Semalam tersiar cerita panas dibeberapa blog mengenai seorang pelakon keturunan Turki berugama Islam, Sila Sahin yang membintangi drama telenovela 'Good Times Bad Times' di Jerman bergaya secara berani mendedahkan sebelah buah dadanya untuk majalah Playboy keluaran Mei 2011.
Sila berkata "Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas". "Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya dari semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya.". Sila memberitahu dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong untuk membuat pilihan, termasuk menentukan calon suami serta keperawanan mereka supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.
Beberapa hari lepas juga berita seorang artis Kris Dayanti yang berugama islam membuat pengakuan telah mengandung 4 bulan selepas sebulan bernikah dengan Raul Lemos pada bulan March tahun ini.
Gila semua ini...!!!!!!! Kebebasan yang mana mereka pilih? Saya merdeka dengan kebebasan yang saya ada sebagai wanita Islam.
Islam mempunyai prinsip tertentu yang menjadi dasar pandangannya terhadap 'kebebasan :-
Kebebasan perlu disepadukan dengan keadilan dan persamaan hak serta tanggungjawab dan kewajipan
Kebebasan perlu disertai dengan kelembutan, tolak ansur dan kasih sayang, tetapi dengan tegas dikuatkuasakan kawalan serta undang-undang
Kebebasan harus dinilai dengan kepercayaan kepada menghormati harga diri manusia.
Kebebasan perlu menyatupadukan hak individu dan kelompok masyarakat
Istilah kebebasan dalam Islam merangkumi definisi yang meluas tetapi tidak pula menceroboh kebebasan orang lain.
Kebebasan mesti berlaku dan diukur hanya dalam kerangka dan nilai ugama, akhlak, tanggungjawab, kebenaran akal dan logik serta nilai keindahan.
No comments:
Post a Comment