Caller ringtone lagu 'Dreamer' oleh Ozzy Osborne mengejutkan saya dari lamunan. Kedengaran suara, ah! suara ini memang kenal, "Assalamualaikum". Saya jawab dengan seikhlasnya, "Waalaikumsalam". Dia menyambung, "Gini kak, saya nampak abang lunch sama perempuan muda-muda, cantik lagi tu. Jaga-jaga kak bahaya tu". Saya menjawab, "Ok tu, biarlah". Jawapan hipokrit sebegini konon menjaga imej tetapi dalam hati tuhan saja yang tahu, telinga terasa panas, darah pantas mengalir keotak. Waktu bekerja disebelah petang hari itu terasa amat perlahan. Tepat jam 5:30 petang saya bergegas keluar untuk balik kerumah. Solat waktu maghrib seawal 6.36 petang dan waktu Isya sejam lebih sikit selepas itu, ditunaikan seperti tidak ada kekyusukkan. Selesai Isya siapkan makan malam untuk keluarga. Bila sampai masa tanya soalan, abah kepada anak-anak telah dahulu memberitahu yang dia makan tengahari dengan kerani-kerani pejabat sebab kafetaria berhampiran pejabat mereka tutup sehari untuk kerja-kerja pembersihan. Buat penat je, tension setengah hari dipejabat…..itu baru cerita pasal lunch dengan staff, kepanasan boleh capai tahap suhu didih, belum yang berat-berat lagi..
Itulah yang dikatakan naluri atau hati kecil seorang wanita, ibu yang juga seorang isteri, amat sensitif keatas apa yang berlaku disekeliling mereka dan dengan individu yang mempunyai pertalian dengan mereka.
Dalam melayan fikiran malam itu, tiba-tiba teringat bacaan melalui beberapa blog politik mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim dan kisah video lucahnya. Pernahkah kita bertanya, apakah impak keatas isteri dan anak-anak beliau apabila video itu sewenang-wenang dimuat turun?
Lupakan seketika jawatan Datin Seri Wan Azizah isteri DSAI, sebagai seorang Presiden parti pembangkang PKR atau seorang ahli politik, tetapi kita lihat dia sebagai seorang wanita, isteri dan ibu yang dilahirkan dengan perasaan. Jika saya diletakkan ditempat DSWA, saya mungkin tidak berdaya bertahan untuk berlindung dari tembakan peluru dan menyerang balas pihak lawan walaupun kadang-kadang dia terpaksa melakukan sesuatu dan membuat kenyataan yang diluar tahap logik dan tidak masuk akal. Entah sudah berapa liter air mata mengalir tiada siapa yang tahu, apa jua tohmahan terpaksa ditelan demi untuk menyelamatkan maruah keluarga. Kisah video seks yang dikatakan mirip dengan perwatakan, perlakuan dan wajah suami dimuat turun macam goreng pisang panas kononnya agar rakyat Malaysia boleh menilai pelaku didalam video tersebut. Penduduk Malaysia diangarkan 30 juta dan pengguna internet berdaftar di Malaysia sekitar 17 juta dan yang 17 juta inilah yang akan membuat penilaian pelaku dalam video itu. Bolehkah diguna penilaian yang dibuat oleh yang 17 juta ini , yang kita sendiri tidak tahu latar belakang serta tahap pendidikkan mereka.
Jauh disudut hatinya dia sendiri tidak dapat memastikan kesahihan pita video itu, lantas berdiam diri dari membuat sebarang kenyataan demi melindungi anak-anak dan cucunya. Jika benarlah pelaku didalam video itu Dato Seri Anwar Ibrahim serang saja DSAI sepuas hati. Hormati privasi DSWA seperti menghormati seorang ibu dan isteri.