Adalah lumrah dalam hidup manusia mencari kebenaran apabila berlaku penipuan dan penindasan. Mungkinkah kita akan bertemu kebenaran hakiki? Dalam kehidupan diakhir zaman dengan keaadaan manusia tidak lagi mampu menilai yang benar atau salah, yang hak atau yang sesat, kehidupan kita penuh kekeliruan dalam mencari kebenaran dalam erti kata sebenar. Kebenaran masa kini dinilai jika satu isu itu disokong oleh majoriti maka itulah kebenaran, jika penjelasan itu keluar dari mulut orang yang berpengaruh dan kaya raya, itulah kebenaran dan apa saja perkataan yang diucap oleh pegawai atasan atau pemimpin politik itu juga kebenaran. Semuanya benar belaka.
Hari ini ujudnya pembida’ah tidak terkira banyaknya. Bida’ah dengan definisi mudah adalah perkara-perkara yang direka-reka. Golongan yang sewenang-wenangnya membida’ah ini cuba mentafsirkan nas-nas dari al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. dengan hawa nafsu sendiri sehingga pelbagai tafsiran yang tidak munasabah diperolehi demi mencapai sesuatu untuk kepentingan diri dan pengikutnya.
Beberapa sabda Rasulullah berkaitan bida’ah:
Sabda Rasulullah S.A.W.bermaksud:
…Seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka-reka (muhdathatuha) dan setiap yang direka itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat. (Riwayat Muslim).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
…Setiap yang direka ialah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat ke dalam neraka. (Riwayat al-Nasaie).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Setiap yang mengada-adakan sesuatu pada ajaran kami ini sedang ia bukan darinya maka ianya tertolak. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kucar kacir kehidupan umat kita dibuatnya. Inilah akibatnya apabila umat manusia tidak lagi berjalan diatas landasan As-Sunnah. Walaubagaimanapun masih ada umat yang diberi hidayat atau petunjuk dalam mencari kebenaran. Jumlahnya terlalu sedikit. Mereka-mereka ini terdiri dari umat yang sentiasa bersyukur keatas nikmat Allah SWT, mematuhi arahannya dan menjauhi akan segala larangannya. Hidayat atau petunjuk itu tidak datang sendiri, sebagai umat islam kita mesti berusaha kearahnya.Wallahualam.
Diakhir zaman ini juga ramai penegak-penegak kebenaran masing-masing ingin menegakkan kebenaran. Berbeza dizaman para rasul menegakkan kebenaran adalah perjuangan menegakkan kebenaran agama Allah iaitu ugama islam. Rintangan yang terpaksa mereka hadapai, segala pengorbanan yang harus mereka lakukan dan penderitaan yang mereka lalui tercatat didalam buku sejarah para rasul yang sepatutnya dijadikan panduan dalam menegakkan kebenaran.
“Jangan buat perbandingan” Itu istilah saya tetapi membaca buku sejarah Nabi Ibrahim A.S mengenai perjuangannya menegakkan kebenaran ugama islam dan membandingkan dengan penegak kebenaran yang menegakkan kebenaran dengan menayangkan video lucah adalah sesuatu yang memalukan dan pada masa yang sama amat melucukan…. Astaghfirullahalazim.
No comments:
Post a Comment