haniksam

haniksam

Monday, 29 April 2013

BN BAKAL KECUNDANG DI LABUAN?

Komitmen bertindih menyebabkan blog aku tidak dikemaskini sekian lama. Walaubagaimanapun itu tidak bermakna aku tidak ambil pusing mengenai apa yang berlaku disekelilingku. Lebih-lebih lagi pilihan raya menjelang tiba sekitar kurang dari seminggu. Sebagai rakyat aku juga ingin tau siapa calon-calon bertanding dikawasanku P166. Sememangnya secara peribadi kedua-dua calon aku tidak mengenali mereka. Berbeza dengan ketiga-tiga YB sebelum ini, mereka adalah kawan ketika sama-sama belajar mengaji Al-Qur'an, seorang lagi kawan sekelas dan yang satu lagi kawan sama-sama ketika di IPTA. Dengar cerita calon-calon yang bakal bertanding bukan calang-calang orangnya, belajar diluar negara.

Mulanya aku berfikiran bahawa siapa pun wakil Parlimen di Labuan ni rasanya sikap mereka lebih kurang, kurang lebih saja. Ini mungkin disebabkan hubungan masyarakat di Labuan ini sedikit unik dan lebih kepada hubungan persaudaraan.  Tekaanku kali ini tergelincir dan tidak tepat. Apa yangku dengar dan lihat tidak jauh dengan apa yang ada  DISINI .


Friday, 22 March 2013

ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN....."SAYA TUAN"

Anggota Keselamatan terutama mereka yang kategorinya lain-lain pangkat seperti koperal, lans koperal atau prebet apabila ditegur atau diberi arahan akan menjawab "Saya, Tuan".  Jika diterjemah kedalam Bahasa Inggeris maksudnya lebih kurang "Yes, Sir". Kata seorang pesara tentera pangkat koperal, bila kata "Saya, Tuan" bermakna sebagai anggota bawahan terpaksa akur dengan arahan pegawai atasan kerana risiko atau apa jua  implikasi daripada arahan yang diberi adalah tanggungjawab yang bakal digalas oleh pegawai atasan tersebut. Apabila ditanya mengenai istilah 'kambing hitam' yang dilakukan oleh segelintir pegawai atasan kepada anggota lain-lain pangkat demi menutup kesalahan atau kesilapan yang mereka lakukan, beliau hanya senyum dan menggelengkan kepala.

Apabila insiden pencerobohan di Lahad Datu berada ditahap kritikal,  tertanya dibenak hati kisah sebenar yang berlaku keatas anggota keselamatan negara. Berdasarkan pembacaan dibeberapa blog, kisah di Lahad Datu dituliskan berdasarkan sumber yang kurang pasti kesahihannya dan mengikut versi masing-masing begitu juga berita yang disiar dimedia elektronik dan cetak hinggakan kadang-kadang tidak masuk akal.



Berdasarkan kenyataan Nazri tahun lepas, warga asing tidak menggugat keselamatan. Selepas pencerobohan  Hishamuddin kata hasil dari perisikan kumpulan asing bersenjata api bukan pengganas dan dirujuk sebagai 'penceroboh'. Tidak lama kemudian istilah rujukan ditukar menjadi 'pengganas'. Kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua menteri menunjukkan mereka ini walaupun berpendidikan tinggi tetapi tidaklah sepintar mana. Apa yang mereka fikir ialah rakyat Sabah senang diperkotak-katikan, boleh kata "Yes, Sir" dan ikut cakap mereka. Hishamuddin sepatutnya meneliti hasil risikan dan berfikir panjang sebelum membuat kenyataan kerana selangkah kesilapan yang dilakukan oleh risikan boleh membawa padah dan mungkin menyebabkan nyawa anggota keselamatan terancam. Ada kemungkinan jumlah kematian dikalangan anggota  keselamatan lebih tinggi   tetapi tidak didedahkan.  


Yang ini ialah menteri yang kata askar-askar pengganas adalah terdiri dari mereka yang terlatih, kenyataan yang boleh memudarkan semangat anggota keselamatan kemudian dia pusing cakap dan buat kenyataan lain yang menyebut "jangan perlekeh keupayaan pasukan keselamatan". Adakah kenyataan menteri ini juga hasil risikan yang dilakukan oleh pasukan risik Kementerian Pertahanan.




Saturday, 2 March 2013

KENAPA BUKAN TENTERA?

Kenapa bukan tentera? Penjelasan dibawah ini ada logiknya. 


Kenapa pencerobohan sempadan berlaku?
      
Mereka masuk sedikit demi sedikit menggunakan bot pancung yang mana kawasan sempadan perairan tidak jelas dan agak kabur.  Berdasarkan sejarah penduduk dipersekitaran Lahad Datu dan Semporna mempunyai pertalian dengan beberapa etnik atau suku kaum di Selatan Filipina. Laluan yang digunakan adalah laluan tradisi yang digunakan oleh mereka untuk berulang alik. Tambah lagi kawasan terlibat adalah kawasan yang luas.  

Kenapa polis dan tidak tentera?

(1)  Jika kita menggunakan tentera dahulu bermakna kita  mengisytiharkan              perang dengan        Sultan Sulu

(2)  Secara langsung kita mengiktiraf Sultan Sulu sebagai sebuah kerajaan
       yang sah
      
(3)  Sekiranya ini berlaku ia tertakluk kepada konvensyen   Geneva dan                    melibatkan beberapa protokol antarabangsa                                  

    
Menggunakan khidmat polis dahulu,ini bermakna;

(1)  Kita menganggap mereka sebagai penjenayah dan    penceroboh dan bukan        combatant perang

(2)  Polis akan menangkap dan menahan (polis menggunakan istilah                        ‘menahan manakala tentera menggunakan istilah ‘menawan’. Kedua-dua
       istilah mempunyai maksud yang berbeza)

(3)  Dengan menjadikan mereka sebagai tahanan penjenayah,   pertuduhan             boleh dilakukan di Mahkamah Awam

(4)   Lebih mudah diekstradisi ke Filipina

Walaubagaimanapun, sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal bolehlah diisytihar kawasan darurat setempat (Local Area Emergency). Pengisytiharan darurat hanya untuk kawasan terlibat sahaja atau dalam isu Lahad Datu mungkin hanya kawasan pencerobohan sahaja.


Sunday, 24 February 2013

PENERIMA BR1M DIPAKSA BERSUMPAH.....

Aku memang tak layak menerima BR1M. Walaubagaimanapun sekiranya aku layak aku akan menolak jika aku dipaksa bersumpah seperti didalam klip video dibawah. Aku pun tak tau dari mana sumber kewangan BR1M, kalaulah ianya hasil dari pembayaran segala cukai yang dibayar oleh rakyat  kepada kerajaan, aku rasa  penerima BR1M tidak perlu bersumpah. Kerja gila apakah yang wanita dalam video tu lakukan? 


Thursday, 21 February 2013

MALAM JUMAAT....




Nak baca surah Yassin tak semestinya malam Jumaat saja...


Surah Al-Kahfi


Malam Jumaat malam Kliwon......

Wednesday, 20 February 2013

"THEY WON'T LEAVE" ...DIDN'T I SAY SO?

Sekitar Oktober tahun lepas, Nazri Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah berkata  pendatang asing tak gugat keselamatan di Sabah. Nampak sangat dia tak ada pengetahuan mengenai isu pendatang asing.  Disana sini 2 minggu lepas sumber berita media cetak dan elektronik mengeluarkan kenyataan yang Kementerian Dalam Negeri akan menyelesaikan isu pencerobohan pekan Lahad Datu dengan cara rundingan. Beberapa hari selepas itu ada pula kenyataan lain, KDN bukan mengadakan rundingan tetapi perbincangan pengusiran. Entah mana satu berita yang sahih. Lidah tak bertulang, apa pun boleh cakap. Jangan asyik nak sedapkan hati rakyat padahal keselamatan belum tentu terjamin.

Champion jugalah penceroboh ni, menyusup masuk menjelang pilihanraya umum ke 13, entah-entah diorang ni dah bertahun buat research...orang kita dok tidoq lagi, ada yang leka layan Oppa Gangnam Style....ehm..!  Dalam pada itu, kita kena buka minda kita dan fikir sejenak...mungkinkah pencerobohan ini 'Ada Udang Disebalik Batu'. Manalah tau ada pihak yang terdesak... 

BACA NI...LAGI HOT

Monday, 18 February 2013

KITA ADA ITU DAN INI TAPI ......

Bot peronda 'GAGAH' milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia

Scorpene milik Tentera Laut DiRaja Malaysia

Fast Troop Vessel (FTV) milik Tentera Laut DiRaja Malaysia

Canggih kan ?....... tapi kenapa perairan negara masih boleh diceroboh sewenang-wenangnya?

Mana mungkin mereka ini masuk ke Lahad Datu berenang atau menaiki kapal terbang dari Selatan Filipina...

Jangan pandang ringan..... ini bukan perkara remeh-temeh. Dianggarkan 100 orang, entah yang sudah masuk lebih awal kita tak tau, usir 100 datang 200...





Thursday, 31 January 2013

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI...BERCAKAPLAH BILA PERLU ....


Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu ialah melakukan dosa-dosa besar termasuklah memaki hamun dan membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin
.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, Rasulullah   bersabda:

 “Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka Allah akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka Allah akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

Tuesday, 22 January 2013

WANITA YANG INGIN MENUNAIKAN UMRAH, ARAHAN TERBARU KERAJAAN ARAB SAUDI

Assalamualaikum,
Seorang rakan terpaksa membatalkan pemergian menunaikan umrah disaat akhir  kerana visa perjalanan tidak diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi walaupun bayaran kepada agensi yang mengendalikan Umrah & Haji telah dibuat tahun lepas. Dia sepatutnya berlepas pada 20hb Januari 2013. Saya memujuknya, "pasti ada himah disebalik semua ini". Dia mengangguk tapi air mata bercucuran dipipi.
 
Pembatalan adalah disebabkkan arahan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi yang tidak membenarkan lagi 'tumpang mahram' bagi wanita bujang yang berusia 45 tahun kebawah berkuatkuasa tahun ini (2013). Wanita hendaklah bersama mahram sebenar iaitu suami, ayah, saudara lelaki yang berumur 18 tahun keatas atau datuk.

Sekiranya anak saudara perempuan bermahramkan ayah saudara sebelah ayah dengan syarat isteri ayah saudaranya mengikut sekali adalah dibenarkan, cucu bermahramkan datuk sebelah ayah atau ibu juga dibenarkan tertakluk kepada pengesahan dokumen seperti sijil lahir anak saudara perempuan, ayah serta ayah saudara, cucu dan datuk yang membuktikan mereka mempunyai pertalian saudara.
 
Bagi lelaki yang berusia 18 tahun kebawah, ia memerlukan mahram yang sah iaitu datuk, ayah atau abang yang telah berusia 18 tahun keatas.
 
Mahram yang tidak dibenarkan:
 
  • Anak saudara perempuan yang bermarhamkan ayah saudara sebelah ibu.
  • Ibu saudara bermahramkan anak saudaranya.
 

Friday, 18 January 2013

THIS IS NOT "LISTEN, LISTEN, LISTEN ......", THIS IS "JUST LISTEN".....

Forum yang dianjurkan oleh SW1M atau Suara Wanita 1 Malaysia mengundang reaksi pelbagai dari masyarakat Malaysia setelah menonton klip You Tube 'Listen, Listen, Listen-Sharifah Zohra vs Bawani'. Ada yang kata, 'view' bagi klip tersebut boleh mengatasi jumlah 'view' Oppa Gangnam Style begitu juga dengan klik 'Like'. Mungkin disebabkan kucing, anjing, burung dan jerung pun klik 'like' juga.
 
 
Apa pula cerita dengan yang ini,  klik "JUST LISTEN" untuk renungan hari Jumaat...
 
 
 
 
 

Thursday, 10 January 2013

BERAS NASIONAL.....

Minggu pertama tahun 2013 tidak kedengaran keluhan dan rintihan dan seolah-olah minggu yang baik apabila ia dikaitkan dengan bekalan barang runcit atau bekalan keperluan harian. Aku tidak pasti jika barang keperluan harian di Labuan akan diturunkan harga memandangkan kos pengangkutan bagi kenderaan komersial dari Menumbuk ke Labuan telah diturunkan sebanyak 50 % bermula 1hb Januari 2013. Semalam cerita berubah, beberapa orang penduduk Labuan merungut mengatakan beras nasional subsidi kerajaan  berharga RM18 yang dipekkan  setiap 10 kg beras sukar didapati dikedai biasa, supermarket dan kedai runcit. Berdasarkan risik seorang kawan, rupa-rupanya masalah yang sama juga berlaku dibeberapa kawasan di Sabah, kalau ada pun kuantiti terhad dan harganya sudah naik sebanyak RM1.50 kononnya tambahan tersebut adalah tambahan kos pengangkutan menjadikannya RM19.50 sepek.
 
Semasa minum2 tadi dgn staf lama..dia sempat menyentuh mengenai Beras Nasional..katanya sekarag ni susah mau dapat beras ni. Kalau ada pun, harga yg dpt ialah RM19.50. Biasanya RM18.00. Saya tanya, kenapa naik RM1.50? Menurut kedai runcit tu (biasanya di kampung2), RM1.50 ialah kos pengangkutan. Katanya lagi, memang sukar juga mau dapat sebab banyak pengusaha restoran yang beli beras ni (Dia ni seorang pemandu)..Rasanya mau kena jalan-jalan cari Beras Nasional ni tau..mau tengok dengan mata sendiri..:)
 
Bulan lepas pergi kepejabat Jabatan Tenaga Kerja atas urusan kerja, aku diingatkan mengenai perlaksanaan gaji minima yang berkuatkuasa mulai  bulan ini. Cuba fikir bagaimana kehidupan rakyat boleh menjadi lebih baik walaupun pemantauan gaji atau upah dilakukan oleh pihak berkuasa yang berkaitan tetapi  kenaikan harga barangan keperluan harian langsung tidak diambilkira.
 
 
 

 
 
 

Wednesday, 9 January 2013

KEBANGKITAN ?

Aku terima teks SMS dari seorang sahabat lama. Kandungan teks berbunyi begini, " Salam,  Sabtu ini kami ke jln raya lagi kebangkitan rakyat yang tidak boleh dibendong lagi. Doakan kami selamat".

Aku jawap teks tersebut dan kata macam ni, " Kalau kebangkitan menegakkan syiar Islam aku sokong, tapi kalau sokong parti politik kena fikir baik-baik, zaman sudah berubah seiring teknologi, lebih baik serang media massa yang menyebar fitnah dan ideologi yang menyekutu Allah SWT, wassalam".

Kalau di Labuan, hari Sabtu ni tidak perlulah turun ramai-ramai dijalan raya, kita turun ramai-ramai pergi pasar tani sajalah. Cukuplah dari hari Isnin hingga Jumaat pergi kerja balik kerja lalulintas sesak. Kalau yang pakai kereta 'auto gear' tidak jadi masalah, kita kenalah prihatin dengan yang pakai kereta 'manual' usia kereta pun sudah melebihi 10 tahun, rasa nak tecabut kepala lutut...