haniksam

haniksam

Sunday, 30 September 2012

ISU BAJET..NO COMMENT..ITU YANG TERBAIK

Seperti biasa setiap kali selepas pembentangan bajet negara, pelbagai reaksi dari lapisan masyarakat samada menyambut baik, kecewa dan buat tak tau. Aku termasuk didalam golongan 'buat tak tau'. Kalau nak cerita pasal bonus 1 1/2 bulan, aku bukannya penjawat awam. Bagi aku bajet yang aku nampak tidak banyak beza, tidak ada yang istimewa bagi orang yang tinggal dipulau macam aku dimana kos kehidupan adalah yang tertinggi diantara kawasan-kawasan dinegara ini berbanding dengan upah atau pendapatan individu. It's a matter of ubah sana sikit sini sikit, tambah sikit dan ubah digit atau nombor. Itu diatas kertas tetapi yang kita tidak pasti ialah realiti dan pelaksanaannya. 

Aku pernah terbaca sebuah buku mengenai ekonomi Islam zaman Rasulullah SAW dan cuba melihat isu bajet ini dari perspektif Islam.Jika dibuat kesimpulan dari buku tersebut Islam memiliki sistem yang tersendiri yang datangnya dari wayhu. Daulah Khilafah pernah menaungi dunia dengan pengurusan ekonomi yang cukup hebat semasa kekhilafahan Abasiyyah dan Uthmaniyyah. Keberkesanan Omar Al-Khattab dalam menguruskan ekonomi negara. Semuanya ini adalah dari tunjuk ajar Rasulullah SAW berdasarkan peraturan yang diturunkan dari 7 petala langit. 

Aku tak tau kalau terlepas pandang atau skip dalam pembacaanku tetapi aku tidak menemui bab dimana para Khalifah atau Rasulullah SAW membuat pembentangan bajet negara yang mesti diluluskan oleh majoriti yang terdiri dari manusia didalam sebuah bangunan yang dipanggil parlimen.



Petikan dibawah cukup baik untuk dibuat panduan:

Bajet Kapitalis vs Bajet Islam

Baik secara umum mahupun secara rincinya, bajet yang dibentangkan oleh kerajaan adalah bertentangan dengan Islam. Ini kerana, hal ini tidak pernah ditunjukkan oleh Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda, 

“Sesiapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati urusan kami maka ia adalah tertolak” [HR Muslim dan Ahmad]

Antara sebab dan nas-nas lain adalah:-

Pertama: Sumber pendapatan terbesar bajet Kapitalis adalah dari cukai atau berasaskan cukai. Padahal, memungut cukai adalah sesuatu yang teramat jelas haramnya. Islam telah menerangkan keharaman cukai dengan tegas di mana Rasulullah SAW bersabda, 

“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga.” [HR Ahmad, Abu Dawud dan Al-Hakim]. 

Sabda baginda yang lain, 

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad]

Baginda juga bersabda, 

“Sekiranya kamu menjumpai pemungut ’usyur (cukai yang dipungut di sempadan antara negara Islam dan negara kufur), maka bunuhlah dia” [Musnad, Imam Ahmad bin Hambal]

Justeru, haram bagi negara memungut cukai dari rakyat untuk pendapatan negara.

Kedua: Bajet itu juga tidak membezakan jenis pemilikan yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu antara pemilikan individu, pemilikan negara dan pemilikan umum. Oleh itu, adalah haram jika kerajaan mengumpul harta kekayaannya hasil daripada cukai atau hasil dari rampasan milik individu (milkiyyah al-fardiyyah) seperti pelbagai jenis cukai dan bayaran paksaan lainnya. Juga, haram bagi kerajaan mengaut keuntungan dari kekayaan/hak yang berupa milik awam (milkiyyah al-ammah) seperti minyak, gas, galian, air, elektrik, pendidikan, kesihatan dan seumpamanya Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, 

“Harta seseorang Muslim itu tidak dihalalkan (bagi Muslim yang lain), kecuali dengan kerelaan hatinya.” 

Baginda juga bersabda, 

“Harta setiap orang Islam, kehormatannya dan darahnya diharamkan bagi orang Islam yang lain” [HR Abu Dawud dan Ibnu Majah]

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi SAW bersabda, 

“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]

Anas r.a pula meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas r.a tersebut dengan tambahan, “wa tsamanuhu haram” (“dan harganya adalah haram”).

 Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda,

“Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah]. 

Air, padang ragut dan api (tenaga) adalah tiga perkara yang Rasulullah benarkan semua orang berkongsi di dalamnya dan baginda melarang mana-mana orang/pemerintah menghalangi orang lain dari menggunakannya, apatah lagi mengaut keuntungan darinya sepertimana yang dilakukan pemerintah saat ini. 

Ketiga: Bajet Kapitalis yang dibentangkan ini juga tidak memasukkan zakat sebagai satu unsur yang sepatutnya dijadikan punca pendapatan Negara, walhal terdapat begitu banyak nas tentang kewajipan memungut zakat untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf. Dan zakat ini adalah salah satu dari pendapatan negara.

Ada pun di dalam Daulah Islam, salah satu struktur dalam pemerintahan Khilafah adalah Baitul Mal. Baitul Mal merupakan sebuah autoriti yang bertanggungjawab terhadap setiap pendapatan dan perbelanjaan negara yang menjadi hak kaum Muslimin. Oleh itu, setiap harta sama ada tanah, bangunan, bahan galian, wang atau barangan apa pun yang mana kaum Muslimin berhak ke atasnya mengikut hukum syarak, maka ia menjadi tanggungjawab Baitul Mal untuk menguruskannya. Baitul Mal berada di bawah pengawalan Khalifah secara langsung atau di bawah kawalan orang yang dilantik Khalifah untuk mengurusinya.. Dalil tentang kewujudan dan peranan Baitul Mal ini sudah cukup masyhur di dalam hadis dan juga Ijmak Sahabat. Dari segi pembahagian struktur Baitul Mal mengikut pendapatan dan perbelanjaan negara (berdasarkan hukum syarak), Baitul Mal dibahagikan kepada dua bahagian: 

PertamaAl-Waradat (Bahagian Kemasukan/Pendapatan) yang mempunyai 3 Diwan/seksyen yang terdiri dari:-

(i) Diwan Fai’ dan Kharaj (meliputi ghanimahkharajjizyah, tanah-tanah, fai’ dan juga   dharibah), 

(ii) Diwan Pemilikan Umum (meliputi kemasukan/pendapatan dari petroleum, gas, elektrik, galian mineral, laut, sungai, hutan, padang gembalaan, hima dan sebagainya), 

(iii) Diwan Zakat (meliputi zakat wang – emas dan perak, perdagangan, pertanian, ternakan dan lain-lain). 

KeduaAn-Nafaqat (Bahagian Perbelanjaan) yang terdiri dari 8 Diwan iaitu”

(i) Diwan Dar al-Khilafah 
(ii) Diwan Kemaslahatan Negara 
(iii) Diwan Subsidi 
(iv) Diwan Jihad 
(v) Diwan Pengelolaan Zakat 
(vi) Diwan Pengelolaan Pemilikan Umum 
(vii) Diwan Keperluan Dharurat dan 
(viii) Diwan Anggaran, Pengawalan dan Pengawasan Umum.

Sesungguhnya sistem dan hukum Islam tentang bajet jelas berbeza dengan sistem demokrasi. Setiap pendapatan dan perbelanjaan dalam Islam (yang disebut di atas) terdapat nas khusus yang membincangkannya secara terperinci [sila rujuk perbincangan lanjut di dalam kitab Nizamul Iqtisadi Fil Islam, Syeikh Taqiuddin an-Nabhani dan Al-Amwal Fi Daulatil Khilafah, Syeikh Abdul Qadim Zallum].Namun sayangnya pemerintah kita langsung tidak merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah di dalam menyiapkan suatu bajet. Begitu juga para pembangkang yang tidak pernah mempertikaikan atau memuhasabah pemerintah di Parlimen bahawa bajet yang dibentangkan adalah bercanggah dengan hukum syarak.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sudah puluhan tahun kita menyaksikan, setiap kali bajet dibentangkan oleh Menteri Kewangan, yang biasanya juga adalah Perdana Menteri, setiap kali itulah para pengampu dari kalangan menteri-menteri atau kakitangan atau penyokong kerajaan memuji Perdana Menteri melangit. Media pengampu kerajaan juga sama halnya, memuji dan memuja Perdana Menteri dari hujung rambut sampai hujung kaki dan menghebahkan kepada rakyat bahawa inilah bajet terbaik yang merangkumi semua aspek. Setiap tahun setiap kali bajet dibentangkan, mereka  akan mengatakan ‘inilah bajet terbaik...inilah bajet rakyat...’ dan sebagainya. Di sebalik bajet terbaik yang dikatakan untuk rakyat yang dibentangkan saban tahun, hakikatnya, saban tahun juga kita menyaksikan rakyat semakin menderita dan memberontak. Masalah kemiskinan tidak pernah dapat dihapuskan, bahkan ada kalanya semakin meningkat. Buktinya ada di depan mata, malah diakui sendiri oleh kerajaan. Dasar Ekonomi Baru contohnya diakui oleh kerajaan tidak pernah mencapai matlamat, bahkan masih terlalu jauh dari sasaran walaupun sudah berpuluh tahun dilaksanakan. Rakyat yang berpendapatan rendah masih menjadi golongan teramai, malah ada yang masih tidak terpenuhi keperluan asas mereka. Berita mengenai kemudahan awam yang terabai oleh kerajaan yang menjejaskan keselesaan hidup rakyat sering dipaparkan di media elektronik dan media cetak. Berita mengenai kemiskinan dan penderitaan rakyat juga sering tersiar. Aneh! Sungguh aneh! Saban tahun Perdana Menteri membentangkan bajet yang dikatakan ‘untuk rakyat’, hakikatnya rakyat tetap menderita dan sengsara, dan yang semakin kaya raya adalah golongan penguasa dan golongan Kapitalis raksasa. Justeru, salahkah kalau kita mengatakan bahawa bajet yang dibentangkan setiap tahun bukanlah bajet untuk rakyat tetapi bajet yang dibentangkan oleh sang Kapitalis, dari Kapitalis untuk Kapitalis?




Thursday, 20 September 2012

Pemimpin parti politik buat lawak di Labuan......

Mengikuti perkembangan semasa.....

Permohonan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah sudah berlarutan lebih 25 tahun. Permintaan ini tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan memerintah atas alasan tidak praktikal kerana kos yang bakal ditanggung terlalu tinggi.
 
Kenapa jambatan itu perlu? Ada hospital besar tapi tak ada pakar. Lagi sekali meletakkan pakar di Hospital Nukleus Labuan adalah tidak praktikal kerana nisbah kepadatan penduduk tidak memerlukan pakar di Labuan. Jika pesakit dalam keadaan parah atau kritikal kena pergi ke Kota Kinabalu. Ada duit boleh naik kapal terbang kalau tidak naik bot atau feri klas besi buruk saja.
 
Pembekal barang keperluan mengambil kesempatan keatas pengguna atau rakyat Labuan dengan mengenakan harga yang tinggi atas alasan kos pengangkutan yang meningkat.
 
Semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri  beberapa bulan lepas, berkata kena tunggu bulan jatuh keriba baru ada jambatan.

Tarikh 15hb September Datok Seri Anwar Ibrahim tiba di Labuan dan ketika menyentuh mengenai jambatan, dia kata jika PKR menang di Labuan, di Putrajaya serta mengambil alih tampuk pemerintahan, permintaan pembinaan jambatan akan dikaji.

Pada tarikh yang sama muka depan akhbar Utusan Borneo memaparkan seperti dibawah "Umno Labuan Lulus Usul-Pembinaan Jambatan"


 
 
Dengar kabar PM akan melakukan lawatan kerja ke Labuan bulan depan.....kurang pasti nak sebut pasal jambatan ke tidak? Setengah penduduk Labuan berpendapat isu jambatan akan menjadi realiti disatu hari nanti. Ada pula yang sudah berusia bersikap seperti orang Utara kata, "biaq pi la depa, nak cakap apa, cakap depa bukannya betui pun"

Monday, 17 September 2012

Protes "Innocence of Muslims"

Di London

di Masjid Al Aqsa ...muslimin mengangkat Ar Roya dan Al-Liwa

di Morocco (Maghribi)

Negara Islam didunia dan beberapa negara walaupun minoriti berugama Islam mengutuk serta  memprotes tayangan the "Innocence of Muslim". Filem trailer tersebut dikatakan menghina Rasulullah SAW. Dinegara kita ada juga kedengaran suara protes yang hanya kedengaran sayup-sayup...walaubagaimanapun negara kita sudah ada pengarah yang mengarahkan filem berlandaskan sunnah nabi. Cuba LIHAT DISINI . 



Thursday, 13 September 2012

Ingatkan sudah habis, rupanya ada lagi alat pemanas (heater) jenama lain..

Ia bermula disini........




Apabila seorang pemilik akaun Facebook dengan nama Emaliza Lizaema (Ema) pos komen yang boleh dikategorikan sebagai menghina penduduk negeri Sabah yang dianggapnya sebagai pengotor.



Selepas itu ada pula facebookers yang lain cuba nak siram minyak tanah atas bara api..


Nampak pula ini diakhbar tempatan di Sabah.....
 
Tiba-tiba ada pula alat pemanas jenis ini dipasaran, cuba lihat  KLIK DISINI 

 

Pung pang pung pang..!!!!
 Lepas tu isu tarian kebudayaan suku kaum dusun/ kadazan pula...http://suarapakatanrakyat.com/2012/09/tarian-sumazau-untuk-golongan-rendah-akhlak/# Tidak dapat dipastikan jika link ini masih ujud tetapi diantara kandungan post didalam blog tersebut adalah seperti dibawah:-
 

Yang racist tu bukan orang Sabah dan Sarawak, orang Sabah & Sarawak tu adalah mangsa keadan sebenar.........


 

Tuesday, 11 September 2012

Saat kita terlupa suami atau isteri dan anak-anak....

Ada 3 keadaan atau saat kita akan terlupa isteri atau suami serta anak-anak.....


Pertama,  saat apabila buku catatan amal berterbangan menghampiri pemiliknya. Tidak seorang pun tahu samada buku amal tersebut datang dari sebelah kanan atau kiri. Setiap orang menunggu lembaran amal dan hasil kehidupan dunianya. Ia tidak tahu selamatkah  atau hancurkah ia, di syurga atau di nerakakah tempatnya. Setiap orang akan sibuk akan dirinya, pasti memikirkan dosa-dosa yang telah dilakukan semasa didunia.

Kedua, saat timbangan amal diletakkan untuk mengetahui mana yang ringan dan mana yang berat. Amal ibadat kah atau perbuatan kejinya.
 
“Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala) nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.” ( Al Anbiya’ : 47 )

“Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihatorang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apayang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata:
“Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yangbesar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada(tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorangjuapun”.( Al Kahfi : 49 )
 
Ketiga,  saat mula melalui jambatan ( shirath ).Tidak ada seorang pun yang mengetahui, apakah ia akan berhasil atau terjatuh jika gagal melalui jambatan itu. Jambatan itu ialah jambatan yang merentangi  dan terletak diatas neraka jahanam. Dari orang pertama dan terakhir semuanya bakal melalui jambatan tersebut.
 
 

Sunday, 9 September 2012

BAJET 2013:Peningkatan Peruntukkan Demi Kebajikan Rakyat


Berapa agaknya yang diperuntukan untuk membela kebajkan rakyat di Wilayah Persekutuan Labuan? ‘Demi kesejahteraan Rakyat’ …adakah... yes…!!(thumbs up) atau kah kah kah .....!! (Tipah tertipu lagi) 

Mungkinkah jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Tanah Besar Sabah? Atau sebuah cruise untuk menggantikan feri yang semakin tenat  yang boleh diklaskan sebagai besi buruk? Mungkin juga kemudahan dan frasarana yang lebih canggih dihospital Nukleus Labuan. Hospital tersebut hanya mampu memberi  khidmat untuk sakit atau demam biasa saja.   Boleh dikatakan khidmat penahan sakit, ubat batuk dan cedera akibat kemalangan ringan. Bagi kes yang lebih berat dan memerlukan pakar  pesakit akan dirujuk  ke Kota Kinabalu. Itu pun bagi orang yang mampu, kalau tak mampu diam sajalah.

Bajet 2013 yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada 28hb September ini bakal menyaksikan peruntukan kepada semua kementerian meningkat berbanding tahun ini bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang dan kebajikan rakyat terus terbela kecuali satu atau dua kementerian disebabkan rasionalisasi perbelanjaan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika ditemui oleh pemberita semasa menghadiri majlis rumah terbuka aidilfitri Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi berkata draf Bajet 2013 telah dibincang dan diluluskan oleh Kabinet Rabu lalu.

Katanya lagi "Kita telah berbincang dengan Bank Dunia dan kemudian di bawah inisiatif reformasi strategik (SRI) yang kita teliti perbelanjaan satu demi satu. Umumnya, semua kementerian akan dapat lebih peruntukan dan ada sedikit kementerian akan dapat kurang berdasarkan SRI”.