haniksam
Friday, 29 April 2011
Monday, 25 April 2011
TEPUK DADA TANYA SELERA...............
Jangan jadi Pak Kaduk "menang sorak kampung tergadai". Cari jalan penyelesaian terbaik yang risikonya paling minima.
Ini bukan blog politik, cuma kongsi cerita politik sekali sekala.
Sunday, 24 April 2011
CILA..................!!!!!
"Cilaka punya kaling !" Terpacul dari mulut seorang hamba Allah apabila keluar dari sebuah kedai tekstil milik seorang keturunan India. Mana tidaknya iklan yang digantung menunjukkan promosi hebat sepasang kain berharga RM29.90. Yang kawan ni ambillah sampai tiga pasang dan bawa kekaunter bayaran sambil mengunjuk wang kertas RM100. Juruwang kata "Puan, tak cukup tambah lagi RM5, harga kain ni sebenarnya RM49.90 lepas diskaun kami bagi RM35" sambil menunjukkan tag harga pada kain tersebut. Juruwang menyambung, "kadang-kadang pelanggan ambil kain tu dari seksyen lain lepas tu diorang tak jadi beli sangkut balik kain tu dimana-mana mereka suka". Jangan kalah malu, bayar juga RM5.
Penipuan seperti ini berlaku hampir setiap tahun sekitar tiga atau empat bulan menjelang bulan Ramadhan. Sebagai pengguna berhati-hatilah.
Thursday, 21 April 2011
CERITA PANAS ARTIS.......
Semalam tersiar cerita panas dibeberapa blog mengenai seorang pelakon keturunan Turki berugama Islam, Sila Sahin yang membintangi drama telenovela 'Good Times Bad Times' di Jerman bergaya secara berani mendedahkan sebelah buah dadanya untuk majalah Playboy keluaran Mei 2011.
Sila berkata "Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas". "Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya dari semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya.". Sila memberitahu dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong untuk membuat pilihan, termasuk menentukan calon suami serta keperawanan mereka supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.
Beberapa hari lepas juga berita seorang artis Kris Dayanti yang berugama islam membuat pengakuan telah mengandung 4 bulan selepas sebulan bernikah dengan Raul Lemos pada bulan March tahun ini.
Gila semua ini...!!!!!!! Kebebasan yang mana mereka pilih? Saya merdeka dengan kebebasan yang saya ada sebagai wanita Islam.
Islam mempunyai prinsip tertentu yang menjadi dasar pandangannya terhadap 'kebebasan :-
Kebebasan perlu disepadukan dengan keadilan dan persamaan hak serta tanggungjawab dan kewajipan
Kebebasan perlu disertai dengan kelembutan, tolak ansur dan kasih sayang, tetapi dengan tegas dikuatkuasakan kawalan serta undang-undang
Kebebasan harus dinilai dengan kepercayaan kepada menghormati harga diri manusia.
Kebebasan perlu menyatupadukan hak individu dan kelompok masyarakat
Istilah kebebasan dalam Islam merangkumi definisi yang meluas tetapi tidak pula menceroboh kebebasan orang lain.
Kebebasan mesti berlaku dan diukur hanya dalam kerangka dan nilai ugama, akhlak, tanggungjawab, kebenaran akal dan logik serta nilai keindahan.
Tuesday, 19 April 2011
PELAJAR MENUMBUK CIKGU GUNA OBJEK DIPANGGIL BUKU LIMA
Labuan yang dulunya dikenali sebagai Pulau Labuan adalah bandar yang kecil, bila ada kisah kontroversi ianya cepat tersebar meniti dari mulut kemulut. Kisah mengenai seorang pelajar sekolah kebangsaan telah menumbuk seorang guru dengan menggunakan satu objek yang dipanggil buku lima. Apa sebabnya? Guru tersebut dikatakan menegur kawan pelajar yang terlibat berkaitan masalah disiplin. Laporan polis telah dibuat. Siasatan dilakukan oleh pihak polis, ibu bapa dan guru dipanggil. Dimana silapnya? Ramai yang memberi pendapat A sampai Z, ada yang menyalahkan guru kerana bertindak kasar, tidak kurang juga menyalahkan ibu bapa kerana kurang memberi perhatian kepada anak-anak, ada juga yang mengatakan pelajar tersebut bukan budak tempatan Labuan disebaliknya budak kad kuning. Budak kad kuning adalah istilah merujuk kanak-kanak pendatang Filipina yang ibu bapa mereka diberi taraf pelarian atau ada juga yang telah mendapat status penduduk sementara atau tetap.
Jika ditanya pendapat saya, saya tidak akan menyalahkan guru mahupun pelajar tersebut kerana dalam hal ini saya berpegang kepada prinsip bahawa pendidikan, pembelajaran awal bermula dari rumah bahkan ada pendapat dan kesimpulan dari kajian para saintis Islam yang mengatakan bahawa proses pembelajaran itu sepatutnya bermula ketika anak itu masih janin. Permakanan yang baik adalah yang tinggi kandungan protinnya adalah aspek penting dalam pertumbuhan otak. Jangan bagi anak kepala ikan bagi isi saja. Jangan bagi anak-anak makan makanan segera walaupun makanan itu diiktiraf dinegara barat. Tanggungjawab ibu bapa memantau pergaulan anak-anak, siapa kawan-kawannya, siapa ibu bapa kawannya, dimana mereka tinggal dan apa jua yang patut kita ketahui. .
Apabila mendengar atau diberitahu masalah yang berkaitan anak-anak kita samada masalah pembelajaran atau sosial jangan melompat atau melenting, sebagai ibu menyebut "Astagfirullah alazim' sambil memohon ampun kehadrat Allah SWT keatas segala kesilapan yang pernah kita lakukan adalah permulaan yang baik. Doa ibu cepat makbul doakan anak-anak yang baik-baik belaka.
Saturday, 16 April 2011
HOT ISSUE ........ 4 MINUTES
Yesterday one of my colleagues took a day off. He went back to Limbang to vote. Everybody seems to talk about Sarawak election. The media, blogs, my husband, my brother who live in Miri, my Sarawakian friends and those who have interest in it. Why do the election in Sarawak is so important? Every 5 years we have it, no big deal.
The B' Nation versus the Dumped Apple Pie, the Omega and the Holy Owly.
Thursday, 14 April 2011
NAK JADI JUTAWAN? BUKAN MLM, BUKAN SKIM CEPAT KAYA........
AMALAN UNTUK KAYA
3. AMALAN DENGAN AL-IKHLAS
4. AMALAN DENGAN SURAH YASIN
Yang disebut dengan amalan adalah suatu pekerjaan atau perbuatan yang dilakukan berulang-ulang dan konsisten. Allah SWT telah menentukan amalan setiap makhluknya dan begitu juga balasan dari amalan tersebut.
Berikut adalah beberapa amalan yang baik untuk kita lakukan untuk menjadi kaya...
1. AMALAN DENGAN
BISMILLAHIRRAHMANNIRROHIM
BISMILLAHIRRAHMANNIRROHIM
- Barang siapa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRROHIM sebanyak 313 kali ketika matahari terbit dengan menghadap qiblat kemudian membaca selawat 100 kali, maka Allah SWT akan memberinya rezeki yang tidak diduga
- Barang siapa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRROHIM sebanyak 12.000 kali, dan 1,000 kali setiap solat sunat 2 rakaat, lalu memohon rezeki yang banyak insyaallah akan termakbul
- Barang siapa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRROHIM sebanya 786 kali setiap hari selama 7 hari berturut-turut dengan maksud memperoleh rezeki yang melimpah , insyaallah akan diperolehinya.
2. AMALAN DENGAN AL-FATIHAH
- Barang siapa yang membaca AL-FATIHAH sebanyak 41 kali antara solat sunat qabliyah dan solat subuh. maka segala hutangnya akan terbayar, ada saja peluang mencari rezeki dan rezekinya juga tidak putus.
- Barang siapa membaca AL-FATIHAH setiap selesai solat subuh sebanyak 30 kali, selesai solat asar 20 kali, selesai solat maghrib 15 kali, selesai solat Isya' 10 kali, maka rezekinya akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
- Jika hari Ahad jatuh pada 1 haribulan ( bulan Hijrah/kalender Islam ), pada hari Ahad itu bacalah AL-FATIHAH 70 kali, hari Isnin baca 60 kali, hari Selasa baca 50 kali, hari Rabu 40 kali, hari Khamis 30 kali, hari Jumat baca 20 kali, hari Sabtu baca 10 kali, kemudian diulang hingga satu bulan. maka tunggulah keajaiban rezeki dari Allah SWT.
3. AMALAN DENGAN AL-IKHLAS
- Barang siapa membaca surah AL-IKHLAS 1000 kali, lalu memohon untuk dilapangkan rezeki, insyaallah akan termakbul.
- Pada malam Jumat baca AL-IKHLAS 66 kali , lalu membaca lafadz "ALLAH" 5631 kali, kemudian membaca "MASYAALLAH" 1000 kali, lalu membaca selawat 1000 kali. Kemudian tidurlah, maka dalam mimpi anda akan dipertunjukkan arah jalan menujukan kejayaan.
4. AMALAN DENGAN SURAH YASIN
- Barang siapa yang punya kepentingan dalam urusan rezeki maka bacalah terlebih dahulu SURAH YASIN 25 kali, kemudian berangkatlah, insyaallah apa yang dimaksudkan akan termakbul.
- Bila ingin manjadi kaya mendadak, maka bacalah SURAH YASIN 41 kali , tanpa berpindah tempat, lalu tanpa berkata apa-apa kemudian tidurlah, setelah bangun keajaiban akan ditunjukkan oleh Allah SWT.
5. AMALAN DENGAN WAQIAH
- Apabila anda memohon kepada Allah datangnya rezeki yang melimpah maka bacalah Waqiah 41 kali , dan jangan berpindah tempat sampai selesai. Melakukannya secara konsisten, rezeki akan datang mencurah-curah insyaallah.
- Nabi bersabda :" Barang siapa membaca Surat Waqiah setiap hari , maka ia tidak akan mengalami kefakiran selamanya.
Kalau bab berdoa, doa agar dipermudahkan urusan didunia dan diakhirat adalah yang terbaik.......
Subscribe to:
Posts (Atom)
