haniksam

haniksam

Thursday 26 May 2011

WANG KERTAS RM20 DIPERKENAL SEMULA SELEPAS 16 TAHUN...

Bank Negara akan memperkenalkan semula nota wang kertas RM20 selepas 16 tahun. Nota wang kertas tersebut telah diperkenalkan pada tahun 1982 pada  siri kedua dan dihentikan pengeluarannya pada tahun 1995. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

Pengenalan semula nota wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai denominasi perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada pengguna dalam membuat pembayaran.

Rekaannya menunjukkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media semalam, BNM mengumumkan reka bentuk mata wang itu dilakukan secara berkala dalam tempoh 12 tahun membabitkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100, manakala wang kertas RM50 yang berada di pasaran adalah yang terkini sempena ulang tahun ke-50 Kemerdekaan Malaysia sejak Disember  2007. Turut direkabentuk ialah duit syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Rekabentuk wang kertas siri keempat ini mengandungi ciri keselamatan lebih canggih, sejajar dengan kemajuan teknologi terkini.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap mata wang baru ini, BNM akan mengeluarkan duit syiling peringatan siri ketiga dan mempamerkan rekabentuk wang kertas siri baru pada suku ketiga 2011, tidak lama lagi.


No comments:

Post a Comment