haniksam

haniksam

Wednesday 4 April 2012

Harapkan pagar.....pagar makan padi..

Pada 28hb Mach 2012, keluar dari pejabat jam 5.30 dan tiba dirumah beberapa minit sebelum jam 6.00 petang. Terpaksa sabar dengan kesesakan lalulintas yang amat membosankan dan memenatkan. Sakit hati tidak terkira bekalan elektrik hari itu kena potong. Tidak sempat minum petang, pergi kepejabat SESB walaupun waktu bekerja sudah tamat ada beberapa kakitangan yang masih disitu. Kenapa dipotong?  Padahal bayaran telah dikemas kini. Mungkin mereka juga kepenatan, permintaan saya agar bekalan disambung semula malam itu juga tidak berapa diendahkan kecuali seorang kakitangan teknikal  menyarankan agar saya berjumpa jurutera  yang masih disitu kerana pengurus telah pergi keluar kawasan. Ketika hendak naik dipejabatnya ditingkat satu dia sudah pun bersiap untuk pulang. Dia tidak melayan saya dan suruh saya kembali keesokan hari. Tak apalah.. Sebelum saya beredar saya beritahu beberapa kakitangan disitu yang saya akan membuat aduan ke Kementerian Pengguna. Atas inisiatif seorang juruteknik bekalan elektrik disambung kira-kira jam sembilan malam itu juga. Dua hari kemudian saya dimaklumkan bahawa memang terdapat kesilapan teknikal semasa proses pemotongan.

Semalam hampir semua  muka depan akhbar tempatan memaparkan kisah SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd) tetapi dengan isu berbeza.....jurutera SESB, seorang staf SESB dan beberapa orang individu termasuk pemilik lori dan crane telah dicekup dan ditahan reman berhubung kes curi kabel....




No comments:

Post a Comment