haniksam

haniksam

Wednesday 30 March 2011

RANCANGAN REALITI TV .............MELEKAKAN WARGA?

Rancangan realiti TV dinegara kita jika diberi peluang untuk dibuat perbandingan dengan rancangan realiti TV di Amerika Syarikat dan UK mempunyai konsep yang hampir sama.Program-program sedemikian yang sememangnya sudah sebati dengan nilai-nilai dan norma kehidupan masyarakat di sana. Walaupun matlamat mengadakan rancangan tersebut adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang seni tetapi tahap pencapaian boleh dikatakan kurang memberangsangkan. Cuba kita lihat rancangan realiti TV akademi fantasia, tak lama lagi bermula siri ke9 bermakna dah sembilan tahun rancangan ini berjalan tetapi kelahiran produk dari rancangan ini tidak bertahan lama. Penyanyi lama seperti Datuk M Nasir, Noraniza Idris, Zainal Abidin dan Allahyarham Sudirman adalah penyanyi kegemaran saya dan apabila lagu mereka kedengaran dimana-mana dan secara kebetulan saya bersama anak-anak, mereka akan kata ini lagu favourite mama penyanyinya yang ini. Mereka ini bukanlah kelahiran rancangan realiti TV. Peserta program rancangan realiti TV kebanyakannya terdiri dari anak-anak muda Melayu tetapi pakaian atau kostum yang dibekalkan semasa pertandingan oleh pihak penganjur kadang-kadang tidak sopan dan menjolok mata. Selain dari itu penghakiman melalui undian SMS lebih menjurus kepada perjudian. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah penganjur tidak menitikberatkan nilai-nilai budaya timur tetapi lebih kepada mementingkan keuntungan. Fikirkanlah,....lebih baik guna SMS untuk eratkan tali silaturrahim daripada hantar SMS undi peserta rancangan realiti TV

No comments:

Post a Comment