Cuti sekolah bermula majlis perkahwinan disana sini. Minggu ini aku menerima tiga jemputan kahwin. Insyaallah jika tidak ada halangan aku hadir. Ada yang berpendapat ikatan perkahwinan yang diikat dengan akad nikah adalah diibaratkan seperti mendirikan sebuah masjid. Katanya lagi para syaitan akan menangis kerana sudah tidak dapat membisikkan hasutan untuk berbuat maksiat. Bergantung kepada jadual jurunikah disesebuah mukim, acara biasanya dijalankan pada sebelah petang selepas sembahyang Jumaat.
Teringat kisah ketika menghadiri majlis pertunangan dan menghantar belanja kira-kira dua bulan lepas. Ketika perbincangan berjalan, aku tercuri dengar perbualan dua orang wanita;
Wanita 1 : "Aku kalau anakku si Ijah kena risik aku minta belanja RM15,000".
Wanita 2 : "Apa kerja kawan si Ijah tu?
Wanita 1 : "Bisnes"
Wanita 2 : "Bisnes apa?"
Wanita 1 : "Pagi dia hantar surat khabar, petang jual goreng pisang cheese malam pula jual burger".
Betullah tu, bila ada urusniaga jual beli diantara pengguna dan pembekal barangan atau perkhidmatan bisneslah namanya. Harus diingat dengan teknologi terkini berapa orang sangat yang membaca surat khabar, perniagaan goreng pisang dan jual burger sudah terlalu lama dan pesaingnya ramai. Bolehkah simpan RM15,000 dalam masa setahun? Setengah orang tua atau ibu bapa berkata jumlah yang kami minta itu pun tidak seberapa dan tidak dapat menebus perbelanjaan yang telah kami keluarkan untuk membesarkan anak kami. Pemikiran singkat yang tidak harus diterima.
2 perkara yang dilihat yang patut difikirkan oleh ibubapa:-
(1) Fakta wanita lebih ramai dari lelaki. Kadar yang dianggarkan adalah1/3 lelaki : 2/3 perempuan
(2) Sekiranya seorang wanita berkahwin pada umur 21 tahun bermakna perbelanjaan yang dikeluarkan oleh ibubapa hanya setakat umur wanita itu 21 tahun. Jikaditakdirkan wanita itu hidup sehingga 71tahun bermakna silelaki atau suami telah menanggungnya selama 50 tahun.Kenapa harus pertikaikan tanggungjawab kita terhadap anak-anak kita.
Kenapa tidak kita ubah persepsi kita terhadap belanja kawin atau wang hantaran. Bila ada lelaki merisik atau meminang anak kita, kita siasat latar belakangnya jika dia dari keluarga yang baik-baik dan tidak meninggalkan solat, terima saja pinangannya.
Pendapat Ustaz Kazim mengenai kawin......
No comments:
Post a Comment