haniksam

haniksam

Tuesday, 12 April 2011

ISTERI DAN TANGGUNGJAWAB............

Lelaki di Malaysia mempunyai hubungan intim terlarang kerana isteri mengabaikan tanggungjawab terhadap suami mereka. Suami dalam perjalanan pulang kerumah dari tempat kerja mungkin melihat atau bertembung dengan perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu syahwat mereka dan ingin bersama isteri bila tiba dirumah. Isteri pula mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Didalam islam, isteri sepatutnya berhenti daripada melakukan kerja yang sedang dilakukan untuk memenuhi kehendak suami. Itu adalah antara yang diucapkan oleh presiden PERKASA, Encik Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Kenyataan yang mempunyai maksud tersirat menyalahkan kaum hawa atau isteri apabila suami mencari makan diluar tanpa mengambil kira tanggungjawab serta pengorbanan seorang isteri atau ibu dan tidak mengiktiraf sumbangan kaum hawa didalam sebuah institusi keluarga amat menyentuh perasaan. Disebalik kenyataan yang kurang bijak itu, jika dilihat dari aspek yang lain ia juga memberi kesan negatif kepada kaum adam kerana ia mencerminkan bahawa lelaki Malaysia ialah lelaki jenis kemaruk seks dan mempunyai mentaliti dan tahap pemikiran yang rendah.

Janganlah bawa kaum hawa kembali ke zaman jahiliah yang menganggap kaum hawa adalah barang perniagaan yang menghasilkan keuntungan yang lumayan dan menyifatkan kaum hawa itu ialah tempat memuaskan nafsu semata-mata atau lebih dikenali sebagai hamba seks.

Dizaman Rasulullah, baginda memertabatkan kaum hawa kerana menyedari bahawa kaum hawa adalah insan istimewa yang diciptakan Allah untuk kaum Adam. Keistimewaan itu menunjukkan bahawa Islam meletakkan kaum Hawa pada darjatnya yang tidak ada pada kaum Adam.

Diantara keistimewaan kaum hawa ialah :-

• Doa kaum hawa yang lebih cepat dimakbulkan daripada kaum adam. Ini kerana ibu lebih penyayang       daripada bapa dan doa orang yang penyayang itu lebih cepat diterima.

• Apabila seseorang wanita mengandungkan janin dalam rahimnya, maka malaikat memohon ampun untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

• Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Alllah mencacatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

• Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa seperti keadaan ibu yang melahirkannya.

• Apabila seseorang wanita melahirkan anak, lalu disusui daripada puting payudaranya, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu itu diberi satu kebaikan.

• Apabila ibu tidak tidur semalaman memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

• Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya laksana orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

• Sesiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada lelaki. Maka sesiapa yang menggembirakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

• Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

• Wanita yang bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, memelihara klehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah ia dari pintu yang disukainya.

Mampukah seorang ibu normal yang hubungannya dengan anak sejak janin membiarkan anaknya kelaparan hanya untuk melayan nafsu suami walau untuk seketika saja? Sanggupkah seorang isteri meninggalkan bapa yang sakit tenat hanya untuk melakukan seks dengan suaminya? Bagaimana pula keadaannya dengan isteri yang bekerja membantu suami untuk menaikkan taraf ekonomi keluarga? Bagaimana dengan keadaan isteri yang dalam haid dan nifas? Memang tidak dinafikan isteri wajib taat kepada suaminya tetapi dalam konteks ini sikap toleransi atau bertolak ansur adalah elemen penting dalam menjaga sesuatu hubungan. Hubungan seks bukan hanya untuk melepaskan gian tetapi ianya satu hubungan yang berlandaskan keikhlasan, kejujuran, kerelaan, saling mengerti dan memahami antara pasangan suami isteri dan dari situ ujud perasaan yang menguatkan hubungan kasih sayang dan saling mempercayai.

Kalau nak bercakap atau berucap sekali pun kena fikirlah dulu kesannya. Jangan main hentam saja. Janganlah buatkan orang lain berfikiran bahawa agama islam itu agama yang menindas kaum wanita sedangkan islam itu adalah cara hidup yang sempurna menuju kejalan Allah.  




No comments:

Post a Comment