Baru dua tiga minggu sekolah dibuka sudah hilang kalkulator, hati saya memberontak. Jika diperhatikan anak remaja perempuan lebih cermat dan berhat-hati dari anak remaja lelaki saya. Tapi tak apalah dah hilang nak buat macamana, dah bukan rezeki terpaksa beli unit yang baru nanti tak belajar pula anak. Tujuan kekedai buku ialah untuk membeli kalkulator tetapi oleh kerana minat saya yang suka membaca, setiap kali kekedai buku saya pasti singgah dirak buku dan jika ada buku yang baru dan menarik saya akan membelinya. Hari itu saya tidak membeli buku tapi saya sempat membaca dari mula hingga tamat kisah pendek Nabi Sulaiman a.s. dan semut. Bila balik kerumah saya Google search siserangga kecil ini. Rupa-rupanya terlalu banyak kisah semut serta pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil dari kehidupan semut. Biasanya bila nampak semut didalam dan luar kawasan rumah, diambil penyembur racun serangga lalu disembur serangga ini tetapi kali ini saya ingin membetulkan tanggapan saya mengenai semut melalui kaedah seorang hamba Allah yang menyedari akan perihal ini.
Saya mengambil segenggam gula, lalu saya taburkan dihalaman depan dan belakang rumah. Tidak sampai beberapa minit banyaklah semut menghampiri gula tadi. Saya perhatikan perilaku semut-semut itu. Mereka datang mengambil hanya sebutir gula lalu pergi. Tidak pernah saya melihat ada semut berebut. Saya tidak mengerti bahasa semut tetapi gerakan tanduk panjang seolah-olah antena ini mungkin penyampai mesej kepada kawan-kawan bahawa ada makanan dikawasan itu.
Semut biasanya setelah mendapatkan sebutir gula, membawanya ke liang tempat persembunyian. Jika dalam perjalanan, bertemu dengan semut yang lain mereka berhenti seketika mungkin memberi salam lalu meneruskan perjalanan masing-masing, tidak merebut makanan milik kawannya. Bagi yang belum memperoleh makanan, mereka bergerak sebaris menuju tempat makanan itu berada.
Pengajaran berharga yang saya dapat dari kehidupan semut ini, di antaranya ialah bahawa binatang ukuran kecil tersebut tidak tamak atau berlebih-lebihan dalam mendapatkan makanan. Setiap semut hanya memerlukan sebutir gula yang diperlukan ketika itu. Semut tidak mengambil makanan sebanyak-banyaknya, untuk digunakan sebagai persediaan jika suatu saat terjadi krisis atau bencana, atau dijadikan sebagai barang kekayaannya. Semut tidak mengenal istilah kaya atau miskin.
Pengajaran berharga yang saya dapat dari kehidupan semut ini, di antaranya ialah bahawa binatang ukuran kecil tersebut tidak tamak atau berlebih-lebihan dalam mendapatkan makanan. Setiap semut hanya memerlukan sebutir gula yang diperlukan ketika itu. Semut tidak mengambil makanan sebanyak-banyaknya, untuk digunakan sebagai persediaan jika suatu saat terjadi krisis atau bencana, atau dijadikan sebagai barang kekayaannya. Semut tidak mengenal istilah kaya atau miskin.
Dalam pada itu saya juga memerhatikan pergerakan semut diatas pokok mempelam dibelakang rumah saya. Apabila terjatuh ketanah dia bergerak semula kearah yang sama menuju pokok mempelam tersebut, kedua kali jatuh pun perkara yang sama juga dilakukan. Saya terfikir betapa gigih dan tabah sikecil ini.
Saya ingin berpesan pada Along, Angah, Amar, Akak Un, Aleh dan Ayat (Little Hidayat), lain kali kalau ada semut masuk didapur kita jangan ambil penyembur racun serangga disebaliknya ambil segenggam gula dan bagi semut-semut itu sedikit makanan mereka akan bekerjasama memindahkan gula-gula itu ditempat persembunyian secara tidak langsung akan hilang semut-semut itu sendiri. Haiwan tidak kira saiznya besar mana pun bila disapa atau diberi salam dan diberi makanan akan menunjukkan terima kasihnya.
Pelajaran moral yang luar biasa ini tidak diajarkan disekolah. Sesungguhnya serangga ini sama dengan kita, adalah makhluk Allah. Mereka juga bertasbih dan bersyukur, dan bahkan lebih istiqomah.
No comments:
Post a Comment