Sudah menjadi kebiasaan masa kini ibu bapa pasangan yang hendak berkahwin memilih cuti sekolah untuk melangsungkan majlis atas alasan saudara mara yang jauh dapat datang untuk meraikan majlis. Kalau dulu ibu bapa akan berjumpa dengan pakar yang biasanya terdiri dari ahli ugama untuk melihat didalam kitab tarikh yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Sekarang pasangan yang hendak berkahwin akan memilih sendiri tarikh yang mungkin memberi makna kepada mereka.
Menghadiri tiga majlis perkahwinan pada cuti sekolah yang lepas membuat saya terfikir mengenai hadiah. Diperkarangan masuk rumah pengantin akan disediakan satu meja yang diatasnya beberapa bakul bunga telur dan kadang-kadang berupa gula-gula atau coklat didalam bungkusan khas. Terdapat sebuah kotak yang telah dibalut dengan kertas balut hadiah untuk dimasukan 'ang pow orang kawin' Berdiri beberapa orang remaja dan dewasa berbaju melayu, baju kurung dan berbaju kebaya, penyambut tetamu lah tu. Bila tetamu atau jemputan tiba para penyambut tetamu akan memberi bunga telur atau hadiah kecil berupa gula-gula atau coklat tadi dan pada masa yang sama tetamu pula akan mengunjuk sampul surat atau sampul ang pow yang pastinya berisi tunai.
Ada pro dan kontra trend diatas. Ang pow tunai boleh meringankan beban mengadakan majlis tersebut seperti menjelaskan hutang atau upah yang patut dibayar kepada pekerja yang turut sama menjayakan majlis.Kontra nya ialah bila dah kering takkan nak pergi kenduri kawin dengan tangan kosong. Secara peribadi saya berpendapat majlis kawin bukanlah tempat untuk kutip derma tetapi untuk bersedekah. Jemputan ada yang datang dengan kereta ada datang dengan bas, untuk datang kemajlis mereka bayar petrol dan tambang bas. Jangan jadikan keadaan seolah-olah hidangan semasa kenduri perlu dibayar oleh jemputan..
No comments:
Post a Comment