haniksam

haniksam

Thursday, 15 November 2012

SEIMBANGKAN KEPENTINGAN PENGGUNA, JANGAN NAK UNTUNG SAJA-PENIAGA ONLINE

Tidak ada batasan atau peratus tetap bagi jumlah keuntungan yang diambil dari sesuatu transaksi perniagaan berdasarkan hukum Syarak,    'DISINI' 

Apabila seorang pengguna membeli secara online walau tanpa akad 'aku jual aku beli' dan samada disertai perasaan redha kedua-dua belah pihak, peniaga sepatutnya bersikap adil dengan meyeimbangkan kepentingan pengguna dengan keuntungan yang mereka dapat dari transaksi perniagaan yang mereka jalankan. Berbanding dengan peniaga-peniaga online diluar negara, peniaga online dinegara kita lebih mementingkan keuntungan dan kurang telus. Contohnya website yang mengiklankan produk tanpa memaklumkan pengguna bahawa produk yang diiklankan tidak tulin (bukan original), kurang menekankan  kualiti dan kurang memberi perhatian keatas pengesanan penghantaran (tracking delivery). 

Semalam ketika sedang menunggu bas ekspress untuk meneruskan perjalanan, saya berkesempatan bersembang dengan beberapa pelancong Korea yang datang melawat ke Sabah. Cerita berkisar mengenai promosi yang kurang mengenai keindahan semula jadi negeri Sabah hinggalah topik kemudahan internet, kurang minat membaca masyarakat setempat dan akhirnya perniagaan online. Seorang dari mereka memberitahu bahawa dibeberapa negara Eropah dan Asia, sebuah Biro ditubuhkan untuk  menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu peniaga dan pengguna online. Kurang pasti jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mempunyai peruntukkan-peruntukkan yang melindungi peniaga dan pengguna online (atas talian).

No comments:

Post a Comment