haniksam

haniksam

Friday, 29 April 2011

AKU CINTA AKU......!!!!!!!!!!!!!!!


Monday, 25 April 2011

TEPUK DADA TANYA SELERA...............


Jangan  jadi Pak Kaduk "menang sorak kampung tergadai". Cari jalan penyelesaian terbaik yang risikonya paling minima.

Ini bukan blog politik, cuma kongsi cerita politik sekali sekala.




Sunday, 24 April 2011

CILA..................!!!!!




"Cilaka punya kaling !" Terpacul dari mulut seorang hamba Allah apabila keluar dari sebuah kedai tekstil milik seorang keturunan India. Mana tidaknya iklan yang digantung  menunjukkan promosi hebat sepasang kain berharga RM29.90. Yang kawan ni ambillah sampai tiga pasang dan bawa kekaunter bayaran sambil mengunjuk wang kertas RM100. Juruwang kata "Puan, tak cukup tambah lagi  RM5, harga kain ni sebenarnya RM49.90 lepas diskaun kami bagi RM35" sambil menunjukkan tag harga pada kain tersebut. Juruwang menyambung, "kadang-kadang pelanggan ambil kain tu dari seksyen lain lepas tu diorang tak jadi beli sangkut balik kain tu dimana-mana mereka suka". Jangan kalah malu, bayar juga RM5.

Penipuan seperti ini berlaku hampir setiap tahun sekitar tiga atau empat bulan menjelang bulan Ramadhan. Sebagai pengguna berhati-hatilah.  





Thursday, 21 April 2011

CERITA PANAS ARTIS.......

Semalam tersiar cerita panas dibeberapa blog mengenai seorang pelakon keturunan Turki berugama Islam, Sila Sahin  yang membintangi drama telenovela 'Good Times Bad Times' di Jerman bergaya secara berani mendedahkan sebelah buah dadanya untuk majalah Playboy keluaran Mei 2011.


Sila berkata "Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas". "Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya dari semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya.". Sila memberitahu dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong untuk membuat pilihan, termasuk menentukan calon suami serta keperawanan mereka supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.

Beberapa hari lepas juga berita seorang artis Kris Dayanti yang berugama islam membuat pengakuan telah mengandung 4 bulan selepas sebulan bernikah dengan Raul Lemos pada bulan March tahun ini.

Gila semua ini...!!!!!!! Kebebasan yang  mana mereka pilih? Saya merdeka dengan kebebasan yang saya ada sebagai wanita Islam.

Islam mempunyai prinsip tertentu yang menjadi dasar pandangannya terhadap 'kebebasan :-

Kebebasan perlu disepadukan dengan keadilan dan persamaan hak serta tanggungjawab dan kewajipan

Kebebasan perlu disertai dengan kelembutan, tolak ansur dan kasih sayang, tetapi dengan tegas        dikuatkuasakan kawalan serta undang-undang

Kebebasan harus dinilai dengan kepercayaan kepada menghormati harga diri manusia.

Kebebasan perlu menyatupadukan  hak individu dan kelompok masyarakat 

Istilah kebebasan dalam Islam merangkumi definisi yang meluas tetapi tidak pula menceroboh kebebasan orang lain.

Kebebasan  mesti berlaku dan diukur hanya dalam kerangka dan nilai ugama, akhlak, tanggungjawab, kebenaran akal dan logik serta nilai keindahan. 




Tuesday, 19 April 2011

PELAJAR MENUMBUK CIKGU GUNA OBJEK DIPANGGIL BUKU LIMA

Labuan yang dulunya dikenali sebagai Pulau Labuan adalah  bandar yang kecil,   bila ada kisah kontroversi ianya cepat tersebar meniti dari mulut kemulut. Kisah mengenai seorang  pelajar sekolah kebangsaan  telah menumbuk seorang guru dengan menggunakan  satu objek yang dipanggil buku lima. Apa sebabnya? Guru tersebut dikatakan menegur kawan pelajar yang terlibat  berkaitan masalah disiplin. Laporan polis telah dibuat. Siasatan dilakukan oleh pihak polis, ibu bapa dan guru dipanggil.  Dimana silapnya? Ramai yang memberi pendapat A sampai Z, ada yang menyalahkan guru kerana bertindak kasar, tidak kurang juga menyalahkan ibu bapa kerana kurang memberi  perhatian kepada anak-anak, ada juga yang mengatakan pelajar tersebut bukan budak tempatan Labuan disebaliknya budak kad kuning. Budak kad kuning adalah istilah merujuk kanak-kanak pendatang Filipina yang ibu bapa mereka diberi taraf pelarian atau ada juga yang telah mendapat status penduduk sementara atau tetap.

Jika ditanya pendapat saya, saya tidak akan menyalahkan guru mahupun pelajar tersebut kerana dalam hal ini saya berpegang kepada  prinsip bahawa pendidikan, pembelajaran awal bermula dari rumah bahkan ada pendapat dan kesimpulan dari kajian para saintis Islam  yang mengatakan bahawa proses pembelajaran itu sepatutnya  bermula ketika anak itu masih janin. Permakanan yang baik adalah yang tinggi kandungan protinnya  adalah aspek penting dalam pertumbuhan otak. Jangan bagi anak kepala ikan bagi isi saja. Jangan bagi anak-anak makan makanan segera walaupun makanan itu diiktiraf dinegara barat. Tanggungjawab ibu bapa memantau pergaulan anak-anak, siapa kawan-kawannya, siapa ibu bapa kawannya, dimana mereka tinggal dan apa jua yang patut kita ketahui.  .

Apabila mendengar atau diberitahu masalah yang berkaitan anak-anak kita samada masalah pembelajaran atau sosial jangan melompat atau melenting, sebagai ibu menyebut "Astagfirullah alazim'  sambil memohon ampun kehadrat Allah SWT keatas segala kesilapan yang pernah kita lakukan adalah permulaan yang baik.  Doa ibu cepat makbul doakan anak-anak yang baik-baik belaka.

Saturday, 16 April 2011

HOT ISSUE ........ 4 MINUTES

Yesterday one of my colleagues took a day off. He went back to Limbang to vote. Everybody seems to talk about Sarawak election. The media, blogs, my husband, my brother who live in Miri, my Sarawakian friends and those who have interest in it. Why do the election in Sarawak is so important? Every 5 years we have it, no big deal.

The B' Nation versus the Dumped Apple Pie, the Omega and the Holy Owly.





Thursday, 14 April 2011

NAK JADI JUTAWAN? BUKAN MLM, BUKAN SKIM CEPAT KAYA........

AMALAN UNTUK KAYA


Yang disebut dengan amalan adalah suatu pekerjaan  atau perbuatan yang dilakukan berulang-ulang dan konsisten.  Allah SWT telah menentukan amalan setiap makhluknya dan begitu juga balasan dari amalan tersebut.

Berikut adalah beberapa amalan yang baik untuk kita lakukan untuk menjadi kaya...

1.    AMALAN DENGAN 
       BISMILLAHIRRAHMANNIRROHIM
  • Barang siapa membaca  BISMILLAHIRRAHMANNIRROHIM  sebanyak 313 kali ketika matahari terbit dengan menghadap qiblat kemudian membaca selawat 100 kali, maka Allah SWT akan memberinya rezeki yang tidak diduga
  • Barang siapa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRROHIM  sebanyak 12.000 kali,  dan 1,000 kali setiap solat sunat 2 rakaat, lalu memohon rezeki yang banyak insyaallah akan termakbul
  • Barang siapa membaca  BISMILLAHIRRAHMANNIRROHIM sebanya 786 kali setiap hari selama 7 hari berturut-turut dengan maksud memperoleh rezeki yang melimpah , insyaallah akan diperolehinya.

2.   AMALAN DENGAN AL-FATIHAH
  • Barang siapa yang membaca AL-FATIHAH sebanyak 41 kali antara solat sunat qabliyah dan solat subuh. maka segala hutangnya akan terbayar, ada saja peluang mencari rezeki dan rezekinya juga tidak putus.
  • Barang siapa membaca AL-FATIHAH setiap selesai solat subuh sebanyak 30 kali, selesai solat asar 20 kali, selesai solat maghrib 15 kali, selesai solat Isya' 10 kali, maka rezekinya akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
  • Jika hari Ahad jatuh pada 1 haribulan ( bulan Hijrah/kalender Islam ), pada hari Ahad itu bacalah AL-FATIHAH  70 kali, hari Isnin baca 60 kali, hari Selasa baca 50 kali, hari Rabu 40 kali, hari Khamis 30 kali, hari Jumat baca 20 kali, hari Sabtu baca 10 kali, kemudian diulang hingga satu bulan. maka tunggulah keajaiban rezeki dari Allah SWT.

3.   AMALAN DENGAN AL-IKHLAS
  • Barang siapa membaca  surah AL-IKHLAS 1000 kali, lalu memohon untuk dilapangkan rezeki, insyaallah akan termakbul.
  • Pada malam Jumat baca  AL-IKHLAS 66 kali , lalu membaca lafadz "ALLAH" 5631 kali, kemudian membaca "MASYAALLAH" 1000 kali, lalu membaca selawat 1000 kali. Kemudian tidurlah, maka dalam mimpi anda akan dipertunjukkan arah jalan menujukan kejayaan.

4.   AMALAN DENGAN SURAH YASIN
  • Barang siapa yang punya kepentingan dalam urusan rezeki maka bacalah terlebih dahulu SURAH YASIN  25 kali, kemudian berangkatlah, insyaallah apa yang dimaksudkan akan termakbul.
  • Bila ingin manjadi kaya mendadak, maka bacalah SURAH YASIN 41 kali , tanpa berpindah tempat, lalu tanpa berkata apa-apa  kemudian tidurlah, setelah bangun keajaiban akan ditunjukkan oleh Allah SWT.

5.   AMALAN DENGAN WAQIAH
  • Apabila anda memohon kepada Allah datangnya rezeki yang melimpah maka bacalah Waqiah 41 kali , dan jangan berpindah tempat sampai selesai. Melakukannya secara konsisten, rezeki akan datang mencurah-curah insyaallah.
  • Nabi bersabda :" Barang siapa membaca Surat Waqiah setiap hari , maka ia tidak akan mengalami kefakiran selamanya.                
Amalkanlah...insyaallah............

Kalau bab berdoa, doa agar dipermudahkan urusan didunia dan diakhirat adalah yang terbaik.......


Tuesday, 12 April 2011

ISTERI DAN TANGGUNGJAWAB............

Lelaki di Malaysia mempunyai hubungan intim terlarang kerana isteri mengabaikan tanggungjawab terhadap suami mereka. Suami dalam perjalanan pulang kerumah dari tempat kerja mungkin melihat atau bertembung dengan perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu syahwat mereka dan ingin bersama isteri bila tiba dirumah. Isteri pula mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Didalam islam, isteri sepatutnya berhenti daripada melakukan kerja yang sedang dilakukan untuk memenuhi kehendak suami. Itu adalah antara yang diucapkan oleh presiden PERKASA, Encik Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Kenyataan yang mempunyai maksud tersirat menyalahkan kaum hawa atau isteri apabila suami mencari makan diluar tanpa mengambil kira tanggungjawab serta pengorbanan seorang isteri atau ibu dan tidak mengiktiraf sumbangan kaum hawa didalam sebuah institusi keluarga amat menyentuh perasaan. Disebalik kenyataan yang kurang bijak itu, jika dilihat dari aspek yang lain ia juga memberi kesan negatif kepada kaum adam kerana ia mencerminkan bahawa lelaki Malaysia ialah lelaki jenis kemaruk seks dan mempunyai mentaliti dan tahap pemikiran yang rendah.

Janganlah bawa kaum hawa kembali ke zaman jahiliah yang menganggap kaum hawa adalah barang perniagaan yang menghasilkan keuntungan yang lumayan dan menyifatkan kaum hawa itu ialah tempat memuaskan nafsu semata-mata atau lebih dikenali sebagai hamba seks.

Dizaman Rasulullah, baginda memertabatkan kaum hawa kerana menyedari bahawa kaum hawa adalah insan istimewa yang diciptakan Allah untuk kaum Adam. Keistimewaan itu menunjukkan bahawa Islam meletakkan kaum Hawa pada darjatnya yang tidak ada pada kaum Adam.

Diantara keistimewaan kaum hawa ialah :-

• Doa kaum hawa yang lebih cepat dimakbulkan daripada kaum adam. Ini kerana ibu lebih penyayang       daripada bapa dan doa orang yang penyayang itu lebih cepat diterima.

• Apabila seseorang wanita mengandungkan janin dalam rahimnya, maka malaikat memohon ampun untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

• Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Alllah mencacatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

• Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa seperti keadaan ibu yang melahirkannya.

• Apabila seseorang wanita melahirkan anak, lalu disusui daripada puting payudaranya, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu itu diberi satu kebaikan.

• Apabila ibu tidak tidur semalaman memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

• Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya laksana orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

• Sesiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada lelaki. Maka sesiapa yang menggembirakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

• Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

• Wanita yang bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, memelihara klehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah ia dari pintu yang disukainya.

Mampukah seorang ibu normal yang hubungannya dengan anak sejak janin membiarkan anaknya kelaparan hanya untuk melayan nafsu suami walau untuk seketika saja? Sanggupkah seorang isteri meninggalkan bapa yang sakit tenat hanya untuk melakukan seks dengan suaminya? Bagaimana pula keadaannya dengan isteri yang bekerja membantu suami untuk menaikkan taraf ekonomi keluarga? Bagaimana dengan keadaan isteri yang dalam haid dan nifas? Memang tidak dinafikan isteri wajib taat kepada suaminya tetapi dalam konteks ini sikap toleransi atau bertolak ansur adalah elemen penting dalam menjaga sesuatu hubungan. Hubungan seks bukan hanya untuk melepaskan gian tetapi ianya satu hubungan yang berlandaskan keikhlasan, kejujuran, kerelaan, saling mengerti dan memahami antara pasangan suami isteri dan dari situ ujud perasaan yang menguatkan hubungan kasih sayang dan saling mempercayai.

Kalau nak bercakap atau berucap sekali pun kena fikirlah dulu kesannya. Jangan main hentam saja. Janganlah buatkan orang lain berfikiran bahawa agama islam itu agama yang menindas kaum wanita sedangkan islam itu adalah cara hidup yang sempurna menuju kejalan Allah.  




Monday, 11 April 2011

BAPAKU.....ANUGERAH TUHAN

Semalam lepas isya kami buat  kenduri doa selamat menyambut harijadi bapa ke 87 tahun, selepas jemputan yang terdiri dari qariah masjid dan jiran balik,  dikelilingi anak cucu dan cicit kami suruh bapa potong kek. Seronok-seronok je. Alhamdulillah dia sihat dan boleh berjalan. Dalam usia begitu dia juga masih boleh  mendengar cerita anak dan cucu selain  buat lawak..boleh tanya soalan cepumas lagi..dialah bapa anugerah tuhan.





1,2....3 cepat semua nyanyi "Happy birthday Atok!"

Anak......
Mastura @ Rokiyah, Mohd Ali, Maskinah, Masdiah, Hj Abdul Rahman, Hasimuddin, Rosnani, Hajah Noraini dan Maslinah.

Cucu....
1. Edzrie Syahriz (26/9/1980),  2. Rafiq Syahriz (20/11/1981),  3. Arfinah (16/11/1982) 4. Amar Syahriz (16/1/1984) 5. Mohd Hafiz (24/8/1986) 6. Nurlina (22/8/1987) 7. Nurliyana (22/8/1987) 8. Mohd Anuar (6/11/1987) 9. Nursadrina (19/11/1987)  10. Muhammad Tarmizi (21/5/1988) 11. Arif (16/7/1989) 12. Mohd Safwan (3/9/1989) 13. Mohd Kamarul (2/6/1990)  14. Mohd Alimin (17/3/1991) 15. Nuratiqah (30/10/1991) 16. Mohd Rafieuddin (31/12/1992) 17. Khairunisa (7/3/1993),18.  Siti Raihana (8/2/1994) 19. Mat Salleh (18/2/1994) 20. Nurathirah (7/3/1995)    21. Nurizzah (2/4/1996)   22. Nuraqilah (2/9/1998) 23. Muhammad Hidayat (17/9/1998) 24. Amirdin (23/10/1998)  25. Omardin (15/11/2000) 26. Salma Hayat   (6/9/2002)  27. Yasirdin (23/7/2006)  28. Nur Damia Batrisya (16/1/2008) 29. Nurdiana (10/8/2008) 30. Mohd Danish Danial (31/3/2009)


Cicit......

Akid Wafi ...........AW



Akalil Waqiuddin ........ AW




Thursday, 7 April 2011

MENCARI KEBENARAN......MENEGAKKAN KEBENARAN.......

Adalah lumrah dalam hidup manusia mencari kebenaran apabila berlaku penipuan dan penindasan. Mungkinkah kita akan bertemu kebenaran hakiki? Dalam kehidupan diakhir zaman dengan keaadaan manusia tidak lagi mampu menilai yang benar atau salah, yang hak atau yang sesat, kehidupan kita penuh kekeliruan dalam mencari kebenaran dalam erti kata sebenar. Kebenaran masa kini dinilai jika satu isu itu disokong oleh majoriti maka itulah kebenaran, jika penjelasan itu keluar dari mulut orang yang berpengaruh dan kaya raya, itulah kebenaran dan apa saja perkataan yang diucap oleh pegawai atasan atau pemimpin politik itu juga kebenaran. Semuanya benar belaka. 

Hari ini ujudnya pembida’ah tidak terkira banyaknya. Bida’ah dengan definisi mudah adalah perkara-perkara yang direka-reka. Golongan yang sewenang-wenangnya membida’ah ini cuba mentafsirkan nas-nas dari al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. dengan hawa nafsu sendiri sehingga pelbagai tafsiran yang tidak munasabah diperolehi demi mencapai sesuatu untuk kepentingan diri dan pengikutnya. 
Beberapa sabda Rasulullah berkaitan bida’ah: 

Sabda Rasulullah S.A.W.bermaksud: …Seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka-reka (muhdathatuha) dan setiap yang direka itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat. (Riwayat Muslim). 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: …Setiap yang direka ialah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat ke dalam neraka. (Riwayat al-Nasaie). 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Setiap yang mengada-adakan sesuatu pada ajaran kami ini sedang ia bukan darinya maka ianya tertolak. (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Kucar kacir kehidupan umat kita dibuatnya. Inilah akibatnya apabila umat manusia tidak lagi berjalan diatas landasan As-Sunnah. Walaubagaimanapun masih ada umat yang diberi hidayat atau petunjuk dalam mencari kebenaran. Jumlahnya terlalu sedikit. Mereka-mereka ini terdiri dari umat yang sentiasa bersyukur keatas nikmat Allah SWT, mematuhi arahannya dan menjauhi akan segala larangannya. Hidayat atau petunjuk itu tidak datang sendiri, sebagai umat islam kita mesti berusaha kearahnya.Wallahualam. 

Diakhir zaman ini juga ramai penegak-penegak kebenaran masing-masing ingin menegakkan kebenaran. Berbeza dizaman para rasul menegakkan kebenaran adalah perjuangan menegakkan kebenaran agama Allah iaitu ugama islam. Rintangan yang terpaksa mereka hadapai, segala pengorbanan yang harus mereka lakukan dan penderitaan yang mereka lalui tercatat didalam buku sejarah para rasul yang sepatutnya dijadikan panduan dalam menegakkan kebenaran.

“Jangan buat perbandingan” Itu istilah saya tetapi membaca buku sejarah Nabi Ibrahim A.S mengenai perjuangannya menegakkan kebenaran ugama islam dan membandingkan dengan penegak kebenaran yang menegakkan kebenaran dengan menayangkan video lucah adalah sesuatu yang memalukan dan pada masa yang sama amat melucukan…. Astaghfirullahalazim.