haniksam

haniksam

Tuesday 11 October 2011

Bila hati digoda syaitan...

Dimanakah rasa kasihan seorang bapa terhadap anaknya? Anak yang baru berusia 23 hari berada dalam keadaan kritikal setelah diliwat oleh bapanya sendiri. Jika diimbas kembali kejadian yang sama berlaku sekitar bulan Februari tahun  lalu melibatkan bayi berusia lima bulan.Jenis manusia apakah mereka ini yang sanggup melakukan perbuatan keji begitu rupa? Boleh dikatakan setiap hari kita dijamu oleh berita yang mengaitkan dengan perlakuan yang tidak berperikemanusiaan seperti liwat dan rogol dan seterusnya kegiatan jenayah yang melibatkan pembunuhan? Inilah akibatnya bila hati telah digoda syaitan.




 Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

- "Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). Iblis berkata: Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur." (7:14-17)

- "Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya." (15:39)
Dua dalil di atas menjelaskan kepada kita bahawa Syaitan adalah musuh  utama kita,  ia akan sentiasa berusaha menghasut anak Adam agar membuat maksiat dan dosa lantas melupakan Tuhan yang menguasai hari pembalasan (hari kiamat).
SYAITAN dan iblis suka berkawan dengan orang-orang kaya yang sombong, peminum arak, hakim yang tidak adil, peniaga yang tidak jujur, orang yang tidak membayar zakat, orang yang meringankan solat, orang yang makan harta anak yatim, orang yang beramal kerana nama, orang yang penghasut dan pendengki serta orang yang membuang masa dan melakukan perbuatan sia-sia....manakala

SYAITAN  benci  kepada orang-orang yang taat kepada Allah Taala. Ada beberapa jenis senjata untuk melawan syaitan, iaitu membaca Bismillah, banyak berzikir, beristighfar, membaca "la ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin", membaca ayat Kursi, membaca doa pagi dan petang, bersugi dan gosok gigi, solat berjemaah, berwuduk sebelum tidur, menutup aurat, membaca doa masuk tandas, banyak berselawat kepada nabi, bertaubat banyak-banyak dan banyak membaca al-Quran. Rumah yang tidak dimasuki iblis ialah rumah yang penghuninya saling bermaafan, dalam keadaan berzikir, selalu menjauhi dosa, merendah diri kepada Allah, soleh dan solehah, berbakti kepada ibu bapa, berwuduk dan bersolat serta sentiasa membaca al-Quran.

Kehidupan mana yang kita pilih, hidup dalam keberkatan dan keredhaan atau dalam kekufuran?

No comments:

Post a Comment