Sekitar Oktober tahun lepas, Nazri Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah berkata pendatang asing tak gugat keselamatan di Sabah. Nampak sangat dia tak ada pengetahuan mengenai isu pendatang asing. Disana sini 2 minggu lepas sumber berita media cetak dan elektronik mengeluarkan kenyataan yang Kementerian Dalam Negeri akan menyelesaikan isu pencerobohan pekan Lahad Datu dengan cara rundingan. Beberapa hari selepas itu ada pula kenyataan lain, KDN bukan mengadakan rundingan tetapi perbincangan pengusiran. Entah mana satu berita yang sahih. Lidah tak bertulang, apa pun boleh cakap. Jangan asyik nak sedapkan hati rakyat padahal keselamatan belum tentu terjamin.
Champion jugalah penceroboh ni, menyusup masuk menjelang pilihanraya umum ke 13, entah-entah diorang ni dah bertahun buat research...orang kita dok tidoq lagi, ada yang leka layan Oppa Gangnam Style....ehm..! Dalam pada itu, kita kena buka minda kita dan fikir sejenak...mungkinkah pencerobohan ini 'Ada Udang Disebalik Batu'. Manalah tau ada pihak yang terdesak...
BACA NI...LAGI HOT
No comments:
Post a Comment