haniksam

haniksam

Thursday, 31 March 2011

TUN DAIM, "WAKIL RAKYAT KENA ADA BLOG, TWITTER & FACEBOOK"............

Pandangan Tun Daim Zainuddin mantan Menteri Kewangan mengenai parti-parti politik negara dalam wawancara  dengan akhbar Mingguan Malaysia pada 27hb Mac 2011 cukup ringkas tetapi penuh fakta yang padat. Diantara ulasan yang menarik minat saya ialah mengenai keperluan seseorang pemimpin dan wakil rakyat untuk memiliki blog, akaun Facebook dan twitter peribadi untuk berkomunikasi  atau berhubung terutama dengan golongan muda.
Pandangan Tun Daim dalam wawancara tersebut, klik disini .  

Sedang mencari-cari blog, akaun Facebook dan twitter peribadi Datuk Yussof Hj Mahal, MP Labuan....ingin  mengetahui perkembangan projek pasar baru Labuan yang dikhabarkan nazak dan masuk ICU.......  

Wednesday, 30 March 2011

RANCANGAN REALITI TV .............MELEKAKAN WARGA?

Rancangan realiti TV dinegara kita jika diberi peluang untuk dibuat perbandingan dengan rancangan realiti TV di Amerika Syarikat dan UK mempunyai konsep yang hampir sama.Program-program sedemikian yang sememangnya sudah sebati dengan nilai-nilai dan norma kehidupan masyarakat di sana. Walaupun matlamat mengadakan rancangan tersebut adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang seni tetapi tahap pencapaian boleh dikatakan kurang memberangsangkan. Cuba kita lihat rancangan realiti TV akademi fantasia, tak lama lagi bermula siri ke9 bermakna dah sembilan tahun rancangan ini berjalan tetapi kelahiran produk dari rancangan ini tidak bertahan lama. Penyanyi lama seperti Datuk M Nasir, Noraniza Idris, Zainal Abidin dan Allahyarham Sudirman adalah penyanyi kegemaran saya dan apabila lagu mereka kedengaran dimana-mana dan secara kebetulan saya bersama anak-anak, mereka akan kata ini lagu favourite mama penyanyinya yang ini. Mereka ini bukanlah kelahiran rancangan realiti TV. Peserta program rancangan realiti TV kebanyakannya terdiri dari anak-anak muda Melayu tetapi pakaian atau kostum yang dibekalkan semasa pertandingan oleh pihak penganjur kadang-kadang tidak sopan dan menjolok mata. Selain dari itu penghakiman melalui undian SMS lebih menjurus kepada perjudian. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah penganjur tidak menitikberatkan nilai-nilai budaya timur tetapi lebih kepada mementingkan keuntungan. Fikirkanlah,....lebih baik guna SMS untuk eratkan tali silaturrahim daripada hantar SMS undi peserta rancangan realiti TV

Saturday, 26 March 2011

PELAJAR DITEMUI MATI....

Seorang pelajar berusia 18 tahun  mendapat beberapa A didalam peperiksaan SPM yang diumumkan pada 23 Mac lepas  ditemui mati didalam semak dalam keadaan kepalanya dibalut dengan plastik.. DISINI

Thursday, 24 March 2011

IKTIBAR DARI KEHIDUPAN SEMUT.....

Baru dua tiga minggu sekolah dibuka sudah hilang kalkulator, hati saya memberontak. Jika diperhatikan anak remaja perempuan lebih cermat dan berhat-hati dari anak remaja lelaki saya. Tapi tak apalah dah hilang nak buat macamana, dah bukan rezeki terpaksa beli unit yang baru nanti tak belajar pula anak. Tujuan kekedai buku ialah untuk membeli kalkulator tetapi oleh kerana minat saya yang suka membaca, setiap kali kekedai buku saya pasti singgah dirak buku dan jika ada buku yang baru dan menarik saya akan membelinya. Hari itu saya tidak membeli buku tapi saya sempat membaca dari mula hingga tamat kisah pendek Nabi Sulaiman  a.s. dan semut. Bila balik kerumah saya Google search siserangga kecil ini. Rupa-rupanya terlalu banyak kisah semut serta pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil dari kehidupan semut. Biasanya bila nampak semut didalam dan luar kawasan rumah, diambil penyembur racun serangga lalu disembur serangga ini tetapi kali ini saya ingin membetulkan tanggapan saya mengenai semut melalui kaedah seorang hamba Allah yang menyedari akan perihal ini.
Saya mengambil segenggam gula, lalu saya taburkan dihalaman  depan dan belakang rumah. Tidak sampai beberapa minit banyaklah semut menghampiri gula tadi. Saya perhatikan perilaku semut-semut itu.  Mereka datang mengambil hanya sebutir gula lalu pergi. Tidak pernah saya melihat ada semut berebut. Saya tidak mengerti bahasa semut tetapi gerakan tanduk panjang seolah-olah antena ini mungkin penyampai mesej kepada kawan-kawan bahawa ada makanan dikawasan itu.
Semut biasanya setelah mendapatkan sebutir gula, membawanya ke liang tempat persembunyian. Jika dalam perjalanan, bertemu dengan semut yang lain mereka berhenti seketika mungkin memberi salam lalu meneruskan perjalanan masing-masing,  tidak merebut makanan milik kawannya. Bagi yang belum memperoleh makanan, mereka bergerak sebaris menuju tempat  makanan itu berada.

Pengajaran berharga yang saya dapat dari kehidupan semut ini, di antaranya ialah bahawa binatang ukuran kecil tersebut tidak tamak atau berlebih-lebihan dalam mendapatkan makanan. Setiap semut hanya memerlukan sebutir gula yang diperlukan ketika itu. Semut tidak mengambil makanan sebanyak-banyaknya, untuk digunakan sebagai persediaan jika suatu saat terjadi krisis atau bencana, atau dijadikan sebagai barang kekayaannya. Semut tidak mengenal istilah kaya atau miskin.
Dalam pada itu saya juga memerhatikan pergerakan semut diatas pokok mempelam dibelakang rumah saya. Apabila terjatuh ketanah dia bergerak semula  kearah yang sama menuju pokok mempelam tersebut, kedua kali jatuh pun perkara yang sama juga dilakukan. Saya terfikir betapa gigih dan tabah sikecil ini.
Saya ingin berpesan pada Along, Angah, Amar, Akak Un, Aleh dan Ayat (Little Hidayat), lain kali kalau ada semut masuk didapur kita jangan ambil penyembur racun serangga disebaliknya ambil segenggam gula dan bagi semut-semut itu sedikit makanan mereka akan bekerjasama memindahkan gula-gula itu ditempat persembunyian secara tidak langsung akan hilang semut-semut itu sendiri. Haiwan tidak kira saiznya besar mana pun bila disapa atau diberi salam dan diberi makanan akan menunjukkan terima kasihnya.
Pelajaran moral yang luar biasa ini tidak diajarkan disekolah. Sesungguhnya serangga ini sama dengan kita, adalah makhluk Allah. Mereka juga bertasbih dan bersyukur, dan bahkan lebih istiqomah.

Monday, 21 March 2011

Majlis kawin ...macam majlis kutip derma?

Sudah menjadi kebiasaan masa kini ibu bapa pasangan yang hendak berkahwin memilih cuti sekolah untuk melangsungkan majlis atas alasan saudara mara yang jauh dapat datang untuk meraikan majlis. Kalau dulu ibu bapa akan berjumpa dengan pakar yang biasanya terdiri dari ahli ugama untuk melihat didalam kitab tarikh yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Sekarang pasangan yang hendak berkahwin akan memilih sendiri tarikh yang mungkin memberi makna kepada mereka.

Menghadiri tiga majlis perkahwinan pada cuti sekolah yang lepas membuat saya terfikir mengenai hadiah. Diperkarangan masuk rumah pengantin akan disediakan satu meja yang diatasnya beberapa bakul  bunga telur dan kadang-kadang berupa gula-gula atau coklat didalam bungkusan khas. Terdapat sebuah kotak yang telah dibalut dengan kertas balut hadiah untuk dimasukan 'ang pow orang kawin' Berdiri beberapa orang remaja dan dewasa berbaju melayu, baju kurung dan berbaju kebaya, penyambut tetamu lah tu. Bila tetamu atau jemputan tiba para penyambut tetamu akan memberi bunga telur atau hadiah kecil berupa gula-gula atau coklat tadi dan pada masa yang sama tetamu pula akan mengunjuk sampul surat atau sampul ang pow yang pastinya berisi tunai.

Ada pro dan kontra trend diatas. Ang pow tunai  boleh meringankan beban mengadakan majlis tersebut seperti menjelaskan hutang atau upah yang patut dibayar kepada pekerja  yang turut sama menjayakan majlis.Kontra nya ialah bila dah kering takkan nak pergi kenduri kawin dengan tangan kosong. Secara peribadi saya berpendapat majlis kawin bukanlah tempat untuk kutip derma tetapi untuk bersedekah. Jemputan ada yang datang dengan kereta ada datang dengan bas, untuk datang kemajlis mereka bayar petrol dan tambang bas. Jangan jadikan keadaan seolah-olah hidangan semasa kenduri perlu dibayar oleh jemputan..

Thursday, 17 March 2011

Janji...

Cinta sesama manusia
Janji hidup mati bersama

Ribut  taufan melanda
Bakal ditempohi gelora

Akad nikah ikut syarat
Tiada majlis bersanding dibuat

Katanya ikut sunnah nabi
Padahal masalah ekonomi

Bayar mahar guna credit card
Belagak macam orang loaded

Namun tidak sampai kemana
Kerana tiada restu keluarga

Bila janji sudah dicemari
Masing-masing bawa diri

 
Itulah janji
Sekadar penyedap hati

Lidah tak bertulang
namun tajam melebihi pedang

Lisan tak bertuan
Melakar perkataan dari setan

Suami buka cawangan
Isteri terima langganan
Apa jadi umat kita
Bertaubatlah sementara pintu masih terbuka


Tuesday, 15 March 2011

APA PENGAJARAN YANG KITA DAPAT DARI...

Apa pengajaran yang kita dapat dari..

(1) Tragedi 11 September menyaksikan bangunan World Trade Centre lambang ekonomi Amerika runtuh. Serangan keatas bangunan tersebut yang kononnya didalangi oleh rangkaian Al Qaeda yang mastermindnya Osama bin Laden seorang berugama islam dan begitu juga juruterbang kedua-dua pesawat yang meranapkan bangunan tersebut.

(2) Selepas kejadian tersebut Amerika dan beberapa negara Eropah menyerang Iraq dan Afghanistan atas alasan menghapuskan pengganas. Iraq dituduh menyimpan dan menyembunyikan senjata nuklear yang dibekalkan kepada pengganas manakala Afghanistan dicop sebagai negara pelatih dan pengeluar pengganas.

Impak runtuhnya bangunan WTC keatas ekonomi Amerika hanya sebesar tahi hidung. Hubungan kerjasama Israel dan Amerika lain dari yang lain. Israel amat takut dengan kebangkitan Islam lalu mengarahkan Amerika menghancurkan satu demi stau negara Islam. Jika Amerika enggan Israel akan membiarkan rakyat Amerika kebuluran. Dari segi ekonomi Amerika sebenarnya bergantung kepada Israel.

Fikirkanlah sehingga hari ini FBI tidak dapat mengesan Osama bin Laden manusia yang tidak ujud dan begitu juga senjata nuklear yang dikatakan disembunyikan di Iraq...mesej ialah hapuskan islam.

Apa yang kita boleh lakukan dengan yang ini.....


dan....



Terjemahan dari YouTube lebih kurang bermaksud..

Tajuk : Rupanya Umat Islam suka mee wantan dan pau besar.

" Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yang menjerit tak tentu fasal, macam orng nak order mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, nak kuih pau besar pula! "

Lagi penghinaan terhadap umat islam.

Monday, 14 March 2011

Otak bengang...pack..banyak benda nak fikir....refresh + happy2 dulu..!!!



Komen dipetik dari FB "We Love Labuan"  selepas lawatan PM ke Labuan.......26hb Februari 2011



Boganvila Bunga Kertas kemarin ada ke mcD mbwa anak2...melimpas tah dpn roundabout marlin basar(Airport) atu..senyum sendiri meliat air pancut2 tu..time ada PM mau ke labuan bukan main mcm2 ada...skrg ni habuk pun tiada...hehehe...


Cleopatra Ir atutah.. macam mana tah pm kan meliat apa yg kurangnya d labuan ani.. semua kana tapuk2.. bila VVIP sdh mulih cam biasa la.. balik mcm asal.. huhuhu dariiii dulu mcm miatu..

Staphenny Slr siapa nama MP utk LABUAN?? mcm mna dia jaga labuan woo?? sangat2 teruk! sampai kemudahan asas pun xboleh nak jaga haiyoo! ini macam ka W.P?? plz lah berubah..(^_^)v


Black Eagle Bro... MP LABUAN masih tidur belum bangun lagi,jadi aku rasa kalau dia bangun pun keadaan di W.P. Labuan masih juga sama tidak akan berubah,oleh itu saya harap penuduk di Labuan sekarang dapat berfikir,melihat,merasa dan membuat keputusan yang bijak untuk perubahan dari segi kmudahan asas,system,pentadbiran,kos harga barang keperluan,caj perlabuhan dan macam macam lagi masaalah penduduk penduduk W.P.Lbuan yang belum dapat di selesai kan oleh MP(BN).....

Mamu Hnr Mahal ba kalu mau bikin itu semua...hehehhee tapi kalu nak berlakon boleh saja.. yang sangat susah leh jadi senang.....

Ada orang cakap YB tak suka melawat Kampung Ganggarak...alasan.....? Entah. Yang aku  tau kalau  satu huruf  'g' (ditengah)  pada ejaan nama kampung itu dibuang ia akan jadi Kampung Gang arak.......oi !...itu kampung aku..!!!!!




Friday, 11 March 2011

TSUNAMI.........

Untuk tatapan kita bersama
Negara matahari terbit dilanda bencana
Tsunami kembali menyapa
Sentiasalah berwaspada


Sesama insan kita bermusuhan
Seugama kita bercakaran
Ini mungkin peringatan tuhan
Baik tamatkan segala pertelingkahan


Marilah kita seiring bersama
Tadahkan tangan sambil berdoa
Dijauhkan dari mala petaka
Hidup berkat aman bahagia





Thursday, 10 March 2011

JANGAN MENGELUH.....BILA ANAK-ANAK BUAT SILAP

Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya kepada ibubapa. Anak yang ujudnya dari air mani yang dijadikan segumpal darah kemudian dijadikan segumpal daging lalu dijadikan tulang yang disaluti oleh daging-daging dan akhirnya dijadikan satu makhluk iaitu manusia.
.Berbeza keadaannya dengan anak-anak yang dilahirkan terdahulu, ketika api guna minyak tanah dan air diangkut dari perigi, sikap 'yes sir' atas arahan ibubapa dan merasa bersalah apabila engkar, anak-anak kini lebih terbuka fikiran dan tidak segan silu untuk melakukan sesuatu yang kurang enak dipandang dan tidak sepatutnya dilakukan  oleh mereka dihadapan ibubapa dan halayak ramai. Kenapa terjadi demikian? Ada yang kata "Ala, nak buat camana ? Ini semua  pengaruh media elektronik dan internet". Pegi jual TV tu, tamatkan talian internet...sama juga macam setan perangai..entah lebih teruk.


Bercerita pasal anak, teringat  pesan-pesan arwah mak, anak sembilan orang baik-baik semuanya dan dia pernah cakap "Tuhan bekalkan susu ibu kenapa beli susu lembu". Katanya lagi bila kita panggil anak-anak diorang buat-buat tak dengar jangan tarik cuping telinga sebaliknya ajar mereka bersyukur keatas nikmat memiliki telinga, apa yang boleh dan tak boleh buat kalau tak ada telinga. Bila rasa tangan tu nak naik, cepat-cepat istigfar dan mohon ampun pada tuhan. "Ya Allah, ampunkanlah semua anggotaku, tutupkanlah api kemarahanku" Berdoa memohon sesuatu boleh buat bila-bila masa asal tempat yang bersih, yang penting niat dan keikhlasan.Tidak semestinya selepas sembahyang waktu sebab Allah itu maha mendengar. Sebagai ibu, sebelum memasak untuk keluarga dahulukan bismillah dan selawat keatas nabi, kalau tak buat macam tu nanti setan tuang kotoran dan najis dalam masakan kita tak nampak sebab ia makhluk halus. Bila anak-anak buat salah jangan mengeluh...cermin diri, tanya diri apakah apa yang anak aku buat ni aku pernah buat? Jangan mengata atau mengumpat anak orang nanti kena anak sendiri...... 


MENGUMPAT.....perkara yang susah untuk dielak.........


Pat pat anyam ketupat.....bila dah duduk rapat-rapat....tak ada keje lain selain mengumpat......











Wednesday, 9 March 2011

TAUBAT....TOBAT..........., MAKNANYA SAMA SAJA

Taubat atau tobat bermaksud memohon keampunan kehadrat Allah SWT, menyesal dan menginsafi atas segala dosa dan kesilapan yang telah dilakukan samada kecil atau besar,  berazam tidak akan mengulanginya. Memohon petunjuk dan hidayat agar kembali kejalan yang diredhai Allah.
Beberapa senario taubat….
(1)          Betul-betul taubat

Seorang hamba Allah yang juga seorang pesara Jabatan Kerajaan pernah bercerita ketika pertama kali menunaikan fardhu haji pada tahun 1986. Kejadian ini berlaku ditanah suci Makkah sebelum kerja-kerja wajib haji bermula. Setibanya di Makkah, setelah selesai urusan tempat penginapan dan urusan-urusan lain yang berkaitan, beliau berjalan-jalan disekitar kawasan berhampiran tempat penginapan.  Didalam hatinya dia berkata, “Ala..tak adalah besar sangat Makkah ni, lebih kurang besar Labuan saja.” Tidak sampai setengah jam dia sudah tidak nampak apa-apa melainkan kawasan padang pasir yang luas tanpa manusia dan khemah-khemah yang menempatkan bakal haji juga tidak kelihatan. Dia berjalan sambil cuba untuk kembali ketempat penginapan, namun semakin jauh dia berjalan semakin luas kawasan padang pasir itu  sehingga disatu tahap dia merasa terlalu letih lalu rebah. Diangkat kepalanya yang mula merasa sakit dan perlahan-lahan membuka matanya. Dia seolah-olah tidak percaya yang dihadapannya ialah tempat pesalah menjalani hukuman penggal  kepala.  “Ya, Allah”, terkeluar dari mulutnya dan pada saat itu juga dia terasa seolah-olah dibisikan ditelinganya, istigfar…istigfar. “Astagfirullah al-azim”  disebut berulang-ulang kali sehingga dia terlena, apabila terjaga dia telah berada ditempat pemginapan bersama-sama isteri dan bakal haji yang lain. Kini diusia awal lapan puluhan dia adalah diantara beberapa kaki surau yang sentiasa merendah diri.    

(2)          Taubat ulang-ulang


'Akibat cinta terlarang, mabuk..mabuk, kereta langgar tiang, lalu terjun longkang'. Bila dah masuk wad kaki tangan patah kena balut simen, nak garu pun susah, muka kena jahit sana sini, kereta remuk masuk woksyop, "mak, abah,  amin mintak ampun amin tak buat lagi, amin taubat amin tak buat lagi" . Orang tua mana yang tidak sayangkan anak, pasti orang tua akan menjawab dengan nada yang rendah dan lembut,  paling tidak pun "Bawa besabar nak", Tergamakkah seorang ayah berkata, "Tunggu kau pulih dulu nanti ayah belikan 10 crate 'Carlsberg'...atau 'tiger beer'. Masalahnya bila kereta dah dibaiki, pemandunya pun dah keluar dari wad sihat walafiat, buat kerja yang sama lagi, minum arak 'frust' konon......tunggu bala datang...taubat lagi 




(3)          Taubat...cakap saja..akibatnya


Bekas tentera laut yang usianya awal lima puluhan menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang awam. Ini mungkin disebabkan oleh pergaulan sesama mereka dan kebiasaan yang dilaluinya semasa  berkhidmat didalam tentera masih menghantui dirinya. Selain dari itu ada juga diantara mereka yang dikenali sebagai makhluk yang memiliki "wife at every port" Malam minggu mesti diisi dengan aktiviti 'let's rock baby' atau 'that's the way aha aha..I like it' . Kalau dulu isteri duduk kampung dengan bapa mertua sekarang sudah pencen kena bawa isteri dan anak-anak duduk rumah sendiri.  Pada mulanya bini  buat tak tau atau mungkin memang tak tau aktiviti suami maklumlah bila masuk waktu maghrib suami berebut mandi pakai baju melayu kain pelikat pakai kopiah naik kereta, kesuraulah tu menunaikan kewajipan....kemana lagi... tidak langsung menunjukkan sesuatu yang mencurigakan. Beberapa bulan duduk bersama suami, siisteri pun sudah mula berkenalan dengan jiran-jiran. Cerita sisuami kepusat hiburan sudah sampai ketelinga isteri. Pada satu malam minggu siisteri dengan bantuan seorang kawan telah mengekori suami, hah! tembelang suami sudah pecah. Entah kemana kain pelikat kopiah lebai dan baju malayu, sisuami memakai T-shirt dan seluar jeans bersama GRO bangsa Flipina sedang memasuki pusat hiburan. Siisteri kejar dari belakang, "abang balik, kalau tidak abang siap", sisuami cuba berdalih, mengambil sesuatu dari dalam beg tangan lalu menyemburkannya kemuka suami. Kedengaran sisuami seperti menahan sakit, " abang minta ampun yang , abang tak buat lagi, abang taubat tak buat lagi". Rasa kau serbuk lada hitam rupanya. Selepas kejadian tersebut sisuami duduk rumah dah taubat agaknya. Anak-anak pun dah besar panjang. Dalam pada itu perbelanjaan keluarga bertambah apatah lagi anak kedua telah diterima masuk ke IPTA. Untuk menambah pendapatan suami isteri memulakan perniagaan menjual kuih muih dan nasi lemak disebuah mini restoran, alhamdulillah berkat usaha bertambah rezeki mereka. Sisuami pun sudah ramai kawan dikalangan orang awam termasuk kontraktor kelas F. Atas dorongan mereka sisuami memohon lesen kontraktor kelas F, dia mendapat beberapa kontrak kerajaan selain jualan kuih yang masih diusahakan oleh isteri. Sekarang pendapatan lebih lumayan, rumah yang sedia ada sudah diubahsuai, sudah bawa BMW dan belajar main golf. Isteri disuruh duduk rumah, biarkan isteri rehat konon..Sisuami pun sudah pandai menggunakan beberapa istilah seperti 'entertainment', 'client', 'business meeting' dan bermacam-macam lagi istilah yang merujuk kepada keluar malam minggu dengan kawan-kawan. Peristiwa lama berulang lagi, sisuami lupa perkataan 'taubat' yang pernah diungkapkannya. Disebabkan beberapa peristiwa yang mengguris hati siisteri, mereka terpaksa berpisah.

(4)          Tobat –Wali Band


















Tuesday, 1 March 2011

PENGARUH MUZIK REMAJA KOREA........

         Hari berganti hari berganti minggu berganti bulan dan seterusnya berganti tahun begitu juga halnya dengan usia. Anak-anak seramai enam orang, tiga orang sudah bekerja, yang satu-satunya perempuan itu sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaraan Malaysia, seorang lagi ditingkatan lima dan sikecil Little Hidayat ditingkatan satu. Berbeza keadaannya jika dibandingkan dengan masa mereka masih kecil, selangkah keluar dari rumah semuanya hendak ikut sama tetapi kini mereka lebih suka duduk dirumah walau diajak keluar makan sekalipun. Melayari internet, menonton TV dan mendengar muzik adalah aktiviti hujung minggu mereka. Anak-anak sekaranglah katakan, susah nak cari anak yang pandai berbudi kepada tanah, paling tidak tanam serai sebatang atau batang ubi ada juga faedahnya daripada menyeksa mata depan HD, LCD dan semua yang ada D dihujungnya, menyeksa telinga dengar muzik sambil kepala angguk-angguk. 
        
          Pagi Ahad lepas sendirian dibandar, tujuannya ialah pergi tengok kain  baju melayu dan baju kurung untuk anak-anak. Sudah menjadi kebiasaan arwah mak, persediaan awal untuk hari raya dibuat  seawal tiga atau empat bulan sebelum bulan puasa kerana adik beradik ramai, gaji bapa ketika itu pun bukan besar sangat. Kebiasaan arwah mak  cuba dipraktikkan tahun ini, biasanya membeli-belah disaat akhir buat kepala pening. Jam 9 pagi sudah terasa panasnya, kedai tekstil yang pemiliknya sudah beberapa tahun dikenali adalah destinasi, tidak perlu buang masa. Masuk saja  dikedai, kedengaran lagu yang dimainkan berlainan sekali. Pengurus kedai keturunan India Muslim dari Kerala umur separuh abad sedang anguk-anguk geleng-geleng. Dulu muzik yang biasa kedengaran ialah lagu-lagu dari filim Hindi seperti Mann, Devdas dan Mohabatein dari buka kedai sampai tutup kedai lagu itulah diulang-ulang. Tapi sekarang kedai tekstil sudah main lagu "Mystery" yang dinyanyikan oleh Beast, sekumpulan remaja Korea.

          Lepas beli kain, terasa pedih perut dalam hati pekena teh tarik dan roti canai dulu sebab belum sarapan pagi. Roti di Restoran Mama's Kitchen boleh tahan juga jika dibandingkan dengan restoran India Muslim yang lain. Hari itu kawasan bandar sesak  dan restoran tersebut juga penuh. Ini mungkin disebabkan para pegawai dari Semenanjung yang terlibat dalam lawatan PM sempena penutupan Hari Wilayah serta pelawat dari Sabah dan Sarawak masih berada di Labuan. Sebagai pelanggan tetap, Salim nama pemilik restoran tersebut akan sedaya upaya menyediakan satu meja dan kerusi untuk sipelanggan tetap ini bersarapan.  Seperti pengurus Modern Bazaar, Salim juga memainkan lagu "Supa Love" yang dinyanyikan kumpulan lain remaja Korea. Menjawab pertanyaan mengenai trend muzik direstorannya, Salim menjawab"Ini muzik baguslah kaka, kita goyang sikit badan, macam exercise juga, kita pun nampak muda juga". Oh! macam tu kah, dengar lagu remaja Korea, goyangkan badan dan nampak muda.

           "If" and "only if"  Little Hidayat dan kawan-kawan boleh hafal membaca Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Emran seperti menyanyi lagu-lagu Korea yang langsung tak tahu makna, alangkah baiknya.......