haniksam

haniksam

Wednesday, 9 March 2011

TAUBAT....TOBAT..........., MAKNANYA SAMA SAJA

Taubat atau tobat bermaksud memohon keampunan kehadrat Allah SWT, menyesal dan menginsafi atas segala dosa dan kesilapan yang telah dilakukan samada kecil atau besar,  berazam tidak akan mengulanginya. Memohon petunjuk dan hidayat agar kembali kejalan yang diredhai Allah.
Beberapa senario taubat….
(1)          Betul-betul taubat

Seorang hamba Allah yang juga seorang pesara Jabatan Kerajaan pernah bercerita ketika pertama kali menunaikan fardhu haji pada tahun 1986. Kejadian ini berlaku ditanah suci Makkah sebelum kerja-kerja wajib haji bermula. Setibanya di Makkah, setelah selesai urusan tempat penginapan dan urusan-urusan lain yang berkaitan, beliau berjalan-jalan disekitar kawasan berhampiran tempat penginapan.  Didalam hatinya dia berkata, “Ala..tak adalah besar sangat Makkah ni, lebih kurang besar Labuan saja.” Tidak sampai setengah jam dia sudah tidak nampak apa-apa melainkan kawasan padang pasir yang luas tanpa manusia dan khemah-khemah yang menempatkan bakal haji juga tidak kelihatan. Dia berjalan sambil cuba untuk kembali ketempat penginapan, namun semakin jauh dia berjalan semakin luas kawasan padang pasir itu  sehingga disatu tahap dia merasa terlalu letih lalu rebah. Diangkat kepalanya yang mula merasa sakit dan perlahan-lahan membuka matanya. Dia seolah-olah tidak percaya yang dihadapannya ialah tempat pesalah menjalani hukuman penggal  kepala.  “Ya, Allah”, terkeluar dari mulutnya dan pada saat itu juga dia terasa seolah-olah dibisikan ditelinganya, istigfar…istigfar. “Astagfirullah al-azim”  disebut berulang-ulang kali sehingga dia terlena, apabila terjaga dia telah berada ditempat pemginapan bersama-sama isteri dan bakal haji yang lain. Kini diusia awal lapan puluhan dia adalah diantara beberapa kaki surau yang sentiasa merendah diri.    

(2)          Taubat ulang-ulang


'Akibat cinta terlarang, mabuk..mabuk, kereta langgar tiang, lalu terjun longkang'. Bila dah masuk wad kaki tangan patah kena balut simen, nak garu pun susah, muka kena jahit sana sini, kereta remuk masuk woksyop, "mak, abah,  amin mintak ampun amin tak buat lagi, amin taubat amin tak buat lagi" . Orang tua mana yang tidak sayangkan anak, pasti orang tua akan menjawab dengan nada yang rendah dan lembut,  paling tidak pun "Bawa besabar nak", Tergamakkah seorang ayah berkata, "Tunggu kau pulih dulu nanti ayah belikan 10 crate 'Carlsberg'...atau 'tiger beer'. Masalahnya bila kereta dah dibaiki, pemandunya pun dah keluar dari wad sihat walafiat, buat kerja yang sama lagi, minum arak 'frust' konon......tunggu bala datang...taubat lagi 




(3)          Taubat...cakap saja..akibatnya


Bekas tentera laut yang usianya awal lima puluhan menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang awam. Ini mungkin disebabkan oleh pergaulan sesama mereka dan kebiasaan yang dilaluinya semasa  berkhidmat didalam tentera masih menghantui dirinya. Selain dari itu ada juga diantara mereka yang dikenali sebagai makhluk yang memiliki "wife at every port" Malam minggu mesti diisi dengan aktiviti 'let's rock baby' atau 'that's the way aha aha..I like it' . Kalau dulu isteri duduk kampung dengan bapa mertua sekarang sudah pencen kena bawa isteri dan anak-anak duduk rumah sendiri.  Pada mulanya bini  buat tak tau atau mungkin memang tak tau aktiviti suami maklumlah bila masuk waktu maghrib suami berebut mandi pakai baju melayu kain pelikat pakai kopiah naik kereta, kesuraulah tu menunaikan kewajipan....kemana lagi... tidak langsung menunjukkan sesuatu yang mencurigakan. Beberapa bulan duduk bersama suami, siisteri pun sudah mula berkenalan dengan jiran-jiran. Cerita sisuami kepusat hiburan sudah sampai ketelinga isteri. Pada satu malam minggu siisteri dengan bantuan seorang kawan telah mengekori suami, hah! tembelang suami sudah pecah. Entah kemana kain pelikat kopiah lebai dan baju malayu, sisuami memakai T-shirt dan seluar jeans bersama GRO bangsa Flipina sedang memasuki pusat hiburan. Siisteri kejar dari belakang, "abang balik, kalau tidak abang siap", sisuami cuba berdalih, mengambil sesuatu dari dalam beg tangan lalu menyemburkannya kemuka suami. Kedengaran sisuami seperti menahan sakit, " abang minta ampun yang , abang tak buat lagi, abang taubat tak buat lagi". Rasa kau serbuk lada hitam rupanya. Selepas kejadian tersebut sisuami duduk rumah dah taubat agaknya. Anak-anak pun dah besar panjang. Dalam pada itu perbelanjaan keluarga bertambah apatah lagi anak kedua telah diterima masuk ke IPTA. Untuk menambah pendapatan suami isteri memulakan perniagaan menjual kuih muih dan nasi lemak disebuah mini restoran, alhamdulillah berkat usaha bertambah rezeki mereka. Sisuami pun sudah ramai kawan dikalangan orang awam termasuk kontraktor kelas F. Atas dorongan mereka sisuami memohon lesen kontraktor kelas F, dia mendapat beberapa kontrak kerajaan selain jualan kuih yang masih diusahakan oleh isteri. Sekarang pendapatan lebih lumayan, rumah yang sedia ada sudah diubahsuai, sudah bawa BMW dan belajar main golf. Isteri disuruh duduk rumah, biarkan isteri rehat konon..Sisuami pun sudah pandai menggunakan beberapa istilah seperti 'entertainment', 'client', 'business meeting' dan bermacam-macam lagi istilah yang merujuk kepada keluar malam minggu dengan kawan-kawan. Peristiwa lama berulang lagi, sisuami lupa perkataan 'taubat' yang pernah diungkapkannya. Disebabkan beberapa peristiwa yang mengguris hati siisteri, mereka terpaksa berpisah.

(4)          Tobat –Wali Band


















1 comment:

  1. N0.(5): TAU BUAT!

    Yang ni (Tau Buat)lagi bahaya dari tobat, dia cuma tau buat saja, tak peduli betul atau salah, dia pakai hentam buat terus sebab dia cuma tau buat!!

    ReplyDelete