haniksam

haniksam

Tuesday 3 May 2011

JANGAN DERHAKA PADA IBU.......!!!

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga ibu dan ibu mertua, keempat bapa dan bapa mertua dan kelima barulah isteri. Isteri kena faham, kalau suami sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

Kedudukan seorang ibu terlalu tinggi disisi ugama islam sehinggakan ianya diletakkan selepas rasul. Mana tidaknya ibulah yang mengandungkan anak sehingga 9 bulan 10 hari , ibulah yang melahirkan anak yang sakit melahirkan itu seperti nyawa dihujung ubun-ubun, ibulah yang berjaga  siang malam kerana menjaga anak yang demam, semuanya ibu. Sehinggakan ada pendapat yang mengatakan ada dua benda yang tidak boleh dibeli dengan wang  iaitu darah yang mengalir keluar semasa melahirkan seorang anak dan air susu ibu. Bukan senang jadi seorang ibu, ibu terpaksa mengawal kemarahan kerana takut akan terkeluar dari mulut perkataan yang tidak elok seperti maki hamun. Orang kata mulut ibu itu masin, jika terkeluar dari mulutnya perkataan yang tidak baik ia seperti doa yang tidak baik untuk anak-anak.

Sebagai anak pula, harus menghormati, menyayangi dan menghargai pengorbanan ibu. Siapalah kita tanpa ibu. Kasih ibu bawa kesyurga.  Jangan sekali-kali meninggikan suara bila bercakap dengan ibu,  setitik air mata keluar dari kelopak mata ibu semakin berliku jalan hidup kita baik didunia dan akhirat. Jika kita buat silap cepat-cepat minta maaf sama ibu.. Jangan sampai dicop anak derhaka.

Banyak cerita-cerita orang yang terdahulu mengenai betapa azab dan seksanya seorang anak derhaka menghadapi sakratul maut. Jika masa itu ibu masih hidup mungkin ibu tidak sampai hati untuk tidak memaafkan anak yang dalam keadaan nazak tetapi apa halnya jika ibu sudah kembali kerahmatullah lebih awal. Mau minta maaf dengan siapa? Keadaan liang kubur yang sempit apabila hendak menurunkan mayat, walau telah diperbesarkan liang sama juga keadaannya sehinggalah siibu dipanggil kekubur untuk memaafkan anaknya barulah mayat itu selamat dikebumikan. Keadaan liang kubur yang digenangi air, kubur berlubang dan berasap dan bermacam-macam lagi.

Antara kisah anak derhaka DISINI

Wahai anak ingatlah..!!!

No comments:

Post a Comment