Apabila mendapati seseorang itu
dalam keadaan nazak, adalah perlu jika ada hamba Allah lain yang berada
disisinya seperti ahli keluarga. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah
syuhadah iaitu :“Ash-hadu allah illaha illallah”... dibisikkan ditelinganya dan
hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Sunat membaca Al-Quran atau Surah
Yasin ketika itu. Hamba Allah yang nazak itu hendaklah ditelentangkan menghala
kekiblat (kakinya arah kekiblat) dan qiam tangannya.
Apabila seseorang telah disahkan matinya, maka orang yang
hidup hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:-
1. Diucapkan
"Inna lillahi wainna ilaihi raaji
un"
2. Rapatkan
kedua belah matanya.sambil menyebut kebaikan serta mendoakannya agar mendapat
keampunan oleh Allah atas dosa-dosanya.
Sabda Rasulullah SAW
"Bila kamu menghadapi orang mati hendaklah kamu menutup
matanya kerana sesungguhnya
mata itu mengikutkan roh. Dan hendaklah kamu mengucapkan kata-kata yang baik
yakni mendoakan yang baik maka sesungguhnya ia dipercayai menurut apa yang
diucapkan oleh ahli mayat" Diriwayatkan drp Syaddad bin Aus.
3. Tanggalkan
pakaiannya dan jika terdapat najis bersihkan, ditutupkan seluruh badannya
dengan kain sebagai
menghormatinya dan agar tidak kelihatan auratnya
"Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika
baginda wafat ditutup dengan kain"
Diriwayatkan drp Aisyah ra.
Diriwayatkan drp Aisyah ra.
4. Rapatkan
mulutnya, ikatkan dagunya dan simpul ikatan diatas ubun-ubunnya agar mulut
tidak ternganga.
5. Luruskan
kakinya.
6. Ikatkan kedua belah ibu jari kakinya agar
kakinya terletak rapat.
7. Jika perlu letakkan sesuatu diatas perutnya
sebagai penindih agar tidak mengembung
Perkara yang perlu, boleh dan tidak patut dilakukan oleh ahli keluarga simati:
1. Menyegarakan membayar hutang yang
ditinggalkan oleh simati jika berkemampuan, jika tidak mampu maka
terserahlah kepada Allah SWT yang maha pengasih dan penyayang menimbang berdasarkan
tujuan simati berhutang,
Sabda Rasulullah
SAW
“Hutang itu ada dua jenis. Barang siapa yang mati meninggalkan hutang,
sedang ia berniat untuk mati meninggalkan hutang, maka aku yang
mengendalikannya, dan barang siapa mati, sedangkan dia tidak berniat untuk
membayarnya, maka pembayaranya akan diambilkan dari amal kebajikannya, kerana
diwaktu itu tiada emas dan perak untuk membayarnya”
Diriwayatkan drp
Ibnu Umar ra
2. Perbuatan
mencium jenazah tidak menjejaskan kesucian agama Islam dan tidak pula bercanggah dengan hukum Syarak.
Sabda Rasulullah SAW
"Rasulullah
telah mencium mayat sahabatnya Osman bin Muaz’un dimana air mata baginda
kelihatan mengalir di mukanya (membasahi pipinya)” Diriwayatkan drp Aisyah ra)
3. Menangis kerana sedih tatkala kematian adalah
lumrah dalam kehidupan manusia. Rasululla SAW
menitiskan airmata ketika isteri baginda Khadijah binti Khuwailid kembali
kerahmatullah begitu
juga semasa kemangkatan Nabi Ibrahim as.
Sabda Rasulullah SAW
“Air mata mengalir dan hati ku dukacita. Dan tidak sesuatu yang ku
sebutkan selain daripada yang disukai Allah. Sesungguhnya aku merasa dukacita
dengan pemergian engkau Ya Ibrahim”
4. Meratap,
meraung, menjerit-jerit, mengoyak pakaian, memecahkan kaca,menampar muka menepuk dada sambil menyebut nama dan jasa
simati adalah dilarang. Perbuatan ini adalah haram
dan tidak boleh dilakukan kerana ini adalah perbuatn dizaman jahiliah.
Sabda Rasulullah SAW
“Bukan gulungan kami orang yang meratap memuku-mukul pipinya dan
mengoyak-ngoyak baju serta menjerit-jerit seperti jeritan orang-orang jahiliah”
Sabda Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW
"Aku berlepas tangan terhadap orang yang menjerit-jerit dan orang yang
menarik-narik rambut dan orang yang mengoyak-ngoyak pakaian . Bukan sahaja
haram dan berdosa tetapi juga akan menambahkan siksa mayat yang berada di dalam
kubur
Sabda Rasulullah SAW
“Mayat itu akan
disiksa di dalam kuburnya kerana ratapan terhadapnya”
bersambung......../3