haniksam

haniksam

Tuesday 10 May 2011

Harga Gula Naik Lagi 20 sen.....

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) semalam.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, MPEN menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya, harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).
*******************************************************************************

Harga RM2.30 sen adalah harga sekilo gula di Semenanjung manakala harga sekilo gula di Wilayah Persekutuan Labuan selepas kenaikan 20 sen ialah RM2.40 sen kerana hakikat sebenarnya ialah tidak ada penyelarasan harga bagi barang yang terkawal seperti gula. Kenyataan mengenai harga gula di Malaysia lebih rendah dari Thailand ialah kenyataan yang tidak menyeluruh. Kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan sepatutnya ditulis  seperti dibawah ini:-
" Harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50). Ini menunjukkan bahawa harga runcit gula di Malaysia jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara Indonesia ,Singapura dan Filipina. Walaubagaimanapun harga gula di Semenanjung Malaysia berbeza dan kurang  satu sen berbanding negara Thailand dan harga dinegara jiran itu juga adalah sembilan sen lebih rendah berbanding harga runcit gula di Wilayah Persekutuan Labuan."

No comments:

Post a Comment