haniksam

haniksam

Tuesday 9 August 2011

KAMI DIBERI 'BIBLE' VERSI BAHASA MELAYU.....


Kejadian dimana pentadbiran sebuah gereja menyediakan juadah berbuka puasa untuk beberapa orang umat Islam dan pada masa yang sama mengagihkan 'bible' yang dicetak didalam bahasa Melayu harus tidak dipandang sepi oleh umat Islam. Sedang mereka dengan agenda mereka iaitu 'mengkristiankan' umat Islam, kita pula sebagai umat Islam melakukan sesuatu yang mendorong kepada salahlaku aqidah. Leka dengan hiburan, berlumba-lumba mencari harta dunia, berangan menjadi pemimpin dan menggunakan jalan pintas untuk dikenali sebagai ulamak adalah perbuatan yang boleh memesongkan aqidah.

Banyak persoalan yang terlintas difikiran saya mengenai sekumpulan 12 orang umat Islam itu. Misalnya kategori pendapatan keluarga, samada kaya, sederhana atau miskin. Bagaimana pula dengan aqidahnya. Ketaqwaan mereka kepada Allah SWT mentaati suruhan dan meninggalkan larangannya. Jika mereka ini terdiri dari golongan yang miskin sehingga tidak mampu untuk mendapatkan makanan, tidakkah kita ada pertubuhan atau persatuan amal yang boleh membantu. Bukankah kita buat kutipan zakat setiap tahun yang dikatakan mencapai jumlah jutaan ringgit? Bukankah wang itu yang patut digunakan untuk membantu golongan yang susah atau kurang mampu?



No comments:

Post a Comment