haniksam

haniksam

Monday 23 April 2012

LABUAN PUSAT PERDAGANGAN DAN PERTUKARAN GRO, PIHAK BERKUASA MELINDUNGI BAPA AYAM...?

Kisah perdagangan pelacur yang berselindung disebalik istilah GRO memang sudah lama di Labuan, begitu juga cerita mengenai beberapa pegawai  pihak berkuasa yang memberi perlindungan kepada bapa-bapa ayam dan beberapa individu yang terlibat dalam perdagangan tersebut disebabkan habuan yang besar. Keluhan penduduk tempatan tidak pernah diambil endah ....... lihat yang terbaru..!

D7 WAJIB BURU 4 BAPA AYAM DI LABUAN




Saudara Pengarang,
MELALUI pendedahan berterusan Sabahkini.net, sebagai penduduk asal Labuan, kami berharap agar Unit D7 Bukit Aman memburu seorang ‘Bapa Ayam’ bernama Jimmy iaitu Tauke LPS Karaoke kerana terlibat dengan jenayah pemerdangan orang dan penyeludupan manusia.
Jimmy menjadi Ketua Sindiket membekalkan pelacur bersama Tauke Manila Cafe - Ricky Ng (yang menggunakan kenderaan Ninja King LD 96), Tauke Havana Karaoke Mr Yap atau lebih kenal sebagai Tiger Yap dan seorang lagi tauke bernama Lim Tun.
Mereka membekal ‘GRO Freelance’ ke Karaoke dan Pool House. Kebanyakan GRO Freelance disyaki menggunakan ‘chop pasport palsu’ kerana kebanyakan GRO kata mereka ke Limbang untuk ‘chop pasport’ dan hanya membayar RM50 sahaja bagi setiap pasport kepada Pejabat Imigresen Limbang.
Nama sindiket pelacuran lain akan kami dedahkan di surat akan datang dan berharap Bukit Aman akan memantau dan mengambil tindakan terhadap ‘Bapa Ayam’ yang kami salurkan di atas.
Berikut Sembilan ‘Karaoke Kebal’ yang dilindungi pihak berkuasa iaitu;
1. King Karaoke
2. Tip Top Karaoke
3. 129 Karaoke
4. Havana Karaoke
5. Manila Cafe
6. Golden Key Karaoke
7. Sport Bar Karaoke.
8. Ginza V8
9. Victoria Health centre.

Di kesembilan Pusat Hiburan yang kami senaraikan di atas terdapat beratus GRO atau Pelacur Berlesen. Sesiapa yang tidak percaya aduan kami, boleh datang ke Labuan Pulau Maksiat dengan mengunjungi ke pusat hiburan tersebut dan lihat dengan mata kepala sendiri.
Untuk makluman Bukit Aman hampir kesemua Penguat Kuasa Tempatan berada di dalam ‘PayRoll’ Sembilan Pusat Hiburan tersebut.


Salam Hormat,


Hj.Samsul & Mazin

Sumber: Sabahkini.Net

No comments:

Post a Comment