jumaat.....


Sudah menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat kita apabila disebut malam Jumaat ia seolah-olah satu gurauan atau usikan yang membuat para abang atau suami senyum meleret kerana malam itu ialah malam sunat untuk hubungan intim suami isteri.
Hanya segelintir yang memikirkan bahawa malam Jumaat itu adalah malam yang afdal untuk mengadakan aktiviti keagamaan dan melipatgandakan amalan seperti mengadakan ceramah-ceramah agama, tadarus al-Qur’an dan bacaan surah Yassin. Kita juga disunatkan untuk bangun pada 2/3 malam Jumaat untuk melakukan solat sunat Tahajud, Tasbih dan Hajat. Ini adalah disebabkan bahawa Allah SWT pada ketika itu hampir kepada manusia yang mencarinya dan pada ketika ini jugalah masa yang paling sesuai untuk kita bermunajat kepada Allah SWT terutama kepada mereka yang sedang dilanda masalah dan hilang arah.
Mereka yang disebutkan segelintir manusia  yang berusaha menambah amalan mereka pada malam Jumaat itu berasa takut akan kehadiran hari Jumaat pada keesokan harinya kerana Allah SWT telah menjanjikan bahawa hari kiamat itu akan jatuh pada hari Jumaat. 

No comments:

Post a Comment