Mengurus Jenazah
Mengurus
jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan
oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa,
akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka
semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di
antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
1. Memandikannya.
2. Mengkafankan jenazah.
3. Solat ke atas jenazah.
4. Mengebumikannya.
Orang yang
berhak menguruskan Jenazah
Orang
yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan
keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati
bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta
Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.
Perkara-perkara
yang perlu diuruskan oleh warisnya
1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang
berhubung dengan kematian.
2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
Nota
: Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau
pengesahan dari doktor.
3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan
mengkafankan mayat.
4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
5. Urusan menggali kubur.
6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
8. Ucapan takziah
Sifat-sifat yang
mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah
1. Sifat berani.
2. Sabar.
3. Amanah.
4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
Persediaan dan
keperluan untuk memandikan Jenazah
1. Sediakan tempat mandi.
2. Sabun mandi.
3. Air daun bidara.
4. Air bersih.
5. Sugi - 7 batang.
6. Sarung tangan - 3 atau 5.
7. Sedikit kapas.
8. Air kapur barus.
9. Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan
mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah
disediakan seperti :
1. Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa
2. Gunting
3. Kapas
4. Cendana
5. Kapur barus
6. Air mawar
7. Minyak wangi (Minyak Attar)
8. Tikar jerami
9. Bantal (dari daun pandan)
10. Tempat mandi yang khas.
Cara memandikan
Jenazah
1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah
kiri.
4. Sediakan air sabun.
5. Sediakan air kapur barus.
6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras
dadanya.
8.Mengeluarkan kotoran dalam
perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam
mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.
9. Siram dan basuh
dengan air sabun sahaja dahulu.
10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang
telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat
dengan air sabun juga.
12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota
mayat sambil berniat :
Lafaz
niat memandikan jenazah lelaki :
"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah
Taala"
Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :
"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana
Allah Taala"
13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala
hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
14. Siram sebelah kanan 3 kali.
15. Siram sebelah kiri 3 kali.
16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian
lambung kanan sebelah belakang.
17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung
sebelah kirinya pula.
18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti
bil. 13 hingga 17.
19. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
20. Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :
"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini
kerana Allah s.w.t"
"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan)
ini kerana Allah s.w.t"
Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air
ke atas jenazah itu bermula
dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana
melaksanakan wuduk biasanya.
Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat
wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.
21. Siram dengan air sembilan.
22. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan
baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan
mayat.
23. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang
disediakan.
24. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
25. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat,
hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
26. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan
sempurnanya.
Cara-cara
mengkafankan jenazah
Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan
dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau
dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas
melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau
minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.
Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga
atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.
Ketiga : Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan
wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6.
Kedua tumitnya
Keempat
: Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain
kafan yang sudah dibentangkan.
Kelima
: Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada
bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.
Keenam
: Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang
paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali
daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.
Semua
tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di
bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.
Tulislah
kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak
wangi. Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.
Solat Jenazah
Dalam
mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah
dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua
orang. Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama
dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah
disolatkan oleh orang lelaki. Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah
seperti hal menguruskannya.
1.
Cara mengerjakan Solat Jenazah
Bagi
jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri
searah dengan kepala jenazah itu. Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah
berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu. Tentang tempat
untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau
di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu
luas dan bersih.
2.
Rukun Solat Jenazah
Solat
jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan
berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat.
Adapun rukunnya ada empat :
i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Bertakbir empat kali.
iv. Salam
3. Lafaz niat solat jenazah :
a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah
ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian
:
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah
ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas
jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana
Allah Taala"
d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas
jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana
Allah Taala"
e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas
jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana
Allah Taala"
f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas
jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana
Allah Taala"
4. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.
a. Takbir yang pertama :
Membaca lafaz :
Allahu Akbaru (Allah Maha Besar).
Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :
1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha
Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
4. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan.
5. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu
kami memita segala pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atas
mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang
yang sesat.
b. Takbir yang kedua.
Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian
dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :
"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami
Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat
pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan
atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas
keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha
Mulia".
c. Takbir yang ketiga :
Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk
memohonkan ampun pada si mati : "Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah
dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah
kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia
dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana
kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang
lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya
dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya
dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan
seksa neraka."
d. Takbir yang ke empat.
Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca
doa seperti di bawah ini: "Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak
sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya
dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului
kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada
orangorang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang."
Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan
palingkan ke kanan dan ke kiri.