haniksam

haniksam

Tuesday, 19 April 2011

PELAJAR MENUMBUK CIKGU GUNA OBJEK DIPANGGIL BUKU LIMA

Labuan yang dulunya dikenali sebagai Pulau Labuan adalah  bandar yang kecil,   bila ada kisah kontroversi ianya cepat tersebar meniti dari mulut kemulut. Kisah mengenai seorang  pelajar sekolah kebangsaan  telah menumbuk seorang guru dengan menggunakan  satu objek yang dipanggil buku lima. Apa sebabnya? Guru tersebut dikatakan menegur kawan pelajar yang terlibat  berkaitan masalah disiplin. Laporan polis telah dibuat. Siasatan dilakukan oleh pihak polis, ibu bapa dan guru dipanggil.  Dimana silapnya? Ramai yang memberi pendapat A sampai Z, ada yang menyalahkan guru kerana bertindak kasar, tidak kurang juga menyalahkan ibu bapa kerana kurang memberi  perhatian kepada anak-anak, ada juga yang mengatakan pelajar tersebut bukan budak tempatan Labuan disebaliknya budak kad kuning. Budak kad kuning adalah istilah merujuk kanak-kanak pendatang Filipina yang ibu bapa mereka diberi taraf pelarian atau ada juga yang telah mendapat status penduduk sementara atau tetap.

Jika ditanya pendapat saya, saya tidak akan menyalahkan guru mahupun pelajar tersebut kerana dalam hal ini saya berpegang kepada  prinsip bahawa pendidikan, pembelajaran awal bermula dari rumah bahkan ada pendapat dan kesimpulan dari kajian para saintis Islam  yang mengatakan bahawa proses pembelajaran itu sepatutnya  bermula ketika anak itu masih janin. Permakanan yang baik adalah yang tinggi kandungan protinnya  adalah aspek penting dalam pertumbuhan otak. Jangan bagi anak kepala ikan bagi isi saja. Jangan bagi anak-anak makan makanan segera walaupun makanan itu diiktiraf dinegara barat. Tanggungjawab ibu bapa memantau pergaulan anak-anak, siapa kawan-kawannya, siapa ibu bapa kawannya, dimana mereka tinggal dan apa jua yang patut kita ketahui.  .

Apabila mendengar atau diberitahu masalah yang berkaitan anak-anak kita samada masalah pembelajaran atau sosial jangan melompat atau melenting, sebagai ibu menyebut "Astagfirullah alazim'  sambil memohon ampun kehadrat Allah SWT keatas segala kesilapan yang pernah kita lakukan adalah permulaan yang baik.  Doa ibu cepat makbul doakan anak-anak yang baik-baik belaka.

2 comments:

  1. Salam ziarah

    Bagi uncle yang dah tua ni, Ibubapa memang bersalah dan bertanggung jawab di atas apa yang dilakukan oleh anak-anaknya. "Hasil yang dituai adalah dari benih yang disemai!"

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana singgah diblog saya.Usia bukanlah halangan untuk kita saling membantu dalam menangani masalah anak-anak terutama remaja masa kini yang kian hari terkeluar dari landasan.

    ReplyDelete