Neymar Da Silva Santos Junior ialah pemain bolasepak kelab Santos juga mewakili Brazil diperingkat antarabangsa.
haniksam
Thursday, 22 November 2012
Saturday, 17 November 2012
KALAU POLIS PUN MEROGOL..WAJAR KAH KITA MERASA ANAK PEREMPUAN KITA SELAMAT BILA KELUAR RUMAH..
Hari ini TV3 berita terkini sebelah petang, Hishamuddin Tun Husin berjanji akan mendedahkan hasil siasatan kes rogol yang dilakukan oleh tiga anggota polis keatas seorang amah warga Indonesia disebuah Balai Polis di Pulau Pinang.
Kadang-kadang terlintas difikiran beberapa persoalan, adakah ini kes pertama atau mungkin ada lagi kes serupa yang dilakukan oleh anggota polis sebelum ini tetapi dipadam dari rekod? Kenapa tidak diambil tindakan dan tidak dihebahkan dimedia seperti kes-kes yang dilakukan oleh orang awam? PDRM atau Polis DiRaja Malaysia ketika merekrut anggota baru tidakkah mereka mempunyai panduan atau guideline ciri-ciri individu yang diperlukan sebagai bakal anggota polis? Sebelum bertugas tidakkah mereka ini dihantar mengikuti kursus, yang pastinya diantara kandungan kursus ialah etika kerja sebagai anggota polis.
Tiga, empat hari yang lepas anggota polis rogol amah warga Indonesia, kejadian merogol anak tempatan kita tak tau. Maklumlah polis, bila diorang gertak dan ugut, perempuan yang dirogol takut untuk membuat laporan polis.
Mereka yang sepatutnya bertindak sebagai pelindung dan memastikan keharmonian antara janji anggota polis kini sudah berubah tanggungjawab kepada pemusnah, penghancur masa depan. Jadi buat apa ada polis buat perhabis duit.
Bagi ibubapa yang ada anak perempuan, wajarkah mereka merasa selamat ketika anak perempuan mereka berada diluar rumah?
Ketika amah Indonesia tersebut datang untuk mencari rezeki patutkah kita marah dia? Dengan kudrat wanita untuk melawan tiga lelaki mampukah dia? Dalam membantah perlakuan anggota polis tersebut, sebuah badan bukan kerajaan Indonesia BENDERA telah mengadakan demonstrasi berhampiran rumah Duta Malaysia dengan membakar bendera Malaysia, apa kita nak buat? DISINI
Thursday, 15 November 2012
THE 13TH GENERAL ELECTION IN 2013
For the superstitious, the number 13 brings the test, the suffering and the death. It mostly means death of a struggling period and a new beginning. It marks the uncertainty, the hesitation, the fickleness or again a transformation, the end of something (the death) and a renewal.
Some believe, this number brings bad luck or misfortune.
As a person who practice Islam, the number 13 is just like any other numbers.
BENARKAH INI ROSMAH ISTERI PM..JANGAN BUAT DOSA KERING, TUDUH SEMBARANGAN
Tak berani nak cakap lihat dan nilai sendiri KLIK DISINI
SEIMBANGKAN KEPENTINGAN PENGGUNA, JANGAN NAK UNTUNG SAJA-PENIAGA ONLINE
Tidak ada batasan atau peratus tetap bagi jumlah keuntungan yang diambil dari sesuatu transaksi perniagaan berdasarkan hukum Syarak, 'DISINI'
Apabila seorang pengguna membeli secara online walau tanpa akad 'aku jual aku beli' dan samada disertai perasaan redha kedua-dua belah pihak, peniaga sepatutnya bersikap adil dengan meyeimbangkan kepentingan pengguna dengan keuntungan yang mereka dapat dari transaksi perniagaan yang mereka jalankan. Berbanding dengan peniaga-peniaga online diluar negara, peniaga online dinegara kita lebih mementingkan keuntungan dan kurang telus. Contohnya website yang mengiklankan produk tanpa memaklumkan pengguna bahawa produk yang diiklankan tidak tulin (bukan original), kurang menekankan kualiti dan kurang memberi perhatian keatas pengesanan penghantaran (tracking delivery).
Semalam ketika sedang menunggu bas ekspress untuk meneruskan perjalanan, saya berkesempatan bersembang dengan beberapa pelancong Korea yang datang melawat ke Sabah. Cerita berkisar mengenai promosi yang kurang mengenai keindahan semula jadi negeri Sabah hinggalah topik kemudahan internet, kurang minat membaca masyarakat setempat dan akhirnya perniagaan online. Seorang dari mereka memberitahu bahawa dibeberapa negara Eropah dan Asia, sebuah Biro ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu peniaga dan pengguna online. Kurang pasti jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mempunyai peruntukkan-peruntukkan yang melindungi peniaga dan pengguna online (atas talian).
Tuesday, 13 November 2012
ESOK JANGAN LUPA BACA DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH...
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa ini hendaklah dibaca selepas asar kira-kira beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
DOA AWAL TAHUN
Dibaca selepas solat fardhu maghrib pada malam awal tahun Hijrah
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
PM BARU BANGUN TIDUR.......
Kenapa baru cakap pagi ni, kenapa tak cakap semalam? Semua orang dah pegi kerja baru nak cakap.
Najib baru teringat pagi ni yang Wilayah Persekutuan Labuan tu rupanya sebuah wilayah Kerajaan Malaysia dan lantas mengumumkan cuti Hari Deepavali sebagai cuti umum bagi rakyat Labuan. Wilayah yang disekitar perairannya menghasilkan minyak petroleum mentah dan wilayah yang menempatkan loji gas methanol, yang dianggarkan menyumbang kira-kira 18.7 % kadar pendapatan negara. PM kita pelupa rupanya, bahaya penyakit pelupa ni (Alzheimer). Ada orang kata penyakit lupa disebabkan selalu makan kepala ikan. Mungkin itu sebabnya masa kecil dulu bapa tak bagi makan kepala ikan.
Sunday, 11 November 2012
ORANG KAWIN.....BELANJA KAWIN
Cuti sekolah bermula majlis perkahwinan disana sini. Minggu ini aku menerima tiga jemputan kahwin. Insyaallah jika tidak ada halangan aku hadir. Ada yang berpendapat ikatan perkahwinan yang diikat dengan akad nikah adalah diibaratkan seperti mendirikan sebuah masjid. Katanya lagi para syaitan akan menangis kerana sudah tidak dapat membisikkan hasutan untuk berbuat maksiat. Bergantung kepada jadual jurunikah disesebuah mukim, acara biasanya dijalankan pada sebelah petang selepas sembahyang Jumaat.
Teringat kisah ketika menghadiri majlis pertunangan dan menghantar belanja kira-kira dua bulan lepas. Ketika perbincangan berjalan, aku tercuri dengar perbualan dua orang wanita;
Wanita 1 : "Aku kalau anakku si Ijah kena risik aku minta belanja RM15,000".
Wanita 2 : "Apa kerja kawan si Ijah tu?
Wanita 1 : "Bisnes"
Wanita 2 : "Bisnes apa?"
Wanita 1 : "Pagi dia hantar surat khabar, petang jual goreng pisang cheese malam pula jual burger".
Betullah tu, bila ada urusniaga jual beli diantara pengguna dan pembekal barangan atau perkhidmatan bisneslah namanya. Harus diingat dengan teknologi terkini berapa orang sangat yang membaca surat khabar, perniagaan goreng pisang dan jual burger sudah terlalu lama dan pesaingnya ramai. Bolehkah simpan RM15,000 dalam masa setahun? Setengah orang tua atau ibu bapa berkata jumlah yang kami minta itu pun tidak seberapa dan tidak dapat menebus perbelanjaan yang telah kami keluarkan untuk membesarkan anak kami. Pemikiran singkat yang tidak harus diterima.
2 perkara yang dilihat yang patut difikirkan oleh ibubapa:-
(1) Fakta wanita lebih ramai dari lelaki. Kadar yang dianggarkan adalah1/3 lelaki : 2/3 perempuan
(2) Sekiranya seorang wanita berkahwin pada umur 21 tahun bermakna perbelanjaan yang dikeluarkan oleh ibubapa hanya setakat umur wanita itu 21 tahun. Jikaditakdirkan wanita itu hidup sehingga 71tahun bermakna silelaki atau suami telah menanggungnya selama 50 tahun.Kenapa harus pertikaikan tanggungjawab kita terhadap anak-anak kita.
Kenapa tidak kita ubah persepsi kita terhadap belanja kawin atau wang hantaran. Bila ada lelaki merisik atau meminang anak kita, kita siasat latar belakangnya jika dia dari keluarga yang baik-baik dan tidak meninggalkan solat, terima saja pinangannya.
Pendapat Ustaz Kazim mengenai kawin......
Tuesday, 6 November 2012
SIMPLE PLAN - PRIHATIN
Simple Plan adalah sebuah
kumpulan rock yang sebelum ini tidak pernah ku ketahui keujudannya berasal dari Montreal, Kanada. Kumpulan yang
dikatakan cukup prihatin dengan isu mengeksploitasi kanak-kanak yang berleluasa
dinegara-negara membangun.
Lagu 'The Song Saved My Life'
Lagu terbaru mereka "The Song Saved My Life" adalah berdasarkan kisah dua orang buruh kanak-kanak yang dipaksa bekerja digedung pakaian di Hongkong tanpa diberi gaji. Berusaha untuk melepaskan diri dari cengkaman majikan yang tidak berperikemanusiaan, kanak-kanak ini akan menyisipkan secebis kertas tertulis "Help Me" (didalam dialek mereka) kedalam lipatan baju untuk pelanggan gedung tersebut. Kanak-kanak ini akhirnya berjaya dibebaskan setelah seorang dari pelanggan memberikan cebisan kertas tersebut kepada pihak polis yang kemudiannya menyamar sebagai pelanggan dan seterusnya menahan pemilik gedung tersebut untuk siasatan dan pendakwaan.
Monday, 5 November 2012
COME ON NONG CHIK ... MAKE IT HAPPEN
EMBARKING A JOURNEY TO FULFILL ALL THE LABUANESE LONG TIME DREAM ....THE BRIDGE LABUAN MENUMBUK...COME ON NONG CHIK DON'T FLIP FLOP...WE ARE EXHAUSTED....IT HAS BEEN MORE THAN 15 YEARS...
STUDY & RESEARCH BEEN DONE (READ HERE) - BAH INI KALI LAH..!!
STUDY & RESEARCH BEEN DONE (READ HERE) - BAH INI KALI LAH..!!
Subscribe to:
Posts (Atom)