haniksam

haniksam

Friday, 19 October 2012

Bangsa apa?..... Malaysian

Setiap kali kehospital untuk pemeriksaan atau rawatan athma, anak lelaki bongsu saya akan mendaftar sendiri dikaunter tetapi hari itu saya menemaninya kerana dia nampak tidak sihat. Jururawat yang bertugas dikaunter memberitahu anak saya bahawa mereka sedang mengemaskini data peribadi dan bertanya anak saya beberapa soalan. Antara soalan yang ditanya ialah "adik bangsa apa?" anak saya menjawap "Malaysian". Jururawat tu menyambung,"Itu warganegara, bangsa ni macam Cina, Melayu atau India..". Lalu saya mencelah "Letak Melayu sajalah".
 
Dalam perjalanan balik kerumah, saya bertanya kepada anak saya kenapa soalan yang begitu mudah pun tak boleh jawap. Dia memberitahu dia sendiri tidak faham bangsa Melayu yang macamana. Ini adalah disebabkan dia dilahirkan dari perkahwinan diantara suku kaum Brunai yang sejak nenek moyang tinggal di Labuan dengan warga yang berasal dari Kemunting, Perak yang nenek moyangnya berasal dari Sumatera merantau ke Tanah Melayu ketika penjajah.
 
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2):
"orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan-

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) zuriat seseorang yang sedemikian

 
 
Berdasarkan diatas..ooooo my son is a Malay
 



 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment