haniksam

haniksam

Sunday 29 May 2011

Selamat Menyambut Pesta Menuai...Kotobian Tadau Tagazo Do Ka'amatan



 Kotobian Tadau Tagazo Do Ka'amatan to all  kadazan/dusun  in Malaysia... on 30th and 31st May


  




Yahoo!...holi ..holiday...aramaiti..!!!!!!!

Saturday 28 May 2011

OKLAH KALAU BEGITU...........

Sekiranya rakyat didalam sebuah pemerintahan atau negara hanya boleh berkata, "Oklah kalau begitu". Tidak merasa teraniya dan tertindas, tidak ada anti dan pro, tidak ada perasaan iri hati, cemburu dan hasad dengki, semuanya ok ..ok saja pasti negara itu tidak akan ada pertelingkahan. Tetapi itu tidak mungkin terjadi kerana manusia dilahirkan dengan perasaan . Samada perasaan dikawal oleh iman atau nafsu, terpulang kepada diri sendiri.   




OKLAH KALAU BEGITU....


Thursday 26 May 2011

ZIKIR TAUBAT



Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah
Tuhan sekalian makhluk
Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah
daripada segala dosa
Tuhanku, tambahlah akan daku ilmu yang bermanafaat
Dan terimalah amalan ibadat ku
Berilah kepadaku razeki yang luas
Dan terimalah taubatku taubat nasuha

WANG KERTAS RM20 DIPERKENAL SEMULA SELEPAS 16 TAHUN...

Bank Negara akan memperkenalkan semula nota wang kertas RM20 selepas 16 tahun. Nota wang kertas tersebut telah diperkenalkan pada tahun 1982 pada  siri kedua dan dihentikan pengeluarannya pada tahun 1995. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

Pengenalan semula nota wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai denominasi perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada pengguna dalam membuat pembayaran.

Rekaannya menunjukkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media semalam, BNM mengumumkan reka bentuk mata wang itu dilakukan secara berkala dalam tempoh 12 tahun membabitkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100, manakala wang kertas RM50 yang berada di pasaran adalah yang terkini sempena ulang tahun ke-50 Kemerdekaan Malaysia sejak Disember  2007. Turut direkabentuk ialah duit syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Rekabentuk wang kertas siri keempat ini mengandungi ciri keselamatan lebih canggih, sejajar dengan kemajuan teknologi terkini.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap mata wang baru ini, BNM akan mengeluarkan duit syiling peringatan siri ketiga dan mempamerkan rekabentuk wang kertas siri baru pada suku ketiga 2011, tidak lama lagi.


Wednesday 25 May 2011

SPEKULASI KENAIKAN HARGA MINYAK PETROL RON95......

Spekulasi kenaikan harga minyak petrol RON95 sejak minggu lepas atas alasan bahawa kerajaan ingin mengurangkan subsidi keatas  minyak petrol dan disel  masih lagi diperkatakan . Ada yang membuat andaian itu dan ini dan tidak kurang pula menganggapnya sebagai gurauan PRU13. Yang pasti apabila kenaikan harga minyak petrol RON 95 berlaku,  rakyat di Wilayah Persekutuan Labuan adalah diantara kumpulan yang  teruk terjejas.   Mana tidaknya, bekalan bahan mentah yang 80-90 peratus bergantung kepada bekalan  dari Sabah menyebabkan  rakyat  di W.P.Labuan terpaksa membayar kenaikan harga yang tinggi dan kadang-kadang  hingga seratus peratus daripada harga barangan di Sabah lebih-lebih lagi barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi (high demand products). Alasannya sudah tentu kos pengangkutan yang kita sendiri di Labuan tidak boleh mempertikaikannya.  Para pemimpin negara sering mengatakan dalam ucapan mereka bahawa wang dari pemotongan subsidi minyak ini akan digunakan untuk pelbagai projek yang akan menguntungkan rakyat dalam jangkamasa panjang. Adakah kita nampak projek mega di W.P.Labuan yang menelan belanja berbilion ringgit? Mungkin saya tak nampak sebab saya menggunakan kanta.
Timbalan Perdana Menteri membuat pengumuman mengenai akan berlaku kenaikan harga pelbagai produk , baca di  The Star , disebabkan oleh perubahan cuaca global ( "....... caused by changes in the global climate"). Jika kita baca berulang kali, kita tentu faham bahawa bahasa berlapik yang digunakan dalam pengumuman beliau adalah merujuk kepada kenaikan harga minyak petrol dan disel.
Rakyat dinasihatkan agar mengubah cara hidup. Cara yang macamana? Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam disatukan menjadi 3 in 1? Sarapan pagi dan makan malam minum air saja manakala makan tengahari dibuat jam 3 petang. Jadi waktu makan tengahari pejabat ialah diantara jam 3 - 4 petang. Selain daripada itu rakyat juga disarankan untuk menambah bekalan makanan sendiri. Bagaimana caranya? Tanam padi di Labuan? Inilah masalahnya dengan setengah pemimpin kita,  Allah SWT telah melatakkan otak  pada anggota yang paling atas  tubuh badan kita tetapi ada pula yang memandai-mandai meletakkannya dikepala lutut..............Tuhan bagi otak untuk pikiaq....


Pirate : "From now on you will only
               have one meal a day, do you understand?"    
Kulup:   "Are you out of your mind? I was the one who
                made you become the boss, and now
                you betray me?"

Saturday 21 May 2011

MENITI HARI SENJA.......


Ketika langkah kian perlahan
Ketika jiwa dihantui kesalan
Ketika penglihatan kian kelam
Oh! rupanya hari sudah malam..

Baru teringat surah Al-fatihah
Penghulu segala surah
Baru teringat ibu dan ayah
Imam masjid dan ustazah

Kalau takdir ku dilahir semula
Ingin ku ikut jejak mereka
Tapi aku tiada upaya 
Mereka sudah tiada

Aku duduk menyendiri
Sambil menggenggam jari
Nikmat dunia yang pernah ku lalui
Pinjaman sementara dari Illahi

Disatu hari
Aku pasti disuruh pergi
Dari tanah aku jadi 
Pada tanah aku kembali

Dalam meniti hari senja
Melalui saki baki hidup didunia 
Aku nekad akan taubat nasuha
Semoga dosa diampunkan Allah Subhanahwa Taala...amin 


Monday 16 May 2011

I MISS YOU MY DEAREST DAUGHTER


I went to your bedroom, you weren't there..
I miss you already only hours after you have left....

Friends asked me to look at your picture and listen to your music just to feel that I'm with you and try to forget the distance and capture you.. 



But I think I don't have to go that far ... I just have to look inside my heart  and I know I'll find you there.....

I love you dear....

Saturday 14 May 2011

Simbah asid.....apa motif sebenarnya?


Berita simbah asid yang berlaku disekitar bandaraya Kuala Lumpur dan dalam semua kes ia berlaku ditempat awam amat menakutkan kaum wanita.  Ketika pihak polis mengumumkan  telah mengenalpasti identiti suspek yang mengumpul mangsa seramai 22 orang itu, satu lagi kejadian yang sama berlaku melibatkan seorang anak anggota polis berusia awal 30an ketika berhenti ditepi jalan dan membuka tingkap keretanya telah disimbah asid oleh seorang penunggang motosikal. Kesemua mangsa adalah terdiri dari wanita yang memakai tudung.



Gambar diatas ialah iras wajah suspek
(Muka nampak macam budak baik)

Walaubagaimanapun cecair yang digunakan bukanlah asid pekat kerana mangsa simbahan hanya merasa gatal dan tidak melecuh.

Kenapa dia berbuat demikian dan apa motifnya? Bila sesuatu kejadian berlaku pasti ada sebabnya. Yang terlintas difikiran ialah  tekanan dari segi fizikal dan mental dan dendam. Atau mungkin juga dia budak suruhan pihak-pihak tertentu dan sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan wang.

Soalannya kenapa mangsa adalah terdiri dari wanita- wanita yang bertudung?  Isu berkaitan ugama kah? Cinta terlarangkah?

Semoga selepas ini tidak ada lagi mangsa seterusnya…………………


PLKN....Program Latihan Khidmat Negara

Latihan Khidmat Negara adalah satu program yang mempunyai matlamat untuk mengukuhkan semangat jati diri pelatih yang terdiri dari lepasan SPM yang terpilih. Saya difahamkan bahawa struktur latihan  20:40:40 bermaksud 20 % dari keseluruhan program adalah latihan asas ketenteraan, 40% elemen kenegaraan iaitu memupuk semangat patriotik meliputi kedaulatan negara, ancaman keselamatan dan sejarah negara manakala selebihnya ialah latihan khidmat masyarakat. Pelajar yang terpilih sepatutnya tidak melepaskan peluang ini. Cuba bayangkan daripada ratusan lepasan pelajar SPM di Labuan, kurang dari 60 pelajar yang terpilih untuk mengikuti latihan sesi II ini.

Tapi satu yang saya musykil ialah mengenai pemeriksaan kesihatan yang patut dibuat oleh bakal pelatih sebelum mendaftar diri dikem pusat latihan. Anak saya yang dipanggil untuk mengikuti program latihan sesi kedua tahun ini telah menerima surat tawaran. Selain borang peribadi yang perlu diisi untuk persediaan pendaftaran terdapat satu borang pemeriksaan kesihatan. Bakal pelatih dimestikan menjalani pemeriksaan perubatan yang boleh dibuat dihospital tentera atau awam. Awal pagi pergi ke  Hospital Awam dia disuruh balik dan datang semula jam 2 petang, jururawat bertugas mengatakan pemeriksaan  perubatan untuk PLKN diadakan disebelah petang. Sebelah petang datang lagi,  penolong pegawai perubatan kata jika tidak demam, muntah dan sakit sendi tidak perlu pemeriksaan. Jadi borang pemeriksaan kesihatan tu untuk apa?

Blog dah OK balik....

Blogspot.com kena serang sejak malam 12hb Mei 2011, sekarang dah OK, lega..

Wednesday 11 May 2011

Bukankah Datin Seri Wan Azizah itu juga seorang wanita yang dilahirkan dengan perasaan?

Caller ringtone lagu 'Dreamer' oleh Ozzy Osborne mengejutkan saya dari lamunan. Kedengaran suara, ah! suara ini memang kenal, "Assalamualaikum". Saya jawab dengan seikhlasnya, "Waalaikumsalam". Dia menyambung, "Gini  kak, saya nampak abang lunch sama perempuan muda-muda, cantik lagi tu. Jaga-jaga kak bahaya tu". Saya menjawab, "Ok tu, biarlah". Jawapan hipokrit sebegini konon menjaga imej tetapi dalam hati tuhan saja yang tahu, telinga terasa panas, darah pantas mengalir keotak. Waktu bekerja disebelah petang hari itu terasa amat perlahan. Tepat jam 5:30 petang saya bergegas keluar untuk balik kerumah. Solat waktu maghrib seawal 6.36 petang dan waktu Isya sejam lebih sikit selepas itu, ditunaikan seperti tidak ada kekyusukkan. Selesai Isya siapkan makan malam untuk keluarga. Bila sampai masa tanya soalan, abah kepada anak-anak  telah dahulu memberitahu yang dia makan tengahari dengan kerani-kerani pejabat sebab kafetaria berhampiran pejabat mereka tutup sehari untuk kerja-kerja pembersihan. Buat penat je, tension setengah hari dipejabat…..itu baru cerita pasal lunch dengan staff, kepanasan boleh capai tahap suhu didih, belum yang berat-berat lagi..



Itulah yang dikatakan naluri atau hati kecil seorang wanita, ibu yang juga seorang isteri, amat sensitif keatas apa yang berlaku disekeliling mereka dan dengan individu yang mempunyai pertalian dengan mereka.

Dalam melayan fikiran malam itu, tiba-tiba teringat bacaan melalui beberapa blog politik mengenai  Dato Seri Anwar Ibrahim dan kisah video lucahnya. Pernahkah kita bertanya, apakah impak keatas isteri dan anak-anak beliau apabila video itu sewenang-wenang dimuat turun? 

Lupakan seketika jawatan Datin Seri Wan Azizah isteri DSAI, sebagai seorang Presiden parti pembangkang PKR atau seorang ahli politik,  tetapi kita lihat dia sebagai seorang wanita, isteri dan ibu yang dilahirkan dengan perasaan. Jika saya diletakkan ditempat DSWA, saya mungkin tidak berdaya bertahan untuk berlindung dari tembakan peluru dan menyerang balas pihak lawan walaupun kadang-kadang dia terpaksa melakukan sesuatu   dan membuat kenyataan yang diluar tahap logik dan tidak masuk akal. Entah sudah berapa liter air mata mengalir tiada siapa yang tahu, apa jua tohmahan terpaksa ditelan demi untuk menyelamatkan maruah keluarga. Kisah video seks yang dikatakan mirip dengan perwatakan, perlakuan dan wajah suami  dimuat turun macam goreng pisang panas kononnya agar rakyat Malaysia boleh menilai pelaku didalam video tersebut. Penduduk Malaysia diangarkan 30 juta dan pengguna internet berdaftar di Malaysia sekitar 17 juta dan yang 17 juta inilah yang akan membuat penilaian pelaku dalam video itu. Bolehkah diguna  penilaian yang dibuat oleh yang 17 juta ini , yang kita sendiri tidak tahu latar belakang serta tahap pendidikkan mereka.

Jauh disudut hatinya dia sendiri tidak dapat memastikan kesahihan pita video itu, lantas berdiam diri dari membuat sebarang kenyataan demi melindungi anak-anak dan cucunya. Jika benarlah pelaku didalam video itu Dato Seri Anwar Ibrahim serang saja DSAI sepuas hati. Hormati privasi DSWA  seperti menghormati seorang ibu dan isteri. 


Tuesday 10 May 2011

Harga Gula Naik Lagi 20 sen.....

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) semalam.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, MPEN menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya, harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).
*******************************************************************************

Harga RM2.30 sen adalah harga sekilo gula di Semenanjung manakala harga sekilo gula di Wilayah Persekutuan Labuan selepas kenaikan 20 sen ialah RM2.40 sen kerana hakikat sebenarnya ialah tidak ada penyelarasan harga bagi barang yang terkawal seperti gula. Kenyataan mengenai harga gula di Malaysia lebih rendah dari Thailand ialah kenyataan yang tidak menyeluruh. Kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan sepatutnya ditulis  seperti dibawah ini:-
" Harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50). Ini menunjukkan bahawa harga runcit gula di Malaysia jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara Indonesia ,Singapura dan Filipina. Walaubagaimanapun harga gula di Semenanjung Malaysia berbeza dan kurang  satu sen berbanding negara Thailand dan harga dinegara jiran itu juga adalah sembilan sen lebih rendah berbanding harga runcit gula di Wilayah Persekutuan Labuan."

Monday 9 May 2011

BRAINWASH ATAU CUCI OTAK..?

Bila membaca sebuah blog hari ini saya senyum sendirian. Sebelum ini pun saya selalu juga membaca posting yang dibuat oleh pemilik blog ini. Setiap posting mempunyai mesej yang  tidak berselindung menerangkan  jelas maksudnya. Saya rasa beliau  juga ikhlas dengan apa yang ditulisnya. Bagi setengah orang posting bertarikh 8hb Mei 2011 mungkin sedikit pedas tetapi jika orang yang disebut itu berfikiran rasional ia akan mengambil kandungan posting itu sebagai pengajaran atau sebagai 'brainwashing' atau satu teguran agar berhijrah kearah yang lebih baik.  

SKANDAL KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA?...BIAR BETUL..!!!


Wednesday, 04 May 2011 13:57

Saudara Pengarang,

SALAM 1 Malaysia. Saya tertarik dengan penjelasan kelentong Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Khalid bin Yusof bahawa hanya RM108 billion ringgit kurang kutipan cukai dan bukannya RM108 billion ringgit pegawainya menerima rasuah. Di sini, rakyat Sabah dan Labuan ingin bertanya kepada Dato’ Khalid siapa yang ada kuasa melepaskan kontena yang ‘Under Declare’,Transhipment, Declare Perabot tetapi dalam Kontena Rokok, Ayam & Daging Beku tanpa AP; Kereta import tiada AP Dan kurang bayar cukai; Export Kayu balak; Penggubahan Wang haram; Minyak dan Diesel subsidi; Gula dan barang eletrik.

Kalau Pegawai Kastam menjaga di Port Klang, Bintulu, Kuching, Kota Kinabalu dan Sandakan tidak terima ‘SUAPAN’, bolehkah Kontena tersebut di atas terlepas daripada Pelabuhan yang ketat dijaga oleh Polis Bantuan. Kami ingin bertanya siapa yang boleh menandatangani dokumen kastam? Jika ‘Forwarding Agent’ tidak bagi suapan, macam mana Kontena 1 x 40 kaki boleh ditarik keluar dari pelabuhan atau masuk ke pelabuhan untuk eksport begitu mudah? Setelah Barisan Nasional menang di Sarawak, Dato’ Khalid cuba minta ‘cable’ Menteri melobi untuk menyambung lagi dua tahun sebagai Ketua Pengarah Kastam yang beliau akan pencen dalam tahun ini. Selama beliau berkhimat di KDRM dan menerima rasuah berjuta ringgit masih mau menyambung dan tidak puas hati takut timbalan dia lebih kaya dari dia akan datang. Dato’ Khalid bukan sahaja mahir menyalahguna kuasa, rasuah sebagai Pengarah Kastam tetapi juga mahir Skandal Seks. Kami tahu siapa yang bawa dia dan di mana Karaoke beliau selalu kunjungi dan hotel beliau selalu tinggal bila ada teman pelacur. Kami ternampak beliau di sebuah Hotel Empat Bintang yang diatur oleh kroni dia di Kuala Lumpur.

Orang Sabah dan Labuan akan dedahkan aktiviti Ketua Pengarah Kastam dengan kroni atau rakan kongsi beliau. Manakala Skandal Seks beliau akan didedahkan di bahagian kedua artikel akan datang jika tempoh memegang jawatan beliau disambung untuk tempoh dua tahun lagi oleh kerajaan. Kami ingin buktikan kepada Menteri yang menyambung kontrak beliau sebagai Ketua Pengatah Kastam adalah satu kesilapan Kerajaan BN kecuali Menteri tersebut adalah ‘SHARE HOLDER’ beliau. Kami dari Sabah dan Labuan menyokong Datuk Seri Nazri Mohd Aziz mengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan ‘KES KDRM’ walaupun seorang Pengarah Kastam ‘terjun mati’ di bangunan SPRM tiga bulan lalu. SPRM tidak harus tenang kerana kerajaan telah rugi berbillion ringgit. Kalau pihak atasan tidak bersubahat dengan sindiket, macam mana pegawai bawahan berani bagi lepas? Kami Mendesak agar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim tidak terlupa buka semula fail Bintulu, iaitu kes kapal yang dicekup Polis Marin berapa tahun lepas dan dilepas oleh Dato Khalid begitu saja. Untuk makluman Dato Abu Kassim, ayam dan daging beku diimport untuk transhipment tanpa AP ke Brunei dan semua daging dan ayam beku dijual di Sarawak tanpa bayar cukai jualan sejak berpuluh tahun tanpa pengetahuan pihak berkuasa lain. Seorang lagi Pengarah Kastam kesayangan Dato Khalid bernama Hj.Salleh harus disiasat kerana beliau juga terlibat menerima rasuah transhipment kayu balak di Labuan ke Taiwan dan China ‘Under Declare’. Kayu tersebut dibawa masuk ke Labuan dan simpan di Asian Supply Base Yard dan kemudian dieksport ke luar luar negara secara ‘Under Declare Size’ balak. Hanya kedua kes ini kerajaan telah rugi berjuta ringgit. Dato’ Khalid beli banyak harta di Australia dan wang rasuah beliau disimpan di luar negara.

Asset beliau tidak habis dimakan selama tiga keturunan. Percaya atau tidak nanti kita dedahkan di bahagian kedua selepas Dato’ Khalid disambung lagi dua tahun. Kami hairan kerana Tun Ling Liong Sik boleh kena tangkap kerana rasuah, kenapa Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Khalid dan Pengarahnya, Hj.salleh dikecualikan dan hanya 62 pegawai bawahan dicekup sahaja. Pegawai Kastam yang dicekup pun tiada yang dibawa ke mahkamah dan dituduh kes rasuah? Mungkinkah sebahagian ‘angpau’ sudah diberi kepada SPRM dan Fail siasatan KDRM pun kena mark ‘FAIL NFA’ atau dalam bahawa Inggeris, ‘No Further Action.’

Salam Hormat

PEGAWAI KASTAM PENCEN & CO

(Dipetik dari Sabahkini.net)

Tuesday 3 May 2011

JANGAN DERHAKA PADA IBU.......!!!

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga ibu dan ibu mertua, keempat bapa dan bapa mertua dan kelima barulah isteri. Isteri kena faham, kalau suami sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

Kedudukan seorang ibu terlalu tinggi disisi ugama islam sehinggakan ianya diletakkan selepas rasul. Mana tidaknya ibulah yang mengandungkan anak sehingga 9 bulan 10 hari , ibulah yang melahirkan anak yang sakit melahirkan itu seperti nyawa dihujung ubun-ubun, ibulah yang berjaga  siang malam kerana menjaga anak yang demam, semuanya ibu. Sehinggakan ada pendapat yang mengatakan ada dua benda yang tidak boleh dibeli dengan wang  iaitu darah yang mengalir keluar semasa melahirkan seorang anak dan air susu ibu. Bukan senang jadi seorang ibu, ibu terpaksa mengawal kemarahan kerana takut akan terkeluar dari mulut perkataan yang tidak elok seperti maki hamun. Orang kata mulut ibu itu masin, jika terkeluar dari mulutnya perkataan yang tidak baik ia seperti doa yang tidak baik untuk anak-anak.

Sebagai anak pula, harus menghormati, menyayangi dan menghargai pengorbanan ibu. Siapalah kita tanpa ibu. Kasih ibu bawa kesyurga.  Jangan sekali-kali meninggikan suara bila bercakap dengan ibu,  setitik air mata keluar dari kelopak mata ibu semakin berliku jalan hidup kita baik didunia dan akhirat. Jika kita buat silap cepat-cepat minta maaf sama ibu.. Jangan sampai dicop anak derhaka.

Banyak cerita-cerita orang yang terdahulu mengenai betapa azab dan seksanya seorang anak derhaka menghadapi sakratul maut. Jika masa itu ibu masih hidup mungkin ibu tidak sampai hati untuk tidak memaafkan anak yang dalam keadaan nazak tetapi apa halnya jika ibu sudah kembali kerahmatullah lebih awal. Mau minta maaf dengan siapa? Keadaan liang kubur yang sempit apabila hendak menurunkan mayat, walau telah diperbesarkan liang sama juga keadaannya sehinggalah siibu dipanggil kekubur untuk memaafkan anaknya barulah mayat itu selamat dikebumikan. Keadaan liang kubur yang digenangi air, kubur berlubang dan berasap dan bermacam-macam lagi.

Antara kisah anak derhaka DISINI

Wahai anak ingatlah..!!!