haniksam

haniksam

Tuesday 27 March 2012

Perbezaan muslim dan mukmin....



Istilah muslim dan mukmin amat berkait rapat dengan  pengertian dan pelaksanaan rukun Islam dan Rukun Iman itu sendiri manakala rukun Iman ialah percaya kepada Allah SWT, para malaikat,  kitab yakni al-qur'an, para rasul, hari kiamat dan qada’ dan qadar Allah.Rukun Islam pula ialah penyerahan diri kepada Allah SWT dengan mengucap dua kalimah syahadah,  menunaikan sembahyang lima waktu, mengeluarkan zakat, menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji jika berkemampuan.
Rukun Iman dan rukun Islam tidak boleh dipisahkan. Ini adalah disebabkan dengan pelaksanaan kedua-duanya sekali barulah seseorang itu digelar seorang muslim dan mukmin sebenar atau pun disebut seorang muslim yang mukmin
Dalam konteks pelaksanaan, ada juga pendapat yang membezakan penggunaan antara istilah Muslim dan Mukmin dalam ertikata bahawa seseorang  Muslim itu yang mengaku beriman tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam.  Misalnya, orang yang dilahirkan dari kedua ibu bapa Islam atau orang yang memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah, tetapi mereka tidak mengamalkan ajaran islam tadi dengan sempurna dan kalaupun ada pelaksanaan hanya berkala dan tidak istiqomah.
Sesungguhnya istilah Mukmin itu merujuk kepada orang yang benar-benar beriman dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya serta mengabdikan diri kepada Allah SWT.  Inilah yang disebut 'setiap Mukmin itu Muslim,  tetapi tidak setiap Muslim itu Mukmin. Oleh itu perkataan mukmin itu umum dan muslim itu khusus.'
Dalam Surah Al-Hujurat ayat 14 Allah SWT menjelaskan persoalan ini : Ertinya : Orang-orang Arab Badawi itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', kerana iman itu belum masuk kedalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah SWT dan Rasulnya, dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Wallahualam......


Monday 26 March 2012

Siapa Fabrice Muamba sebelum 17/3/2012?

Budak kulit hitam yang zaman kanak-kanaknya main bola dilorong-loorong belakang bangunan. Fabrice Muamba memasuki Akademi Bolasepak Arsenal pada tahun 2002 ketika berusia 14 tahun, diserap dalam kesebelasan utama Kelab Arsenal pada 2005 kemudian berpindah kekelab Bolasepak Birmingham City pada 2007 dan pada 2008 berpindah ke Bolton Wanderers. Tidak ada orang kenal Muamba kecuali beberapa pemain dan peminat bolasepak Eropah.
Fabrice Muamba

Pada hari kejadian iaitu 17/3/2012 jam 6.11 petang waktu tempatan, anak kelahiran Congo yang telah mendapat status warganegara di England, berusia 23 tahun itu tiba-tiba jatuh diatas padang ketika mengejar bola dalam perlawanan suku akhir Piala FA diantara Bolton Wanderers dan Tottenham Hotspurs. Pemain bolasepak diposisi midfield itu mengalami serangan jantung dan ketika paramedik berlari mendapatkannya diatas padang berusaha memulihkannya, jantung Muamba sudah berhenti berfungsi dan hanya bergantung kepada  bantuan sokongan. Keadaan begitu berterusan sehingga ia tiba di London Chest Hospital, di Bethnal Green, Timur London jam 8 malam. Dia diletakkan di Unit Penjagaan Rapi hospital tersebut dan disahkan dalam keadaan amat kritikal. Tunang Muamba, Shauna  melalui rangkaian media sosial seperti  Facebook dan Tweeter menyeru semua pihak mendoakan Muamba agar sadar semula.  Sokongan luar biasa dari pelbagai pihak selain dari masyarakat bola sepak amat menakjubkan. Sehingga hari Selasa 20/3/2012, sokongan yang diterima oleh Shauna mencapai ratusan ribu dan pada hari yang sama Muamba yang disahkan mati selama 78 minit dan didalam keadaan kritikal atau koma selama dua hari tiba-tiba tersedar dan berupaya mengenali ahli keluarga dan tunangnya.



Sokongan dari pemain  dan peminat bolasepak.

Thiery Henry yang pernah bermain bersama Muamba dikelab bolasepak Arsenal secara rahsia telah meninggalkan pusat latihan Red Bull iaitu kelab terkini beliau di Amerika Syarikat hanya untuk 
bersama dan memberi sokongan kepada Muamba.

Simbolik insiden ini, isu rasis atau perkauman yang hangat  dipadang bolasepak sebelum ini dilupakan. Suara-suara menyokong Muamba seperti, "Pray for Muamba, get well soon Muamba,  no colours in football, we are family in football", bukan hanya dikalangan masyarakat kulit hitam tetapi bangsa Eropah yang dikenali sebagai kaki buli. Masih ada lagikah sikap peri kemanusiaan diantara mereka atau hanya menunjuk-nunjuk?

Bagaimana pula dengan masyarakat kita hari ini? Masyarakat yang pernah dikenali sebagai masyarakat timur yang bersopan santun, berbudi bahasa, prihatin dan penyayang ....

 

Wednesday 21 March 2012

Tuesday 20 March 2012

Ka aing jua arahnya.....

Gambar jambatan yang digunakan oleh penduduk PP2.... roboh walaupun sebelum ini permohonan penyelenggaraan telah dibuat kepada  pihak yang berkaitan....sabar la




Wednesday 14 March 2012

Dua perkara berbeza.......!!!!!!


Disebabkan tekanan,  seorang suami telah mengadakan protes jalanan dengan memegang kertas yang tertulis " HUSBAND IS NOT AN ATM MACHINE" . Yang pasti protes ini ditujukan kepada siisteri dan berkait dengan kewangan keluarga.  

Dalam situasi yang lain, Dr Rohaya Mohamad Naib Pengerusi Kelab Isteri Taat menyarankan agar setiap isteri melayan suaminya seperti pelacur. Kenapa seorang yang boleh dianggap tingi keupayaan akademiknya menggunakan bahasa yang agak kesat untuk menyampaikan mesej mudah kepada par isteri. 
... DISINI . Keadan diakhir zaman, sudah tidak ada kompromi dan tolak ansur walau diantar suami dan isteri.

Thursday 1 March 2012

Tak kenal maka tak cinta.........don't judge the book from its cover...


Wanita mana yang sanggup jadi pendamping seumur hidup atau yang lebih khusus menjadi isteri kepada lelaki ini?  Seluruh tubuh dipenuhi dengan  ketulan seperti bebola. Melihat gambarnya pun sudah rasa geli apa lagi jika bertemu manusia ini dalam realiti. Tetapi itu bukanlah masalah bagi seorang wanita bernama Farhatun Nisa berusia 45 tahun yang  berasal dari Hyderabad, India. Perkahwinannya dengan Muhammad Umar 30 tahun lalu tidak pernah sedikit pun disesali walaupun masayarakat sekeliling memandang jijik dan hina melihat keadan suaminya.  


Pasangan yang pernah dikategorikan sebagai   pasangan berkahwin paling hodoh juga pasangan yang tidak pernah menyesali dengan perkahwinan mereka. Bagi mereka kecantikan hanyalah keperluan zahir sahaja. Perkasa asas yang penting ialah saling mempercayai antara satu sama lain, bertolak ansur dan menerima kekurangan pasangan dengan hati terbuka dan pada masa yang sama membantu pasangan memperbaiki kelemahan diri.