haniksam

haniksam

Saturday 14 May 2011

PLKN....Program Latihan Khidmat Negara

Latihan Khidmat Negara adalah satu program yang mempunyai matlamat untuk mengukuhkan semangat jati diri pelatih yang terdiri dari lepasan SPM yang terpilih. Saya difahamkan bahawa struktur latihan  20:40:40 bermaksud 20 % dari keseluruhan program adalah latihan asas ketenteraan, 40% elemen kenegaraan iaitu memupuk semangat patriotik meliputi kedaulatan negara, ancaman keselamatan dan sejarah negara manakala selebihnya ialah latihan khidmat masyarakat. Pelajar yang terpilih sepatutnya tidak melepaskan peluang ini. Cuba bayangkan daripada ratusan lepasan pelajar SPM di Labuan, kurang dari 60 pelajar yang terpilih untuk mengikuti latihan sesi II ini.

Tapi satu yang saya musykil ialah mengenai pemeriksaan kesihatan yang patut dibuat oleh bakal pelatih sebelum mendaftar diri dikem pusat latihan. Anak saya yang dipanggil untuk mengikuti program latihan sesi kedua tahun ini telah menerima surat tawaran. Selain borang peribadi yang perlu diisi untuk persediaan pendaftaran terdapat satu borang pemeriksaan kesihatan. Bakal pelatih dimestikan menjalani pemeriksaan perubatan yang boleh dibuat dihospital tentera atau awam. Awal pagi pergi ke  Hospital Awam dia disuruh balik dan datang semula jam 2 petang, jururawat bertugas mengatakan pemeriksaan  perubatan untuk PLKN diadakan disebelah petang. Sebelah petang datang lagi,  penolong pegawai perubatan kata jika tidak demam, muntah dan sakit sendi tidak perlu pemeriksaan. Jadi borang pemeriksaan kesihatan tu untuk apa?

No comments:

Post a Comment